PART 31

15K 615 27
                                    

Hari berikutnya begitu juga runtin Thalia. Dia akan naik ke bilik wad Hadi untuk membaca surah yassin. Dia juga mengisi kesunyian dengan menceritakan pengalamannya mengandungkan bayi di dalam kandungannya. Dia pasti, Hadi mendengarnya.

"Baby kita baik saja. Dia tak banyak meragam. Tapi mama dia yang selalu meragam..." Thalia sengaja ketawa dihujung ayatnya. Wajah Hadi yang kaku itu di tatap.

"Baby tak pernah minta yang bukan-bukan. Sebab dia tahu, papa dia jauh. Tak ada siapa yang akan turutkan permintaan dia..."

"Sepanjang mama dia meragam, baby kuat je duduk kat dalam rahim ni. Walaupun mama dia selalu sakit, doktor selalu kata baby ok. Baby kita sangat kuat..."

"Awak nak tahu kenapa saya masih ada dekat sini? Sebab baby ni menguatkan saya. Walaupun papa baby tak suka kan baby. Walaupun papa baby pernah suruh mama bunuh baby. Tapi mama tak sekejam itu. Mama tetap sayangkan baby walaupun baby tidak halal di sisi islam." Mengalir lagi air matanya. Bilakah air matanya akan kering? Supaya setiap derita yang dia tanggung tiada lagi air mata menemaninya.

Thalia menarik nafas. Mencari kekuatan yang sedikit demi sedikit luntur.

"Saya maafkan awak. Saya dah lama maafkan awak. Saya harap awak sedar dan dapat tengok baby lahir ke dunia. Dia mahu wajah pertama yang dilihat adalah mama dan papanya. Bangunlah awak." Wajah Hadi dipandang sayu.

Ada butiran jernih ditubir mata Hadi. Thalia tahu Hadi mendengarnya. Tetapi kenapa Hadi tidak sedarkan diri.

"Mungkin saya terlalu berharap awak untuk sedar tanpa memikirkan perasaan awak pada saya. Adakah awak terima saya dan baby atau tidak. Saya ketepikan soal itu kerana saya betul-betul perlukan awak saat ini. Saya dah tak ada siapa-siapa. Mak ayah saya dah buang saya. Mereka sangat kecewa dengan saya. Saya sangat berhutang budi dengan Naqi. Dia dah banyak tolong saya. Nadine juga." Thalia menyapu sisa air matanya.

"Tetapi jika kehendak Allah nyawa saya yang diambil dahulu, awak jangan benci anak kita. Kalau awak tak suka tak apa. Tapi jangan sakiti dia. Dia sudah terlalu banyak menderita. Jangan ditambah lagi." Sambung Thalia.

Al-quran ditangannya dibuka. Surah-surah pendek dibaca. Ketenangan dicari.

*

Nadine membuka pintu bilik Thalia. Thalia tiada. Plastik makanan diletakkan ke atas meja. Mungkin Thalia melawat Hadi.

Belum sempat Nadine pergi dari situ, Thalia sudah terjengul di muka pintu.

"Baru sampai?" Tegur Thalia.

"Haah. Tapi I nak balik dah. Nak hantar makanan untuk you saja." Balas Nadine.

"Cepatnya balik." Thalia sudah duduk di atas katil sakitnya. Selendang dikepala dibetulkan.

Sejak Thalia masuk ke hospital dia sudah mula menutup kepalanya dengan selendang. Permulaan yang baik untuk dirinya.

"I tak boleh lama. Ada hal sikit." Dalih Nadine. Padahal dia malas mahu berlama disini takut berselisihan dengan Naqi.

Nadine dan Naqi memang sedang melancarkan perang dunia. Nadine sudah nekad untuk tidak akan bersua muka dengan Naqi. Dan persahabatan mereka mungkin sudah putus.

"Ok. Kalau macam tu tak apalah. Jaga diri Nadine. Thalia minta maaf jika sepanjang Nadine kenal Thalia, Thalia banyak susahkan Nadine. Halalkan apa yang Thalia ambil dari Nadine. Maafkan Thalia, jika Naqi berubah sebab Thalia. Demi Allah, tidak ada sedikit pun perasaan Thalia terhadap Naqi melainkan rasa terhutang budi kerana Naqi sanggup menyelamatkan maruah Thalia." Ucap Thalia sambil memeluk tubuh Nadine. Thalia memeluk tubuh itu dengan erat seperti tidak mahu dilepaskan.

Kawan Sampai Kahwin!Where stories live. Discover now