PART 17

14.4K 628 8
                                    

Dari luar rumah berkembar dua tingkat milik keluarga Jannah nampak begitu meriah sekali.

Pemasangan khemah makan sedang dilakukan oleh katering yang telah dilantik oleh keluarga Jannah.

Kelihatan Kak Lily, kakak sulung Jannah sedang mengarahkan sesuatu kepada beberapa orang yang memasang khemah itu.

"Eh, Nadine. Kenapa tercegat kat situ. Marilah masuk. Nanti Kak Lily panggilkan Jannah." Sapa Lily.

Tangan dihulur kepada Lily.

"Takpe. Nadine baru je sampai. Kak Lily sihat? Lama tak jumpa." Nadine bertanya khabar Lily.

"Sihat. Ni makin bertambah sihat." Balas Lily dengan tangan mengusap perut.

"Kak Lily pregnant? Dah berapa bulan?" Soal Nadine teruja.

"Baru 3 bulan, Nadine. Akak selalu aje balik rumah ni. Nadine je yang dah jarang datang." Jawab Lily.

"Kalau si Jannah takde kat rumah, takde nya Nadine nak singgah ke sini." Kini suara Puan Shaherah pula yang mencelah.

"Takde lah aunty." Senyuman bersalah disajikan.

"Pergi naik atas. Jannah ada kat dalam bilik." Suruh Puan Shaherah.

Dulu-dulu selalu juga aku ke rumah Jannah kalau ibu dan baba Jannah ke luar negara. Kadang-kadang terbuat macam rumah sendiri. Kali terakhir aku datang menginap sini masa semester terakhir degree.

Sudah lama tak datang rasa janggal lah pulak. Mana satu bilik Jannah? Kalau tidak berubah, maknanya betul lah ini biliknya.

Kakinya terhenti dihadapan satu bilik. Bilik yang dia pernah masuk dulu. Tetapi pemiliknya bukan Jannah. Hatinya terdetik untuk memulas tombol pintu itu. Ingin tahu adakah pemiliknya ada disini atau bersama ...

"Nadine, sinilah. Mesti tersalah bilik ni. Kau dah lupa ya bilik aku kat mana." Sergah satu suara.

Fuh!!! Hampir terjatuh jantungnya.

"H-haah. E-eh aku ingatkan bilik kau yang ni." Ujar Nadine gugup.

Cepat-cepat Nadine menarik tangan Jannah untuk masuk ke bilik yang betul.

"Tulah, dah lama tak tidur sini."

"Ha'ah. Tadi kat bawah aku jumpa Kak Lily. Tak sangka Kak Lily dah pregnant."

"Alhamdulillah. Akhirnya rezeki Kak Lily dan Abang Bad datang setelah lima tahun diorang tunggu."
"Tak lama lagi dah jadi makcik lah kau."

"Kau pun sama makcik!"

Mereka terus berbual sampai tak ingat 'dunia' di luar.

Huh, rindu saat begini di hostel. Bercerita sampai mata terlelap.

*

Sampai tidak sedar waktu sudah senja. Letih melayan karenah Jannah membuat hantaran last minute.

Katanya sengaja mahu buat last minute, nak suruh aku buat kerja percuma. Cis! Aku ni pereka fesyen. Bukan juruhias andaman.

"Jannah, aku nak ambil baju dekat kereta. Nak mandi dulu." Lapor Nadine.

Kejap lagi nak masukkan barang untuk door gift.

Almaklumlah, orang yang boleh tahan popular. Agak besar-besaranlah juga majlisnya.

"Nad, nanti aku nak suruh kau tengok-tengokkan mini pelamin aku tu. Tadi aku ushar macam tak kena je orang tu buat." Adu Jannah.

Jannah ni satu benda yang aku boleh kenal dia. Dia suka sesuatu yang sempurna. Sempurna di mata dia.

Kawan Sampai Kahwin!Where stories live. Discover now