PART 15

14.7K 605 35
                                    

"Macam mana Nadine boleh datang ke sini? Kenapa biarkan Nadine yang kemas rumah ni?" Soal Naqi dengan mata seolah ingin menerkam Thalia. Suara ditahan dari didengar oleh Nadine yang berada diruang tamu

Selepas pintu dibuka oleh Nadine. Dia terkejut dengan kehadiran wanita itu. Mata terus mencari Thalia di dapur yang sedang mencuci cawan.

"I yang ajak dia ke sini. I teringin nak makan puding karamel, so I minta Nadine yang buatkan? Kebetulan I jumpa dia masa I beli barang dapur tadi." Jelas Thalia. Dia agak terasa hati apabila Naqi memarahinya kerana membawa Nadine ke rumah.

"Ok. Sorry. I masuk bilik dulu. I penat." Naqi mengendurkan suaranya apabila perasan akan riak wajah Thalia.

Nadine sempat memerhati Naqi dari ekoran matanya. Naqi memasukki salah sebuah bilik di dalam kondo ini.

Nadine hanya bersikap bersahaja. Cuma agak berkecil hati sebab Naqi langsung tidak menegurnya. Padahal dia yang membuka pintu itu tadi. Mungkin Naqi tidak suka dia berada dirumahnya ini.

Nadine mengangkat punggung untuk ke dapur. Kelihatan Thalia baru selesai mencuci pinggan mangkuk.

Bibir menarik senyuman.

"Naqi tak suka I datang sini ke?" Soal Nadine sambil menyambut pinggan yang basah ditangan Thalia untuk dilap dengan kain bersih. Supaya cepat kering, jika berbanding hanya menunggu pinggan tersebut mengering sendiri.

"Eh taklah. Naqi memang macam tu. Kalau penat baru balik kerja dia terus masuk ke dalam bilik. Berehat."

"You dengan Naqi okay?" Tidak tahu mengapa soalan seperti itu meluncur laju keluar dari bibirnya.

Seketika Thalia termenung memandang pinggan di tangannya.

"Okay." Balas Thalia bersama senyuman.

Entah mengapa Nadine juga tersenyum.

"Jom kita buat puding karamel. Kesian baby dah tak sabar nak makan kan." Seloroh Nadine. Kalau lambat mula, lambat pula dia balik nanti. Nak tunggu puding disejukkan didalam peti sejuk lagi.

Bahan-bahan dikeluarkan dan mengagihkan mengikut sukatan. Satu persatu langkah ditunjukkan kepada Thalia. Berangan nak jadi Masterchef, nak buat puding pun tengok resipi.

Puding karamel merupakan puding kegemaran Nadine. Dulu sewaktu zaman persekolahan ibunya, Puan Soraya selalu buatkan puding karamel tetapi memandangkan ibunya sering sibuk ketika itu dia mula belajar mengunakan sumber Youtube sebagai guru memasaknya.

Lama kelamaan dia boleh membuat puding itu sendiri tanpa bantuan ibunya. Tetapi sejak melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi, perkara itu lama-kelamaanya menjadi lupa dan tidak betah.

Entah mengapa tiba-tiba dia teringin sahaja makan puding karamel. Memandangkan hari ini dia bercuti, maka di mengambil keputusan untuk membuat puding kesukaannya itu.

Dan disebabkan puding karamel ini dia boleh 'terdatang' ke rumah Naqi dan Thalia.

Setelah kesemua bahan-bahan disatukan kini menunggu untuk disejukkan.

"Thalia, I balik dulu lah. Dah lewat petang ni." Jam dipergelangan tangan dikerling.

"Eh, janganlah balik lagi. Tunggulah puding tu sejuk dulu ya. Kita makan sama-sama." Thalia menahan Nadine dari pulang.

Nadine hanya tersenyum tidak tahu cara untuk menolak.

Majalah diatas meja dibelek. Majalah Pa&Ma.

"Banyak you beli majalah keluarga macam ni." Soal Ezyan.

"Naqi yang beli. Dia yang rajin baca. Kalau I, I tak berkenan. Baik I tengok majalah fesyen terkini." Balas Thalia.

Kawan Sampai Kahwin!Where stories live. Discover now