PART 4

19.4K 742 1
                                    

Malam itu seusai Nadine bersihkan diri dan solat isyak Nadine menghantar pesanan melalui aplikasi 'WhatsApp' kepada Jannah.

' Ucap terima kasih kat abang hang sebab teman aku siang tadi'- Nadine.

5 minit kemudian. Pesanan dibalas.

' Hang ucaplah sendiri. Aku keluaq ikut ibu." -Jannah.

' Nanti hang balik, hang sampaikanlah kat dia.' - Jannah.

Nak suruh cakap terima kasih pun susah.

Tidak sampai 2 minit pesanan dibalas. Tapi kali ni tanpa abjad. Hanya nombor yang dibalas oleh Jannah. Caittt..

Nadine sedang berkira-kira sama ada mahu menghantar mesej atau tidak kepada Naqi.

Kalau tidak hantar seperti bersikap tidak berterima kasih pulak. Sebab tadi dia tidak sempat untuk ucap terima kasih kerana Naqi sudah keluar daripada keretanya.

' Salam. Terima kasih temankan orang siang tadi.' -Nadine.

Telefon terus disenyapkan modenya. Rasa malu pula pada abang Jannah.

'Sama-sama kasih' -Naqi.

Aik. Macam tu pulak dia balas.

' Nanti saya tuntut upah' -Naqi.

Caittt tak ikhlas langsung.

***

Hari ni nak kena pergi cari kain material chiffon kat area Bangsar. Ada customer nak kain berkualiti dari luar negara. Tapi bajet sikit. Jadinya aku kena cari material kain tu kat Bangsar je.

Bukan mudah nak puaskan hati customers. Macam-macam jenis perangai. Inilah lumrah seorang pereka fesyen.

Sekarang ni dia masih bekerja dibawah orang sebagai pereka fesyen. Mungkin satu hari nanti jika diberi rezeki lebih Nadine mahu membuka butik sendiri.

Angan-angan sudah ada. Tinggal nak merealisasikan impian sahaja. Tapi jika angan-angan tanpa usaha, haa pergi mereput sana menunggu bulan jatuh ke riba. Sampai bila-bila pun takkan berubah hidup kita tu.

Nadine menolak keluar pintu masuk kedia kain itu. Matanya tertancap pada sesusuk tubuh. Hampir terlepas beg plastik yang berada di tangannya.

Kawan Sampai Kahwin!Where stories live. Discover now