PART 28

14.5K 575 18
                                    

Nadine menyeka air ditubir mata apabila telefon pintarnya bergetar lama tanda ada panggilan masuk.

Naqi.

Dia berdehem beberapa kali untuk menukar ton suaranya kepada asal sebelum panggilan itu disambut.

"Nadine, awak boleh datang ke hospital tak? Saya nak minta tolong awak tengokkan Thalia. Saya ada hal terpaksa masuk pejabat hari ni." Pinta Naqi.

"Bo-boleh." Jawab Nadine sepatah.

"Nadine, are you okay?" Soal Naqi seperti syak sesuatu dengan suara Nadine yang serak-serak itu.

"I'm okay. Tengah hari nanti saya datang melawat Thalia." Jawab Nadine untuk menyakinkan Naqi.

Kebetulan hari ini memang dia sengaja meminta cuti. Kepalanya berat mungkin terlalu banyak berfikir.

Dia sedaya upaya belajar untuk redha. Cakap memang mudah. Sabar. Redha. Mungkin tiada jodoh. Jauh disudut hatinya, rasa kesal itu ada. Tapi siapa dia untuk melawan takdir Allah.

Bertunang itu bukan bermakna dia memang jodoh kita. Apatah lagi kami yang hanya berkawan. Tiada sebarang ikatan. Tiada hak pun jika mahu menyekat kebebasan antara satu sama lain.

*

"Apa hal nak jumpa aku. Macam dah tak boleh nak tunggu esok." Tanpa salam, Faizul terus masuk kedalam bilik pejabat Naqi.

Pekerja-pekerja dekat sini pun dah kenal Faizul. Faizul pun jenis cepat mesra. Apalagi, keluar masuk macam ofis sendirilah. Faizul pun memang dalam bidang oil and gas, ibarat tempat bermain dia juga lah kiranya.

"Pentinglah. Ni pasal bahagia dan derita." Balas Naqi. Dia ke pintu bilik untuk memastikan pintu itu ditutup rapat. Kerana dia ingin membicarakan hal peribadi. Tidak elok jika pekerjanya mendengar urusan peribadinya.

"Pasal perempuan pun tak boleh nak handle. Company ni campur staf-staf dalam ni boleh pulak kau handle." Faizul menyandar malas di kerusi pejabat itu.

"Aku tak mampu nak handle dua orang perempuan dalam satu masa. Staf-staf kat sini tak melibatkan hati dan perasaan. Tapi dua orang perempuan tu melibatkan hati dan perasaan. Ni kat sini." Naqi menepuk lembut ke bahagian dadanya.

"Istikarah? Kau jumpa siapa?" Soal Faizul.

"Aku tak jumpa lagi."

"Kadang-kadang Allah nak tunjuk bukan dengan mimpi saja. Mungkin dengan siapa yang kau lebih senang. Hati kau jadi lapang bila dengan dia."

"Aku kejam sangat ke bro? Buat Thalia dan Nadine macam ni?"

"Kau tak kejam tapi kau tak sampai hati. Kau tak sampai hati nak hancurkan hati mereka berdua. Kan?"

"Entahlah Faizul. Aku dah kusut sangat ni."

"Rilex bro. You deserve to be with someone who can  make you happy.
Not someone who will complicated your life."

"Thalia tu amanah yang Allah suruh aku jaga aib dia. Aku tak sampai hati nak biarkan dia macam tu. Anak tu nanti macam mana hidup dia. Ayah dia dah terlantar sakit kat hospital. Entah masih ada peluang untuk hidup atau tidak."

"Nadine pula macam mana?"

"Aku dah seksa hati Nadine. Aku kejam sebab suruh dia tunggu aku. Tunggu perkara yang aku sendiri tak pasti akan terima dia atau tidak. Tapi sejujurnya aku sayang pada Nadine."

"Sayang seorang kawan atau lebih dari itu?"

Naqi meraup wajahnya. Dia sendiri tidak ada jawapan untuk soalan yang melibatkan hati itu.

Kawan Sampai Kahwin!Where stories live. Discover now