KSK Raya 3

9.4K 275 18
                                    

Naqi merenung langit malam. Sampai sekarang dia masih tidak habis fikir. Apa perbuatannya yang membuatkan isterinya itu begitu marah padanya.

Thalia?

Apa yang aku buat sampai Nadine marah sangat? Kenapa Nadine cemburu dengan Thalia sedangkan Thalia sudah lama meninggal dunia?

Naqi meraup lembut wajahnya. Ya Allah, apa yang harus aku buat? Apa salah ku?

Naqi menghidupkan semula enjin keretanya lalu meluncur keluar dari kawasan berbukit itu. Tiada arah yang di rasa perlu pergi melainkan ke rumah ibu mertuanya. Pasti Nadine berada disitu.

"Masuklah Naqi. Nadine ada di dalam bilik tu." pelawa ibu.

"Naqi minta maaf, ibu. Naqi tak tahu apa salah Naqi sampai Nadine merajuk kesini."

"Ibu pun tak mahu masuk campur hal kamu berdua. Pergilah pujuk Nadine tu. Ibu pun risau kalau dia duduk lama kat sini. Naem tu kecil lagi nak kena tinggal lama-lama." Pesan ibu.

"Terima kasih, Ibu." Balas Naqi lalu melangkah ke arah bilik Nadine.

Pintu bilik itu diketuk perlahan. Tidak berkunci. Tombol dipulas perlahan.

Bilik yang gelap hanya mendapat ehsan dari lampu luar sahaja. Kelihatan Nadine yang berbaring membelakangi pintu bilik. Sudah tidur atau belum?

Naqi melabuhkan punggungnya disebelah pembaringan Nadine. Seketika dia meraup wajahnya untuk mencari sedikit kekuatan.

"Nadine, jangan seksa saya macam ni."

Nadine hanya diam tidak berkutik.

"Apa salah saya sampai kita jadi macam ni?" Sambung Naqi lagi.

"...saya kira, lepas semua yang jadi saya akan bahagia dengan awak. Tapi kenapa awak menjauh dari saya?" Walaupun Nadine tidak memberi respon dia tetap mahu meneruskan kata-katanya.

"...kalau awak tertekan disebabkan Naem, tak apa. Saya serahkan Naem kepada Hadi. Kita tak perlu jaga Naem lagi. Saya faham kalau awak tak boleh bagi perhatian kepada Naem sepenuhnya. Naem bukan anak awak, dan awak kena ingat yang Naem bukan anak saya juga. Saya buat semua ni disebabkan arwah Thalia saja."

Lama Nadine berdiam. Dari tadi dia cuba melelapkan mata, tetapi tidak boleh. Sebenarnya hatinya juga tidak tenang berada disini tanpa izin suaminya. Oleh kerana ego diletakkan paling atas, maka dia terpaksa menanggung rasa.

Tidak sangka akhirnya Naqi menemuinya. Memujuknya. Hanya itu yang diharapkan oleh setiap wanita.

"Jadi betul lah awak masih ada perasaan sayang pada Thalia?" Perlahan suara Nadine kedengaran. Namun tubuhnya masih berpaling dari Naqi.

"Tidak pernah ada perasaan sayang pun pada Thalia. Apa yang awak fikirkan sampai awak rasa saya ada perasaan sayang pada Thalia?" Soal Naqi kembali.

"Jadi yang awak tidur sampai termimpi-mimpikan Thalia?"

"Saya mimpikan Thalia?"

"Ya. Awak tatap gambar Thalia sampai awak tersebut-sebut nama dia dalam tidur awak kan?" Nadine sudah bangun dari pembaringan lalu wajahnya menggadap Naqi.

"Ya Allah, saya tak perasan. Yang saya ingat waktu tu saya nak tidurkan Naem. Sebelum tidur tu ada la saya tunjuk gambar Thalia kepada Naem. Itupun sebab saya nak Naem tahu siapa ibu kandungnya. Saya nak Naem kenal ibunya walau ibunya sudah tiada. Saya sebut nama Thalia pun sebab nak biasakan Naem dengan nama ibunya. Supaya nanti dia doakan ibunya di sana." Jelas Naqi situasi yang sebenar.

"Betul?"

"Sungguh Sayang." Naqi menyakinkan Nadine.

Dengan rasa serba salah atas salah faham ni, Nadine membetulkan kedudukkannya. Tangan Naqi diraih.

Kawan Sampai Kahwin!Where stories live. Discover now