PART 7

17.7K 900 17
                                    

" Takpe. Saya dah okay." Nadine menarik nafas. Mencari ruang udara supaya fikirannya tidak sesak.

" Dah habis air mata?"

" Saya rasa saya dah lama tak menangis. Mungkin sebab tu Allah bagi saya ujian."

" Dekat luar sana, masih ramai yang menunggu awak putus cinta."

" Kenapa pula?"

" Sebab masih ramai yang sedang menunggu awak."

Nadine ketawa.

" Saya bukan public figure yang semua orang duk stalker saya hari-hari."

" Awak tak tahu..."

" Awak pernah menangis?"

" Pernah."

" Putus cinta jugak?"

" Tak. Saya menangis sebab takde orang nak bercinta dengan saya."

" Sweet talker..."

Keduanya ketawa.

Hailah hati. Kelukaan itu penyembuhnya kebahagiaan. Ini yang dinamakan yang patah tumbuh yang hilang berganti. Eh, kejap. Siapa yang tumbuh dan siapa pulak yang berganti? Tidak mungkin orang disebelah ni.

***

Kekadang Allah hanya mempertemukan, bukan menyatukan. - Naqiuddin.

Sejak dua menjak ni rajin pulak si abang Jannah hantar ayat-ayat motivasi kat aku. Hati ni tak adalah sedih mana pun.

Aku kalau menangis. Menangis hari tu je. Esok lusa aku dah boleh huahua balik.

Yang terbaik selalunya datang lambat sedikit. Jangan pernah kecewa pada yang awalnya. - Naqiuddin.

Dan lagi...

Sampai aku biarkan saja mesej tu sebab aku tak tahu perlu balas apa.

Dan kebelakangan ni aku jarang berjumpa dengan Jannah. Jannah sedang sibuk dengan dunia penyiaranya. Almaklumlah budak Masscom. Kerja tak tentu masa.

Tapi sampai sekarang aku tak tahu Naqi kerja apa. Setiap masa ada saja terpancul depan aku. Kekadang dia datang butik. Kekadang terserempak kat kedai makan.

" Jauh termenung anak ibu ni." Sergah Puan Soraya.

" Tak sampai London lagi, bu." Nadine menjuihkan bibir.

" Ingatkan siapa?"

" Takde siapa-siapa." Mata masih melekat di kaca televisyen.

" Eleh, habis tu mamat mana yang selalu keluar dengan Nadine tu?" Puan Soraya mula mengorek cerita daripada Nadine.

" Itukan abang Jannah, bu." Jawab Nadine malas.

" Pada mula abang Jannah, nanti abang sayangggg."

" ibuuuu... apa yang ibu merepek ni?" Jerita Nadine manja.

Ibu ni kan selalu saja mahu menjodohkan anak dia ni. Ada saja agenda yang ibu sembunyikan.

----------

Nota Kaki : thanks secret reader(s) for reading & voting. Kauorang nak komen, chit chat dengan Irra pun boleh. Kali ni panjang sikit (sikitlah) sebab terasa mcm banyak masa yang boleh di manfaatkan untuk menulis.

Kawan Sampai Kahwin!Where stories live. Discover now