KSK Raya 2

8.7K 314 42
                                    

"Nadine, kenapa balik ke rumah ibu malam-malam ni. Mana Naqi?" Soal ibunya.

"Ibu, Nad tidur sini ya malam ni. Nad malas nak drive balik rumah." tipu Nadine.

Ibunya hanya mengangguk, tetapi masih berbaur curiga dengan anaknya itu. Malam-malam begini entah dari mana. Dengan berbaju tidurnya. Ya Allah. Nadine... Nadine... ingatkan dah kahwin tak buat ibu risau dah.


Nadine terus memasukki kamar tidurnya. Pintu dikunci rapi.

Ya Allah, hati ini begitu sakit sekali. Perit. Apa perlu aku buat? Betul atau salah tindakkan aku ini. Keluar dari rumah dengan tanpa izin suami. Tapi apa yang Naqi buat pada aku itu terlalu berlebihan.

Sampai hati dia naikkan tangannya pada aku. Selama kami berkahwin tidak pernah sekali pun dia menyentuh anggota badan ku dengan kasar. Sampai hati abang buat Nadine macam ni. Sampai hati abang menduakan Nadine. Sampai hati abang mempermainankan perasan Nadine selama ini.

Titisan demi titisan air mata turun membasahi pipinya. Betul lah orang kata, lima tahun pertama perkahwinan akan didatangi pelbagai ujian. Dari sebelum berkahwin lagi kami diuji dengan ujian yang sungguh berat.

Hati Nadine sakit, abang.

Deringan telefon berkumandang.

Nama di skin papar di jeling.

'My Husband'

Sudah pukul 1 pagi dia masih belum tidur?

Deringan itu dibiarkan sahaja. Nanti jika penat senyaplah sendiri. Tapi tanggapan Nadine salah. Sudah 19 deringan tidak dijawab.

Naqi, please stop it!

Deringan ke 20 dijawab benggang oleh Nadine.

"Ya, awak nak apa?"

"Abang nak Nadine. Awak balik ke rumah kita sekarang!" kasar Naqi menjawab pertanyaannya.

"Saya tak nak balik! Walauapapun yang jadi, saya takkan balik sekarang!" Nadine juga berani menjawab dengan kasar.

"Apa yang sayang cakap ni? Sayang lupa ke siapa sayang sekarang? Dimana tempat sayang patut berada?"

"Ya, betul. Tempat saya memang sepatutnya berada di rumah awak. Tapi bukan di hati awak, Naqi. Dan saya takkan balik selagi pipi saya ni masih terasa sakit akibat tamparan awak tadi!" tup! Panggilan terus dimatikan.

Kasarnya percakapan dia tadi. Bertambah sakit hati ini. Kenapa Naqi berubah 360 darjah sekali?

Aku takkan lupakanlah apa yang dia buat dekat aku. Hati aku ni susah nak terima apa yang berlaku. Rasa sakit sangat hati ini.



Sahur tadi dia hanya memakan tiga biji kurma sahaja bersama segelas air masak. Seleranya hilang... seperti hilangnya jiwa ini pada lelaki bernama suami.

"Nad, stock untuk baju kurung Sophea dah nak habis tau. Kena panggil taylor jahit cepat, takut tak sempat sampai raya nanti." Pesan Wawa.

Kata-kata Wawa seperti angin lalu ditelinganya. Dari pagi tadi asyik termenung saja.

"Nad, you ni dah kenapa? Datang sini nak kerja ke nak berangan?"

"Ishh... kenapa Wa nak bising-bising ni?"

"Bising you cakap? Stock dah nak habis tau. Nanti customer marah baju diorang tak siap-siap lagi. Rupanya bos duk sibuk berangan."

"Wawa, dua tiga hari ni tolong I uruskan butik ni boleh tak? I mungkin tak boleh nak fokus sikit."

"You kenapa ni Nadine?"

"I okay. Cuma I tak berapa sihat je."

"Hmm... tengok muka pucat. Muka sembab-sembab. You dah pergi klinik? Nak I hantarkan?"

Kawan Sampai Kahwin!Where stories live. Discover now