PART 22

14.3K 601 32
                                    

"Betul ke ni rumah dia?" Soal Faizul curiga.

Kondominium mewah itu dipandang.

Duduk rumah boleh tahan loaded. Tapi kenapa tak nak tanggung anak orang yang kau dah jahanamkan.

Marah Faizul.

"Kalau ikut alamat yang Thalia bagi, betul lah ini rumahnya." Balas Naqi.

Dulu Hadi tidak duduk disini. Dia tahu rumah lama Hadi. Mungkin ini rumah barunya.

"So, kita nak buat apa sekarang?"

"Nak naik atas tak boleh. Security dekat sini ketat." Naqi berfikir mencari jalan untuk masuk ke dalam kondo itu.

"Kita park kereta kat luar, masuk ikut pintu kecil tu boleh kot." Faizul mengusulkan cadangan.

Naqi menganguk tanda setuju dengan cadangan Faizul.

"Beb, dalam banyak perkara yang aku buat seumur 26 tahun aku hidup, inilah rekod paling jahat aku pernah buat." Kata Faizul dengan tawa dihujung ayatnya.

Naqi juga menghamburkan tawa. Percaya dengan kata-kata Faizul. Nak lempar belakang sikit waktu mereka sama-sama sekolah di asrama penuh di Negeri Sembilan.

Diajaknya Faizul ponteng masa prep malam. Tak mahu. Seludup mee segera dalam asrama. Tak mahu. Kalau yang kesalahan sekecil hama pun Faizul tolak, jangan diajak dia untuk melakukan kesalahan sebesar gajah.

Tapi sepanjang dia melakukan kesalahan sewaktu di asrama dulu, tidak pernah Faizul melaporkan pada warden atau guru. Kata Faizul, apa korang nak buat, buatlah. Asalkan dia tidak terlibat sama jika satu hari mereka tertangkap. Faizul memang kawan yang baik.

Dan masa Naqi mahu memberitahu tentang masalah yang dia hadapi kepada Faizul, hampir tiga hari tiga malam Naqi membuat keputusan. Dia tahu Faizul macam mana dan dia tidak mahu susahkan sahabatnya itu. Tapi nak buat macam mana, sekecil mana pun masalah, kita tetap tidak mampu untuk menanggungnya sendiri. Melainkan yang di Atas tu.

"Jom kita gerak sekarang. Sementara ada pelawat tengah berborak dengan pak guard tu." Arah Faizul. Boleh pulak si Naqi ni termenung.

Naqi memakai kaca mata hitam dan menarik hoodie menutup kepalanya. Faizul hanya memakai cap dan kaca mata hitam sebagai perlindung diri dari di cam.

Sudah macam filem aksi pula rasanya.

Selepas berjaya melepasi pintu pagar kecil, Naqi menekan butang di pintu lif. Nombor 11 ditekan.

"Aku rasa dah sampai lif pun kita dah berjaya." Faizul menanggalkan kaca mata hitamnya.

"Uish. Pakai balik. Biar suprise sikit jumpa Hadi tu nanti." Arah Naqi. Misi belum berjaya dah menarik nafas lega.

Faizul memakai semula kaca mata hitamnya.

Ting.

Bunyi lif menandakan mereka sudah sampai ke destinasi yang ingin ditujui.

Nombor pintu rumah di cari.

B03.

Langkah dihentikan di hadapan pintu rumah itu. Punat loceng ditekan.

Kali kedua. Masih tidak dibuka.

Baru sahaja mahu menekan untuk kali ketiga pintu dibuka dari dalam. Keadaan Hadi yang mamai menunjukkan lelaki itu baru bangun dari tidur.

'Dah lama sangat kau tidur. Hari ini aku datang untuk sedarkan kau.' Getus hati Naqi.

"Cari siapa?" Soal Hadi yang separa sedar itu.

Kawan Sampai Kahwin!Where stories live. Discover now