BAB 1 - Takut Masuk Lalat

58.6K 1.4K 68
                                    

Diary Sarah Nia.

Sudah genap tiga bulan aku mengganggur di rumah.

Sudah lebih tiga tempat aku mencari.

Mencari apa? Apa kau fikir aku reti tanam anggur je ke? Aku reti membuahkan juga.

Esok. Esok aku akan buahkan hasil. Dan kau, jangan nak ternganga bila tengok hasil aku. Tutup mulut. Takut masuk lalat.

KRING! Kring! Bunyi alarm daripada telefon bimbit Sarah Nia memecah suasana hening di dalam bilik itu.

Terdengar sahaja bunyi nyaring itu, dia terus terjaga dari lenanya. Matanya kemudian digosok-gosok untuk menghilangkan rasa kantuk.

Telefon bimbit berjenama Vivo yang diletakkan di atas meja di sisi katilnya diambil. Jam di telefon bimbitnya dikerling sekilas. Melihat sahaja waktu yang terpampang di telefon itu, dia terus terjaga dari lamunannya dan terkocoh-kocoh berlari masuk ke dalam bilik air untuk membersihkan diri. Sememangnya dia sudah terlambat bangun pada pagi itu. Sudahlah tu, dia ingin menghadiri temu duga pada hari ini.

Selesai sahaja membersihkan diri, dia mengenakan t-shirt lengan panjang bersulamkan warna merah jambu juga dipadankan dengan seluar jeans hitamnya. Rambutnya disisir lalu diikat kuda supaya kelihatan lebih kemas. Badannya ditilik sekejap di hadapan cermin. "Ok, good!" jelas wajah teruja terpancar melalui wajahnya. Sebelum dia terlupa, dia pantas mencapai topi yang selalu tersemat kemas di atas kepalanya itu di atas meja. Puas akan cara pemakaiannya, dia terus bergegas menuruni tangga.

Senyuman indah terukir di bibirnya. Semasa kakinya melangkah menuruni tangga, dia terus menyerongkan topi merah jambunya ke kiri sedikit. Dia selesa akan penampilannya itu. Baginya, itulah gaya trend terkini! Dan juga gaya personalitinya. Dia berlari-lari anak menuju ke daun pintu rumah agam tersebut.

Puan Zunaida yang baru keluar dari dapur, sempat menangkap kelibat anaknya itu. Piring yang dipenuhi sosej diletakkan di atas meja makan. Air susu segar juga diletakkannya bersama sebagai hidangan sarapan pagi. Dahinya berkerut melihat gelagat anaknya. Terkocoh-kocoh seperti ingin berjumpa dengan boyfriend pulak. Eh, mustahil Nia ada boyfriend! Puan Zunaida mengeluh lalu menggeleng-gelengkan kepalanya.

"Nia, makan lah dulu, lapar nanti" tegur Puan Zunaida sambil bercekak pinggang apabila melihat anaknya yang mahu melangkah terus keluar dari rumah itu.

Sarah Nia terus menoleh ke arah ibunya apabila ditegur. Serta-merta dia tersengih. Belakang kepalanya digaru. "Er...ibu, Nia dah lambat nak keluar ni. Balik nanti jelah Nia makan eh?" Sebaris giginya ditayangkan. Matanya juga dikelip-kelipkan untuk memujuk ibunya.

Puan Zunaida mencebik. Sudah tidak makan saman dengan pujukan anaknya itu. Macam dia tidak tahu perangai anaknya itu. Langkahnya dituju ke Sarah Nia yang sedang berada di hadapan daun pintu itu. "Tak payah nak bodek-bodek! Cepat, ibu kata makan, makan. Nanti perut kamu masuk angin siapa susah? Ibu jugakkan? Siapa nanti yang kena bawak pergi klinik? Ibu kan?" Bebel Puan Zunaida.

Sarah Nia terus mendengus geram. Wajah ibunya ditatap sekejap sebelum langkahnya diaturkan ke meja makan semula. Kakinya dihentak-hentakkan tanda protes. Mulut tak usah dicakap, sudah sedepa!

"Ha melawan. Macam budak kecik tau Nia ni. Ni Nia nak pergi mana ni? Dengan tergesa-gesanya lagi. Siap dengan kasut sport lagi!" Puan Zunaida menjuihkan mulutnya ke kasut sportnya yang elok tersadai di tepi pintu rumah itu.

"Ada la... ibu ni pun, Nia dah lambat, lagi ibu nak lambatkan Nia" tangannya laju sahaja menyuap satu per satu sosej ke dalam mulutnya. Selepas itu, air susu di dalam gelas terus dicapainya. Lalu diteguk rakus. Langsung tidak terkesan dengan pandangan tajam ibunya.

Taming The Bad GirlWhere stories live. Discover now