BAB 24 - Part 1 of Tak Puas Hati?

6.6K 290 0
                                    

Diary Sarah Nia.

Aku dah lama tak puas hati dengan kau.
Aku dah lama sangat tak puas hati dengan kau.

Aku rasa kau tahu apa sebabnya.
Tak tahu?
Biar aku beritahu.

Pertama, kau selalu kacau hati aku.
Pertama, kau selalu mencuit hati aku.
Pertama, kau selalu tarik perhatian aku.

Kenapa lelaki lain tak mampu buat macam kau buat?

Argh... Kau memang! Aku memang tak puas hati dengan kau, Syar.

♔♔♔♔♔♔♔♔♔♔♔♔♔♔♔♔♔♔♔♔

"AWAK, bangun wak!" Jerit Sarah Nia di tepi katil sambil bercekak pinggang.

Harris Amsyar yang terdengar jeritan itu terus mencelikkan mata kanannya sedikit. Riak blur ditunjukkan.

"Eee, awak ni. Orang suruh bangun dia buat muka pelik pulak. Cepat, bangun! Kita tak solat subuh lagi ni" geram Sarah Nia.

Mendengar sahaja leteran Sarah Nia, Harris Amsyar perlahan-lahan membuka kedua-dua kelopak matanya. Dia menyandarkan badannya pada hujung katil sambil menatap wajah isterinya yang berada di tepi katil.

"Apa pandang-pandang? Tak puas hati?" Soal Sarah Nia selamba.

Harris Amsyar meraup rambutnya ke belakang lalu mengeluh kecil. "Awak ni, kenapa tak beritahu awak tengah cuti?" Soalnya kesal. Yelah, suami mana sahaja yang tidak puas hati apabila tidak diberitahu awal-awal?

"Cuti? Ouh... saya tak beritahu eh yang saya memang ambil cuti untuk wedding?" Soal Sarah Nia dengan muka sucinya. Padahal hati sudah berdekah-dekah memahami makna 'cuti' itu.

"Niaaa... jangan main-mainlah. Orang tengah serious, dia sibuk buat lawak bodoh dia tu" marah Harris Amsyar.

Sarah Nia automatik bercekak pinggang. "Awak tahu tak hidup kita ni tak boleh terlalu serious? Nanti bosan, tak ada hiburan" balas Sarah Nia dengan faktanya.

"Ye sayang... tu saya tahu. Tapi yang saya tanya tadi, kenapa tak beritahu awak tengah cuti solat" ujar Harris Amsyar tabah dengan isterinya itu yang suka menguji kesabaran.

Sarah Nia yang mendengar soalan suaminya terus tergelak kecil. Dari gelak kecil kepada terbahak-bahak. Lucu pula rasanya. " Oh my god Syar, dalam banyak-banyak benda, benda tu jugak yang kau fikir"

Harris Amsyar mengecilkan matanya "awak panggil saya 'kau'? Panggil saya sopan sikit eh, suami awak ni. Cubit karang baru tahu?" ugut Harris Amsyar. Dia memandang wajah gembira isterinya. Seronoklah tu dapat kenakan aku, detik hatinya tidak puas hati.

"Alaaa cutenya... suami siapa la ni. Hahahaha..." usik Sarah Nia semakin galak.

Wajah bahagia mentertawakannya diperhatikan Harris Amsyar tajam. "Ha gelaklah, gelak. Saya cakap betul ni. Kalau saya tak sayang awak, dah lama dah saya cubit awak. tapi tu la, takut awak jelah yang lembik pastu menangis. Ha pastu nak merajuk. Nanti siapa yang susah? Saya jugak yang susah" terang Harris Amsyar berbaur geram. Tanpa dia sedar, kalimah yang cukup bermakna iaitu 'sayang' telah keluar spontan dari hujung lidahnya sekaligus melajukan degupan jantung Sarah Nia.

"Eee... poyo je ayat. Habis awak tu kuat sangat la? Tengok-tengok tepuk sikit dah melalak macam adik Shin Chan" Sarah Nia membidas kata-kata Harris Amsyar mengenainya. Dia perasan kalimah itu telah disebut Harris Amsyar, tetapi malas hendak layan. Simpan sahajalah isi hati. Dia suami kau, bukannya lari kemana pun, omel hatinya.

"Eh-eh, memandai je awak" Harris Amsyar menghadiahkan muka toya. "Entah-entah awak lagi teruk daripada gorilla. Melalak, terus satu rumah bergegar. Suara awakkan macam hulk" kenyataan yang sungguh hiperbola bagi Sarah Nia.

"Amboi-amboi... kalau saya hulk, awak tu godzilla. Wekkk..." lidahnya dijelir kepada suaminya tanda protes. "Awak tu bukannya berani nak cubit saya, auta je lebih. Dah bye saya nak ambil wudhu'. Kalau cakap dengan awak ni, satu keturunan pun tak habis" balas Sarah Nia sebagai akhirulkalam sesi 'debat' mereka. Di hujung bibirnya tercalit secebis senyuman sinis.

"Awak memang sengaja nak cabar saya ke? Tahu tak cubitan saya lagi berbisa dari Kilauan Emas " Harris Amsyar mengangkat kening kanannya sambil memeluk tubuh.

"Sarah Nia membuat gaya ala-ala sedang berfikir. "Hmm... Maybe saya cabar awak? "

"Awak tahu tak saya pantang dicabar?" Soalnya lagi.

"You know what, not everyone will understand you. I still don't know who you actually are. So i will always be careful even you are my husband. But it's okay, i can give my heart a chance to understand your heart. So, i wish a luck for you to make me fall in love again with a guy " Senyum Sarah Nia sinis sambil menegakkan ibu jarinya menunjukkan simbol 'thumbs up'.

Sejurus sahaja Sarah Nia berkata begitu, Harris Amsyar terus menukar ke posisi duduk bersila di atas katil tersebut. "Serious? Okay, your heart is my priority, so i will make sure you fall in love with me and not to the other guy" ucap Harris Amsyar sambil mengukirkan senyuman seram.

Kening Sarah Nia terangkat. Apahal dengan mamat ni? Mabuk ke apa pagi-pagi macam ni, bebel hatinya. "Of course if i will fall in love, i only fall for you. I can't love anyone else. Syurga saya terletak dekat bawah tapak kaki suami. And i don't want to be isteri derhaka. But give my heart a break. Love can't be present for suddenly. I hope you understand that "

Harris Amsyar yang tidak sempat untuk membalas kata-kata isterinya, terkaku seketika. Perlahan-lahan senyuman terukir di bibir. Saya akan buat awak jatuh cinta dekat saya. Awaklah cita-cita saya, Sarah Nia. Azam murni tersemat di lubuk hati Harris Amsyar untuk memenangis hati Sarah Nia.

Taming The Bad GirlWhere stories live. Discover now