BAB 26 - Twinkle Bride

5.7K 251 2
                                    

HARRIS AMSYAR mendengar bunyi sesuatu yang berkaca telah jatuh ke lantai. Dia mulai bimbang mengenai keselamatan Sarah Nia. Risau jika ada apa-apa yang berlaku terhadap isterinya. Langkah kakinya dihayun laju ke tingkat atas.

Pintu biliknya ditolak dengan tergesa-gesa. Masuk-masuk sahaja dia melihat keadaan Sarah Nia yang sedang terbaring di lantai bersebelahan dengan katil mereka. Dia terus mendekati Sarah Nia yang sedang mencengkam lututnya sambil mengeluh kesakitan. Sejurus sahaja melihat apa yang berlaku terhadap Sarah Nia, dia terus menjadi panik.

"Ya Allah Nia! Apa yang awak dah buat sampai jadi macam ni, ni?" soalnya cemas sambil tubuh Sarah Nia terus diangkat dan digendongnya lalu diletakkan ke atas katil empuk di bilik itu.

Wajah Sarah Nia sedang berkerut-kerut menahan bisa yang mula menjalar akibat hentakan kuat yang diterima oleh lututnya. Tambahan dengan serpihan kaca di lengannya.

"Sa... sakit" ujar Sarah Nia lemah. Kali ini dia tidak berlakon atau minta belas kasihan, tetapi dia memang betul-betul sakit.

"Meh sini, saya nak tengok" pinta Harris Amsyar sambil tangannya sudah bersedia untuk menyelak seluar panjang Sarah Nia.

Sarah Nia hanya mengangguk sebagai tanda memberi izin.

Dengan segera Harris Amsyar melipat seluar isterinya sehingga paras atas lutut. Apa yang dapat dia lihat dari eksternal, terdapat lebam teruk pada bahagian lutut kanan Sarah Nia berbanding lutut kirinya.

"Awak, ni masalah serious ni. Saya call doktor suruh datang sini. Tunggu kejap" ujar Harris Amsyar bernada serius lalu berlalu keluar dari bilik untuk mengambil telefon bimbitnya yang ditinggalkan di dapur.

Sarah Nia hanya memerhati suaminya melalui ekor matanya. Senyuman kecil terukir di hujung bibirnya.

Sebelum doktor sampai, Harris Amsyar telah menyapu kaca-kaca yang pecah serta telah mengeluarkan kaca-kaca yang terbenam di lengan Sarah Nia dengan jayanya! Kemudian telah disapu ubat.

"MENGIKUT dari apa yang dapat saya lihat, Puan Sarah Nia mengalami kecederaan ligamen Anterior Cruciate Ligament atau nama ringkasnya (ACL). Ligamen ni terletak dekat tengah-tengah sendi lutut. Fungsinya sebagai penstabil statik untuk elakkan translasi sendi atau pusingan yang berlebihan. Berdasarkan apa yang diberitahu oleh Puan Sarah Nia, sebelum puan terjatuh, puan ada terlebih pusing lutut puan kan? Kemudian puan ada terdengar bunyi meletup macam 'pop'. Selepas itu, saya juga ada buat ujian khusus dekat kaki puan tadi untuk luruskan kaki tapi kaki puan tidak stabil. Ini menguatkan lagi tanda-tanda puan mengalami kecederaan ligamen (ACL)" terang Doktor Zu panjang lebar kepada pasangan suami isteri tersebut.

Harris Amsyar mengangguk-angguk faham ketika mendengar dengan teliti semua maklumat yang disampaikan oleh doktor itu. "Jadi, apa pantang larang isteri saya ye doktor?" soalnya sambil melirik ke arah Sarah Nia.

Kelihatan wajah Sarah Nia layu dan sayu apabila mendengar keputusan yang dikhabarkan oleh doktor itu. Dia hanya tunduk memandang selimut.

"Isteri awak tak boleh lakukan aktiviti lasak sepeti sukan atau berjalan dekat tempat yang licin atau berlopak sebab (ACL) telah putus dan akan buatkan lutut longgar dan kaki akan sakit apabila digerakkan ke depan" terang Doktor Zu secara terperinci sekali lagi.

"Mesti ada cara nak sembuh, kan doktor?" soal Harris Amsyar sebagai penyuntik semangat untuk isterinya.

Doktor Zu tersenyum. "Setiap masalah ada jalan penyelesaian. Macam tu jugak dengan masalah ni. Make sure Puan Sarah Nia datang fisioterapi setiap minggu ye?" ujar Doktor Zu yang dituju untuk Sarah Nia.

Sarah Nia hanya tersenyum hambar.

"Appointment dengan Doktor Hazlina pada isnin dan khamis minggu depan pukul 3 petang. Datang ye..." Doktor Zu tersengih.

"Baiklah doktor. Isteri saya confirm datang. Dia tak nak pun, memang saya paksa muahaha..." balas Harris Amsyar selamba.

Doktor Zu tersenyum dan meminta diri.

Harris Amsyar terus naik ke bilik semula selepas menghantar Doktor Zu ke pintu agam rumah itu. Dia terus mendapatkan Sarah Nia, buah hatinya.

"Nia... awak okay tak?" soal Harris Amsyar prihatin.

Sarah Nia menoleh ke arah Harris Amsyar dan memandang tepat ke dalam mata Harris Amsyar. Mata bulatnya yang berwarna hazel lagi membuatkan Harris Amsyar bagai terpukau.

"Errr... are you alright Nia?" soal Harris Amsyar gugup.

Tawa Sarah Nia terletus. Aku kena kuat, getus hati kecilnya.

"Tengok tu, saya rasa macam nak je cubit dia. Tapi nanti kalau cubit, kesian pulak dia" ujar Harris Amsyar sambil menyekeh kepala Sarah Nia.

"Hey, hey, hey... janganlah sekel kepala saya. Penat saya sikat rambut, awak senang-senang je nak kusutkan balik. Tumbuk nak?" ugut sarah Nia.

Harris Amsyar terkekeh-kekeh. "Awak nak tumbuk saya? Tak rasa bersalah ke? Saya yang tolong call doktor tadi, saya yang tolong angkat awak, ha banyak lagilah, cuma malas sebut je" sengih Harris Amsyar.

Sarah Nia mencebik. "Ha, ungkit je kerja dia. Awak dahlah call doktor perempuan. Tak boleh ke call doktor lelaki je? Saja lah tu" muncungnya.

Keluhan perlahan kedengaran keluar dari mulut Harris Amsyar. Dia melabuhkan punggung di sebelah Sarah Nia. "Cik adik sayang, cuba awak fikir logik. Saya call doktor perempuan untuk faedah awak jugak. Sebab yang nak check awak nanti doktor, bukan saya. So saya mestilah call doktor pwerempuan. Takkan nak biar doktor lelaki yang check awak. Uish... bahaya!" bidas Harris Amsyar.

Sarah Nia menyilang tangan di paras dada lalu memuncungkan mulut tanda tidak puas hati. "Fine! Awak yang betul" sejurus itu Sarah Nia terus mengalihkan wajahnya menghadap ke arah lain.

"Alalala... janganlah merajuk, my lovely twinkle bride" pujuk Harris Amsyar sambil merangkul bahu Sarah Nia.

Sarah Nia menoleh ke arah Harris Amsyar dan membuat muka kegelian. "Rose lah, twinkle bride lah, lepas ni apa pulak?" perlinya.

"Nice question. I will think about it later" Harris Amsyar melayan perlian Sarah Nia.

Sarah Nia memandang wajah suaminya dengan muka toya. "Sengal!"

Harris Amsyar tersengih menampakkan sebaris gigi putihnya yang teratur seperti iklan Darlie itu.

___________________________________________________

Diary Harris Amsyar...

Bunga. Berjuta-juta bunga di dunia, hanya satu bunga yang aku pilih.

Hanya satu bunga yang terbaik.
Hanya satu bunga yang mekar di hatiku.
Dan hanya satu bunga yang aku petik.

Kau. Ye, kau. Sarah Nia.

Aku. Hanya aku yang memiliki bunga terbaik, kerana kau ada,

My Lovely Twinkle Bride 💕









Taming The Bad GirlWhere stories live. Discover now