BAB 8 - Layak

13.1K 465 7
                                    

"IBU, Nia ada good news ni! Sorry Nia lupa nak bagitahu ibu" kepalanya digaru-garu sambil sengihan dihadiahkan kepada ibunya.

Puan Zunaida hanya menggeleng melihat kerenah anaknya. "Hah, apa?"

"Nia, dah dapat!"

Dahi Puan Zunaida berkerut. "Ish budak bertuah ni. Cakap biar sampai habis. Jangan separuh-separuh. Pening kepala ibu nak melayan Nia ni lah" wajah anaknya ditatap untuk menanti bicara seterusnya.

"Nia, dah dapat kerja! Nia dah dapat!" Seraya itu Sarah Nia membuat tarian yang direkanya sendiri.

Puan Zunaida yang melihat hanya tersengih bahagia. "Alhamdulillah Nia! Dekat mana kamu kerja? Bila dapat? Jawatan apa?" Soalnya bertubi-tubi.

"Nia kerja dekat Herz Holdings tu hah. Baru je dapat. Kelmarin" sekali lagi Sarah Nia tersengih dengan jawapannya sendiri. Malu kerana lambat memaklumkan berita tersebut kepada ibunya.

"Baru sekarang Nia bagitahu ibu? Sampai hati eh?" Puan Zunaida menyilangkan tangan. Mulut juga telah memainkan peranan.

"Ibu, sorry. Nia lupalah bu... " Sarah Nia cuba memujuk ibunya. Wajah didekatkan ke pipi ibunya.

Puan Zuanaida memalingkan wajahnya. Lantas mengangkat punggung dan berlalu ke ruang tamu. Merajuk dengan Sarah Nia! Tegar anaknya tidak memberitahunya langsung mengenai kerjanya. Mengenai temu duga yang dihadiri apatah lagi.

Sarah Nia spontan menepuk dahi. Kesal kerana terlambat memberitahu berita tersebut kepada ibunya. Pasti ibunya berkecil hati. Tubuh Puan Zunaida didekati. Punggung dilabuhkan di sebelah ibunya. Terus tangan kanan ibunya digenggam.

"Ibu... Nia betul-betul lupa. Pasal temu duga tu, Nia sengaja tak bagitahu ibu sebab nak buat suprise. Tapi, last-last benda tu pun Nia dah terlupa" Sarah Nia tergelak kecil apabila ibunya menatap matanya cuba untuk mencari keihklasan dari sinar matanya. Ternyata anaknya tidak menipu. Memang dari kecil Sarah Nia telah dididik supaya tidak sekali-kali membohong. Sekarang hasilnya sudah terserlah. Hasil didikan yang betul mampu melahirkan khalifah yang taat kepada Allah. Cuma bab-bab menutup rambut itu yang susah sikit untuk diikut Sarah Nia. Tidak mengapa, dia sebagai ibu akan terus mencuba menasihati anaknya itu.

Puan Zunaida mengeluh perlahan. "Hah, Nia kerja sebagai apa dekat syarikat tu?"

Sarah Nia tersengih panjang. "Nia jadi Personal Assistant kepada CEO syarikat tu je" dia beriak selamba.

Ternganga mulut Puan Zunaida. Kerja macam tu dia kata 'je'? "Nia serius ke? Boleh pula diorang terima anak ibu yang macam lelaki ni jadi PA" sengaja mengusik anaknya.

Sarah Nia memuncungkan mulut. "Apa? Fikir orang macam Nia ni tak layak ke diterima kerja?" Dia mengangkat-angkat keningnya.

"Bukan tak layak, tapi tak patut!" Seraya melepaskan bicara tersebut, Puan Zunaida terus berlari-lari anak ke tingkat bawah.

"Ibu!!" Jerit Sarah Nia sekuat hati. Lantas dia mengejar langkah ibunya ke tingkat bawah. Dia harus membuat perhitungan. Ceh, dengan ibu sendiri je pun!

Taming The Bad GirlWhere stories live. Discover now