BAB 48 - Perang mulut

4K 214 4
                                    

HARRIS AMSYAR menekan brek lalu memarkirkan keretanya di perkarangan rumah Amirul Zikrie. Pagar sudah tersedia dibuka memudahkan dia dan Sarah Nia untuk melawat Amirul Zikrie.

"Biar saya ketuk" Sarah Nia menawar diri setelah keluar dari perut kereta BMW Harris Amsyar.

Harris Amsyar hanya mengangguk mendengar ujaran Sarah Nia. Baru sahaja dia ingin mendekati Sarah Nia, tiba-tiba suara halus kedengaran dari arah belakang.

"Hai, Amsyar... You buat apa dekat sini? Rumah I dekat sebelahlah, I think you tersilap rumah ni" tegur Sarah Eryna dengan suara lunaknya. Skirt pendeknya yang separas lutut mendedahkan lagi kulit putih gebunya. Dengan gaya menggoda dia memintal hujung rambutnya.

"Emmm... Taklah, aku memang nak datang sini" Harris Amsyar mengalihkan pandangannya. Tidak sanggup menambah dosa memandang aurat perempuan di hadapannya ini.

Sarah Eryna mencebik. Datang sini buat apa? Bukan dapat apa-apa pun. Dia cuba mencari topik lagi untuk mengambil perhatian jejaka idamannya ini. "Ouhh, sorang?" Soal Sarah Eryna dengan mata bersinar. Berharap sangat wajah wanita yang menyakitkan hatinya itu tiada bersama jejaka impiannya.

"Dengan Nia" balas Harris Amsyar senada. Langsung tidak berminat untuk bersembang dengan Sarah Eryna.

Sarah Eryna menyimpan rasa menyampahnya. Perempuan itu kalau tiada dengan lelaki ini tidak boleh ke? Asik menyibuk aje. "You buat apa dekat sini?"

"That's none of your business" sejurus itu Harris Amsyar ingin melangkah ke hadapan, Sarah Eryna terus mencapai pergelangan tangan Harris Amsyar.

"You, I tahu you marah dekat I. But please I sayangkan you, tolonglah. I menyesal apa yang I dah buat dulu" rayu Sarah Eryna. Kenapalah keras sangat hati lelaki ini? Susah sangatkah untuk menerimanya kembali?

Harris Amsyar terus meleraikan pegangan Sarah Eryna di tangannya. Dia mendengus geram. "Kau buat apa dekat sini? Kan aku cakap aku tak suka kau, aku sayang isteri aku, Nia" balas Harris Amsyar dengan tegas. Terus memotong perbualan mereka berdua.

"Ish, you ni. I tahu you dah ada isteri, but lelakikan boleh kahwin empat. So, why not?"

Sarah Nia sedari tadi sudah panas hati. Kehadiran perempuan ini sahaja sudah mampu menggelegakkan hatinya. Apatah lagi apabila mulutnya dibuka. Rasa seperti ingin sahaja dia menjahit mulut tidak berinsurans Sarah Eryna. Dia yang ingin mengetuk daun pintu rumah teres itu terus terbatal niatnya. Biar dia uruskan dahulu hal ini.

"Ehem!" Deheman Sarah Nia terus mengalih perhatian dua figura itu. Harris Amsyar sedikit terkejut, tetapi Sarah Eryna hanya berwajah selamba. Seperti tiada kesalahan yang dia telah lakukan di situ.

"Kau ni tak adalah hot sangat macam yang dihebohkan tu eh?" Sindir Sarah Nia dengan senyuman sinis.

"Eh kau ni asal? Yang kau tiba-tiba nak cakap macam tu kenapa? Jeles ke aku lagi hot dari kau?" Sarah Eryna membentak geram. Suka malukan dia di hadapan Harris Amsyar. Aku tahulah aku lagi cantik dari dia!

Sarah Nia ketawa sinis.

"Takdelah, setahu aku kalau perempuan hot ni, dia tak terhegeh-hegeh kejar cinta yang tak pasti. Lagipun kalau dah hot, takkan tak ada orang lain yang nak kot? Ke kau ni gian sangat dengan suami aku?" Dengan sarkastiknya Sarah Nia membuka bicara.

"Kalau aku gian pun apa salahnya? Ke kau jeles perempuan cantik macam aku nakkan suami kau? Maklumlah, aku kan lagi cantik dari kau. So mesti kau rasa tergugat dengan kecantikan aku ni" balas Sarah Eryna yakin menggunung. Masuk bakul angkat sendiri, itulah perumpamaan yang sesuai untuk dirinya.

Taming The Bad GirlOnde as histórias ganham vida. Descobre agora