BAB 29 - Melayang Gigi

5.6K 254 3
                                    

Diary Sarah Nia...

Musuh. Senang dicari.
Sahabat? Kau pergi sampai planet pluto yang dah tak ada dalam carta tu pun, masih susah untuk dicari.

Orang lain mengambil masa untuk memahami dan mengerti makna persahabatan.

Tetapi kita, sudah diperkenalkan dengan persahabatan sejak kecil lagi.

Aku bersyukur kau lahir ke dunia,

Zike!

_________________________________________

TANGGA dituruni dengan berhati-hati. Sarah Nia menoleh ke belakang melihat pintu bilik yang dihuni Harris Amsyar sebentar tadi.

Kemudian dia menoleh kembali ke hadapan dan menyilang tangan di paras dada. Dia mengembung dan mengempis pipinya.

"Ish, baru nak kenakan dia. Macam mana kau boleh kantoi ni Nia? Tak pernah-pernah kantoi kalau buat dengan orang lain. Asal buat dengan dia je, mesti kantoi. Ni yang aku rasa tercabar ni. Haih..." Sarah Nia membebel.

Ting!

Tiba-tiba idea menerjah masuk ke otak Sarah Nia. Seperti ada mentol yang menyala di tepi kepalanya sekarang ini. Dia terus memetik jari dan berlari anak ke bilik keduanya tingkat bawah.

"Ah, aduh. Sakitlah pulak" Sarah Nia menundukkan badannya dan memegang lututnya. Lantas dia menarik kerusi meja makan dan duduk di situ.

Meja makan itu ditenungnya lama. Tiba-tiba dia ternampak telefon bimbitnya ada di situ. Eh, bukan aku letak dekat bilik ke tadi, soal hatinya.

Ah lantaklah. Dia akui dia kadang-kadang dia memang pelupa. Dia terus mencapai telefon bimbitnya. Nama Zike dicari. Nama Zike yang terpampang di skrin telefon bimbit ditekan.

Tut-tut... Tut-tut...

"Yes Sare, kau nak apa?" Pantas sahaja Amirul Zikri menyoal sebaik sahaja talian disambungkan.

"Assalamualaikum" Perli Sarah Nia.

Kedengaran Amirul Zikri berdehem. "Waalaikumussalam. Ha kau nak apa call aku ni? Gaduh dengan husband ke?" Soalnya tanpa bertapis.

Dalam minda Sarah Nia, dia sudah dapat mengagak wajah Amirul Zikrie ketika ini. Betapa menjengkelkan.

Sarah Nia menjeling ke tangga. Risau pula jika Harris Amsyar terdengar. "Ish kau ni! Kalau gaduh tu biasalah. Nama pun suami isteri. Ni ha, aku nak story something lah. Boleh tak kau jumpa aku dekat..."

"Dekat lubang hidung aku" sampuk Harris Amsyar.

Sarah Nia terus menoleh ke arah Harris Amsyar yang sedang menuruni tangga. "Shoot! Suami aku. Okay beb, next time borak" talian terus diputuskan.

Tut-tut...

Amirul Zikrie di hujung talian hanya ternganga. "Ni lagi sekor, suka letak-letak telefon. Aku tak habis jawab lagi dia dah letak" omelnya.

Harris Amsyar sedang bercekak pinggang sambil mempamerkan wajah tegasnya kepada Sarah Nia. "Awak nak pergi mana dengan Amirul Zikrie tu hah? Awak sedar tak yang awak ada suami? Sedar tak?" Soalnya laju seperti di litar lumba.

Sarah Nia tersengih. "Of course saya sedar. Hehe..."

"Dah tu, kenapa nak keluar tak minta izin?"

Sarah Nia mengemam bibir. "Awak bukan merajuk dengan saya ke? Kalau saya bagitahu awak pun, mesti awak palau"

Berkerut kening Harris Amsyar. "Excuse me. Palau?"

Taming The Bad GirlWhere stories live. Discover now