BAB 3 - Bersama Dia

24.5K 862 13
                                    

Diary Sarah Nia.

Bersama dia, aku gembira.

Bersama dia, aku merajuk.

Bersama dia, aku mengada.

Tapi aku tak tunjuk. Aku tunjuk dalam diam.

Tch! Aku bukannya show off macam perempuan lain. Tulah orang panggil aku tomboy.

Dia orang tak kenal aku. Tu pasal tuduh melulu.

Apa kau fikir aku robot? Aku pun ada perasaan, bengap!

◆◆◆◆◆◆◆◆◆◆◆◆◆◆◆◆ ~~~ ◆◆◆◆◆◆◆◆◆◆◆◆◆◆

HARRIS Amsyar berjalan keluar dari bangunan besar itu. Matanya meliar mencari tubuh Sarah Nia. Beberapa ketika barulah dia batang tubuh Sarah Nia terpampang di tubir matanya. Gadis itu sedang bersandar pada motorsikalnya sambil menongkat dagu. Matanya pula sudah tertutup.

Langkah diaturkan ke belakang tubuh Sarah Nia. Sampai sahaja di belakang tubuh gadis itu, bahu Sarah Nia terus disentuhnya. "Dari pukul berapa kau tunggu aku ni?" Haris Amsyar mengerutkan dahinya apabila melihat keadaan Sarah Nia yang hampir terlelap.

Sarah Nia tersentak. Matanya dibuka. Terus dia memandang sekeliling. 'Aku rasa macam ada orang je tegur aku tadi. Entahlah, perasaan aku je kut' gumamnya. Bahunya dijongket sebelum dia kembali menongkat dagu. Matanya ditutup kembali. Mungkin agak mamai sehinggakan Harris Amsyar yang berada di sisinya pun langsung tidak perasan.

"Hoi, aku cakap dengan kau ni!" Bahu Sarah Nia ditampar kuat.

Automatik Sarah Nia terjaga. Matanya terbuka serta-merta. Buka sahaja mata, dia dapat lihat susuk tubuh seseorang di hadapannya. Perlahan-lahan dia mendongakkan kepala untuk melibat gerangan lelaki berpakaian pejabat itu. Dari tubuh ke wajah. Berhenti sahaja matanya di wajah lelaki itu, keningnya terangkat. Siapa lelaki ni? Getusnya. Dia mengamati wajah lelaki itu.
Beberapa saat selepas itu dia mula mengingati wajah itu. Dia menghembus nafa lega.

"Kau aphal pandang aku macam tu? Jatuh cinta dengan aku ke ape?" Harris Amsyar tergelak kecil.

Terus wajah Sarah Nia bertukar masam. Ee... perasan! Gumamnya.

"Aku nak jatuh cinta? Ew, silap orang!" Sarah Nia menggeleng-gelengkan kepalanya.

Senyuman kecil terukir di bibir Harris Amsyar. "Apa salahnya? Kau tu pun dah tua kerepot. Baik pergi cepat cari boyfriend sebelum takde sesiapa nak dekat kau" usik Harris Amsyar.

Sarah Nia hanya menjeling tajam ke arah Harris Amsyar. Malas untuk mengambil pusing akan usikan lelaki itu.

"Eh, kau datang pukul berapa ni? Aku tengok sampai dah tertidur tadi" Harris Amsyar menjuihkan bibir.

"Satu setengah petang. Kau kata kau keluar pukul dua? Aku tunggu dah sampai pukul dua pun tak keluar-keluar lagi. Ni dah pukul dua suku baru kau balik" jam di pergelangan tangannya dikerling sekilas. Dia mengetap gigi. Geram!

Harris Amsyar tersengih. Tengkuknya diusap. "Er... memang sepatutnya pukul dua petang. Tapi sebab aku kan bos. So, bos ada kerja sikit tadi. Tu yang lambat, aku pergi siapkan dulu kerja aku. Lepas tu baru aku balik" terang Harris Amsyar panjang lebar.

Sarah Nia menjeling wajah Harris Amsyar. Tangannya disilang di paras dada. "Ha, yang kau suruh aku datang tunggu kau ni kenapa? Aku harap sangat benda penting. Kalau tak, siap kau!" Ugutnya.

Lelaki di hadapannya itu tersengih. "Sebenarnya, aku nak ajak kau teman aku pergi shopping mall jap. Aku nak beli barang sikit" giginya ditayang. Harap-harap Sarah Nia termakan pujukannya.

Taming The Bad GirlWhere stories live. Discover now