BAB 13 - Tersungkur Sebelum Jatuh

13.6K 540 2
                                    

SARAH ERYNA berjalan masuk ke dalam ofis Herz Holdings dengan bersahaja. Tidak kisah dengan pandangan nakal lelaki-lelaki yang memandang pakaiannya. Skirt berwarna biru separas atas lutut dikenakan. Sengaja memilih warna biru kerana dia awal-awal sudah maklum akan warna kegemaran Harris Amsyar. Jadi, inilah peluang dia untuk memikat Harris Amsyar semula. Baginya, tiada apa yang hendak dimalukan dengan potongan baju itu. Malah, dia dengan megahnya berjalan masuk ke dalam ofis. Rambut ikalnya yang diwarna perang ditiup angin ke belakang bahu ketika melangkah.

Dia berjalan ke kubikel Tasha dengan bersahaja. Sarah Eryna meletakkan beg tangannya yang berjenama Gucci di atas meja kerja Tasha dengan liuk-lentoknya.

Tasha lantas mendongak memandang gerangan yang meletakkan beg tangan di atas mejanya dan sekaligus mengganggu tugasannya itu. Melihat sahaja tubuh Sarah Eryna di hadapannya, terus senyuman lebar terukir. Gembira apabila sahabatnya datang ke situ. Terus dia berdiri danemeluk erat tubuh sahabatnya. Kini, dia berdiri di hadapan Sarah Eryna.

"Hello dear, how are you?" Soal Sarah Eryna dengan suara yang sengaja dilunakkan.

"Macam biasa. Tak ada berubah apa-apa pun" Balas Tasha. Pakaian Sarah Eryna dijamah matanya dari bawah hingga ke atas. "By the way, nice dress. You look gorgeous and sexy!" Puji Tasha.

Sarah Eryna memintal hujung rambutnya. "Thank you... " dia tersenyum bangga. "Eh, weh. Syar ada?" Dia tersengih sumbing.

Pantas bahu Sarah Eryna dicuit Tasha. "Kau ni kan. Datang sini sebab rindu Syar je kan? Aku ni kau tak rindu pun" dia mencebikkan bibir. Berpura-pura merajuk.

"Eh... rindu! Siapa kata tak rindu? Tapi Syar pun aku rindu" dia melanggar bahu Tasha dengan bahunya. Memujuk sahabatnya itu.

Tasha hanya mampu mencebikkam bibir. "Pergilah dalam sana. Dia ada. Entah tengah buat apa pun aku tak tahu"

"Ha, okeylah! Aku pergi dulu tau. Nanti ada apa-apa aku bagitahu" seraya itu Sarah Eryna mengenyitkan mata. Dia berjalan laju ke daun pintu bilik khas Harris Amsyar. Sampai sahaja di hadapan daun pintu itu, dia terus memulas tombol. Baru sahaja ingin melangkah masuk, tiba-tiba tubuh Sarah Nia keluar dari bilik itu dan menolak sedikit tubuh Sarah Eryna ke hadpaan dan menutup pintu dengan bersahaja.

Sarah Eryna terpaku. Bulat matanya memandang wajah Sarah Nia yang tercegat di hadapannya.

"Kau?! Kau buat apa kat sini hah? Kau nak pikat Syar eh? Eh, kau blah! Kau blah!!" Sarah Eryna menarik kasar lengan Sarah Nia supaya cepat beredar.

Sarah Nia hanya menayang muka menyampah. Matanya dilirik ke atas. "Excuse me?" Dia memetik jari di hadapan wajah Sarah Eryna. "Pikat? Ew... aku nak pikat dia? Sorry sikit eh. Aku tak payah nak pikat-pikat dia pun, dia dah datang pinang aku. Daripada kau? Nothing" Sarah Nia membalas sinis. Sengaja nadanya digedikkan. Biar panas telinga Sarah Eryna mendengar.

Mata Sarah Eryna terjegil. "What?!" Tiba-tiba dia tergelak kecil. Lama-kelamaan semakin kuat. "Dia nak pinang kau? Tomboy macam kau ni? Aku tak percaya! Dia tu hanya cintakan aku je tau. Dia tak akan cintakan orang lain selain daripada aku. So, jangan nak nak perasan!" Jari runcingnya mencucuk-cucuk bahu kanan Sarah Nia.

Sarah Nia membuat muka bersahaja. Baginya, buang masa sahaja jika melayan Sarah Eryna. "Terpulang. Orang bodoh je tolak kenyataan. Perasan pulak tu!" Dia mengangkat bahu dan segera melangkah. Baru lima langkah menapak, dia berhenti seketika. Wajahnya ditolehkan sedikit ke kanan. "Aku rasa kau dengar kut hari tu yang Harris rayu nak kahwin dengan aku tu?" Usai menyampaikan kata-kata itu, dia terus melangkah meninggalkan Sarah Eryna.

Sarah Eryna merengus geram. Tangannya dikepal-kepal. Geram bukan kepalang dengan sepupunya itu. Serasa ingin sahaja dia membunuh Sarah Nia sekarang juga. Sejurus itu, dia terus menerjah masuk ke bilik Harris Amsyar. Pintu bilik itu dihempas kuat.

Taming The Bad GirlWhere stories live. Discover now