BAB 44 - Weirdo

4K 213 5
                                    

"Memori aku sayang dekat kau. Dia asik tanya aku pasal kau"

IKHWAN HAKIM yang telah berjalan meninggalkan kedai kasut sukan itu berhenti di belakang tiang yang tersorok. Dia bersandar di situ seketika. Fikirannya melayang. Tidak dapat untuk melupakan peristiwa itu.

Dia mengeluh. Dengan langkah berat dia kembali menghayunkan langkah untuk ke kedai lain. Baru sahaja dia memusingkan badannya, dia terlihat figura klon Sarah Nia bersama seorang jejaka. Hatinya sedang berteka-teki. Siapa lelaki itu? Untuk mendapatkan jawapan, dia terus mendekati mereka dengan berhati-hati. Matanya dikecilkan. "Is that Harris Amsyar, the CEO of Herz Holdings?"

Matanya kemudian jatuh pada pegangan tangan Harris Amsyar di pinggang klon Sarah Nia itu. Hatinya tiba-tiba rasa menggelegak. Dia fikir dia siapa nak pegang-pegang perempuan? Tiba-tiba sahaja dia berasa panas. Orang zaman sekarang ni memang tidak reti menjaga ikhtilat ke? Amarahnya sedang cuba dikawal.

Argh, pergi mati! Aku tak kesah apa nak jadi, jadilah.

Dia berjalan, mengejar langkah dua manusia itu dari belakang. Sesampai sahaja di belakang Harris Amsyar, dia terus menepuk bahu kanan jejaka itu.

Langkah Harris Amsyar terhenti dan secara tidak langsung langkah Sarah Nia juga terhenti. Pegangannya di pinggang Sarah Nia turut dilepaskan. Selepas itu mereka berdua menoleh ke arah Ikhwan Hakim.

Mata Sarah Nia terbuntang. Dia terkejut dengan kehadiran klon abangnya itu. Dia nak apa? Detik hatinya, hairan.

Ikhwan Hakim juga terkejut untuk kali kedua. Dia seperti terkena renjatan apabila melihat wajah ini. Dia tidak dapat sama sekali untuk mengalihkan matanya dari merenung wajah ini.

"Yes?" Suara Harris Amsyar memecah sunyi antara mereka bertiga.

Tersentak, Ikhwan Hakim terus berdehem perlahan untuk menyembunyikan rasa sayu di dalam hatinya. Dia kemudiannya mengukir senyuman ke arah Harris Amsyar. "Hye, Harris. You're the CEO of Herz Holdings if i'm not wrong, right?"

"Yeah... and who are you?" Soal Harris Amsyar seperti dapat menghidu sesuatu di antara isterinya dan lelaki ini.

"Oh, I'm Ikhwan Hakim, project manager of Golden Holdings" dia tersenyum sambil menghulurkan tangannya untuk berjabat dengan Harris Amsyar.

Tidak bertangguh, Harris Amsyar terus menyambut huluran salam pengenalan itu.

Zass! Jantung serta minda Sarah Nia terhenti seketika. Bumi yang sedang berputar seperti berhenti dari berputar. Orang di sekelilingnya bagai terhenti dari menjalankan aktiviti mereka. Badannya kaku, sejuk. Otaknya masih memproses nama lelaki di hadapan Harris Amsyar itu. Mustahil! Tiba-tiba matanya terasa panas dan berkaca-kaca.

"Ni isteri saya" Harris Amsyar memperkenalkan Sarah Nia kepada Ikhwan Hakim.

Ikhwan Hakim tersenyum nipis. Isteri rupanya, terdetik kelegaan di hatinya.

"Oh, your wife. I just wondered who the heck is she because I saw her at the sport shoes alone. And suddenly with you. It was just my hallucination, maybe. Okay bye and sorry because disturbed both of you" ujar Ikhwan Hakim lalu melangkah pergi.

Harris Amsyar mengerutkan kening. Langkah Ikhwan Hakim diperhatinya lama. "Weirdo" sepatah perkataan meluncur keluar dari mulutnya.

Ya, semua orang panggil dia pelik walaupun mereka tidak pernah mengenali Ikhwan Hakim. Sarah Nia menggigit bibir bawahnya. Tangisnya seperti ingin meledak tetapi sedaya-upaya ditahannya.

Taming The Bad GirlWhere stories live. Discover now