BAB 30 - Really Nigga

5.2K 272 0
                                    

Disarankan dengar lagu kat atas ni time baca. Baru ada feel. Dah click? You may continue reading now
_________________________________________

Diary Sarah Nia...

Aku dan dia. Masing-masing suka bermain.

Dia mainkan aku, aku mainkan dia.
Setiap hari, setiap waktu. Kalau boleh setiap detiklah.

Main apa? Main katalah. Please jangan fikir lain.

Aku bukan nak bagi kenyataan hiperbola tapi... Syar, kau sumpah takkan menang. Sebab kau berlawan dengan api. Dan kau pulak angin. Sumpah kau akan kalah.

Tapi hanya dengan kata-kata indah plus jiwang kau tu je yang mampu buat aku kalah.

So, goodluck not goodluck!

_________________________________________

SAMPAI sahaja Sarah Nia dan Harris Amsyar di IKEA, Sarah Nia terus meminta izin untuk ke tandas.

"Awak, saya nak gi tandas jap tau"

Harris Amsyar sekadar mengangguk. Mereka baru sahaja jejak kaki ke tingkat itu. Harris Amsyar beratur di tempat memesan makanan sementara menunggu Sarah Nia melepaskan hajat.

Sarah Nia berjalan laju masuk ke pintu tandas yang berlambang perempuan itu. Masuk sahaja ke dalam ruangan tandas itu, dia terus mengeluarkan telefon bimbit dari dalam poket seluar jeans-nya.

"Beb, kau dah kat mana dah tu?" Soal Sarah Nia.

"Aku tengah cari parking ni" balas Amirul Zikrie di hujung talian.

"Laaa... aphal pandai sangat kau ni. Kenapa kau datang sini? Patutnya kau takyah datang. Kau nak dengar dia membebel ke? Kang dengan aku-aku sekali yang kena" marah Sarah Nia.

"Eh-eh kau mabuk ke? Tadi kau yang suruh aku datang sini pukul 3 kan? Heii... ada jugak yang kena sekeh ni kang" balas Amirul Zikrie jelas tidak berpuas hati.

"Yang tu aku acah je la"

Amirul Zikrie berdecik. "Eii... budak cekenit ni. Geram aku. Tadi aku nak tanya kau soalan, kau pergi letak telefon pulak. Aku whatsapp kau, kau bukannya reti nak reply whatsapp aku. Dah tu sekarang kau nak suruh aku balik ke apa?" Bebelnya panjang lebar.

"Ha, baliklah. Takkan kau nak jumpa jugak dengan Syar tu"

"Eh, Sare. Kau jangan buat keputusan melulu eh. Kau suruh aku balik ni, suami kau tu tak pecat aku ke nanti?" Soal Amirul Zikrie blur.

"Hek alah... hal kerja dengan hal luar mana boleh masuk campur. Tak professional langsung. Apa punya soalan lah yang kau tanya ni" perli Sarah Nia.

Dup!

Adoii... bukan main keras bahu kau langgar aku eh, bebel hati Sarah Nia. Bahu dia telah dilanggar seseorang. Dia terus menoleh ke arah wanita yang telah mengganggu perbualannya dan Amirul Zikrie sebentar tadi.

"Er... maaf cik. Sorry saya tak sengaja" lembut sahaja suara itu memohon maaf.

Sarah Nia tersenyum. Nasib baik sopan. Kalau perangai macam Sarah Eryna, dah lama aku kentutkan. "It's okay" balasnya pendek.

Wanita itu menundukkan sedikit kepalanya dan terus berlalu pergi.

"Hello? Hello? Oi Sare, kau ni sekejap ada sekejap takde. Ni aku nak bagitahu ni, aku dah sampai dah dekat restoran IKEA ni" jelas Amirul Zikrie sepintas lalu melalui talian.

Taming The Bad GirlWhere stories live. Discover now