BAB 2 - Nenek Kau Hitam

27.3K 1K 24
                                    

Diary Sarah Nia.

Aku sebenarnya tak suka diarah.

Tak suka ikut telunjuk orang.

Tapi untuk kali ini aku tak boleh membantah seperti biasa.

Kau gila? Takkan aku nak bantah cakap bos aku.

Aku bukan takut kena buang kerja. Tapi aku malas nak cari kerja lain. Faham?

◆◆◆◆◆

KEESOKAN harinya, awal-awal pagi lagi Sarah Nia sudah bersiap untuk ke rumah majikan barunya itu. Tepat jam enam setengah pagi dia menapak keluar dari rumah. Pakaiannya ditilik seketika di hadapan cermin. Berkerut dahinya memandang cermin itu. Macam ada yang tak lengkap je. Tapi apa ek? Gumamnya.

"Ha, topi. Patutlah... " Sarah Nia terus mencapai topi yang elok terletak di tepi katilnya. Selesai memadankannya di kepala, dia terus berjalan menuruni tangga. Kelibat ibunya yang berada di dapur itu menarik perhatiannya. Walau apa pun, dia tetap kena menyampaikan dulu hasratnya uttuk keluar rumah seketika. Takut ibunya bimbang apabila melihat tubuhnya tiada di atas katil nanti.

"Bah!" Sergah Sarah Nia sambil mencuit pinggang ibunya.

"Apocot nenek kau hitam!" Spontan Puan Zunaida melatah. Terkejut sakan dia apabila disergah anak gadisnya itu. Segera dadanya diurut berkali-kali. Haih, sabar jelah!

Sarah Nia terkekek-kekek ketawa. Lucu benar dengan latah ibunya. Ada ke patut nenek kau hitam? Gumamnya sambil mentertawakan ibunya. Meja di hadapannya ditampar-tampar kuat.

Puan Zunaida yang sedang memegang senduk di genggamannya pantas sahaja mengetuk kepala Sarah Nia. Geram akan gelagat anaknya itu.

Sarah Nia mula merasa pedih menjalar di kepala. Kepalanya diusap-usap laju. Sakit! Rungutnya.

"Lain kali buatlah lagi. Nanti dengan kuali-kuali ni ibu ketuk kat kepala Nia tu" Puan Zunaida menjuihkan bibirnya.

Sarah Nia tersengih nakal. Kepalanya digaru. "Er... ibu, Nia nak keluar ni. Ada hal penting. Maybe Nia balik lambat sikit hari ni. So ibu takyah masak untuk Nia kecuali untuk makan malam" terangnya.

Melopong terus mulut Luan Zunaida apabila anaknya ingin keluar. Balik lambat? Masak makan malam? Maknanya adakah Nia akan pulang lewat senja? Mana dia nak pergi? Pelbagai persoalan di mindanya ketika ini.

"Nia nak pergi mana? Lambatnya balik... dating ke Nia oi?" Seloroh Puan Zunaida. Dia tahu, anaknya tidak mungkin akan ada teman lelaki. Tengok gaya sahaja sudah tahu.

"Eh ibu ni. Orang nak dating buat apa? Buang duit je. Baik Nia simpan duit dating tu untuk hantaran nanti. Baru gempak!" ibu jari tangannya ditegakkan. Sengihan nakal masih setia di bibirnya.

Puan Zunaida hanya menggeleng-gelengkan kepalanya. Dia tergelak kecil melihat kerenah anak gadisnya itu. Jika tiada anak gadisnya itu, pasti dia amat bosan sekarang. Dia memerhati motorsikal Sarah Nia yang mula meluncur laju di atas jalan raya meninggalkan perkarangan rumah.

TOK! Tok! Tok!

'Buka je lah' hati Sarah Nia memberi pendapat. Dia segera mengeluarkan kunci pendua yang diberikan oleh Harris Amsyar kepadanya semalam dari dalam poket seluar jeansnya.

"Assalamualaikum!" jerit Sarah Nia sebaik sahaja daun pintu berjaya dibukanya. Dia menapak masuk ke dalam rumah agam itu. Wah! Besar gila rumah! Duduk seorang je ke dekat rumah besar-besar macam ni?

Lena Harris Amsyar terus terganggu apabila terdengar jeritan nyaring gadis yang menyapa gegendang telinganya dari tingkat bawah.

"Uargh! Sapa memekak pagi-pagi buta ni?" omel Harris Asmyar sambil menggeliat. Matanya digenyeh-genyeh sambil tangannya ditekup ketika menguap. Berair matanya menahan kantuk. Sudahlah semalam dia tidur lambat kerana menyiapkan tugasan. Pagi ini pula diganggu dengan jeritan nyaring seorang gadis.

Taming The Bad GirlWhere stories live. Discover now