BAB 27 - Merajuk Tak Dipujuk

5.6K 246 2
                                    

Diary Sarah Nia...

Manusia dan merajuk. Betul-betul tak dapat dipisahkan. Sehingga kalah istilah "dua merpati sejoli".

Seperti sains, kita perlukan pembolehubah manipulasi, pembolehubah bergerak balas dan pembolehubah dimalarkan.

Merajuk adalah pembolehubah manipulasi.
Pujuk adalah pembolehubah bergerak balas.
Kau dan aku adalah pembolehubah dimalarkan.

Hipotesisnya, semakin banyak merajuk, semakin banyak kena pujuk.

_________________________________________

KERETA BMW kepunyaan Harris Amsyar meluncur laju di atas jalan raya untuk ke Herz Holdings.

Kali ini hanya dia sahaja yang hadir ke ofis. Sarah Nia masih lemah akibat ligamen lututnya yang cedera. Dia menghantar Sarah Nia ke rumah Puan Zuanaida supaya ada yang menemaninya. Jika dia seorang diri di rumah dengan keadannya yang kurang sihat, pasti susah untuk melakukan kerja seorang diri.

Sesampai sahaja Harris Amsyar di ofisnya, dia terus melangkah ke lif utama bangunan itu. Tangannya sedang leka menaip sesuatu di atas papan kekunci telefon bimbitnya. Sedang leka dia berjalan, tiba-tiba dia terlanggar bahu seseorang.

"Auch!" Wanita itu mengeluh. Habis fail-fail yang dipegangnya jatuh bertaburan di atas lantai.

Sedar akan kesilapan diri, Harris Amsyar terus mengemas fail-fail yang bertaburan itu kemudian berdiri menunggu wanita itu bangun semula. Dia tidak menghulurkan tangan kerana tahu hukum. Lagipun kalau ada paparrazi di situ, mahu bergaduh dia dengan Sarah Nia.

Wanita itu bangun semula dengan riak sakit. Rambutnya yang dibiar lepas terus disisir ke belakang.

Dengan nada beku, Harris Amsyar meminta maaf. "Sorry. Nah, fail kau. Aku dah lambat, gotta go. Bye" sepantas kilat Harris Amsyar meninggalkan wanita itu sementara wanita itu masih terpinga-pinga.

Wanita itu membetulkan posisi cermin matanya sambil tersenyum manis. Dia tak perasan ke? Soal pangkal hatinya.

"ASSALAMUALAIKUM sayang! Awak makan apa tadi? Dah mandi?" Soal Harris Amsyar keanak-anakkan melalui talian.

Sarah Nia yang berada di hujung talian tersenyum indah. "Siapa sayang awak? Hehehe..." usiknya.

"Awak tak sayang saya?" Balas Harris Amsyar dengan nada terkejut yang dibuat-buat. Soalan dibalas soalan.

Sengihan mulai terbina di bibir Sarah Nia. "Saya sayang ayam goreng. Yumyum..."

"Ouhh... tak sayang saya lah ni" nada sedih ditonjolkan Harris Amsyar.

"Tak" balas Sarah Nia selamba.

"Hmm... okaylah, banyak kerja lagi nak buat. Bye" balas Harris Amsyar minta dipujuk.

"Bye-bye!" Balas Sarah Nia ceria lalu memutuskan talian.

Harris Amsyar merenung skrin telefon bimbitnya dengan wajah toya. Bertuah punya budak. Dia letak macam tu je. Aiyoyo... sungut hatinya.

TERGELAK-GELAK Sarah Nia ketika ini

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

TERGELAK-GELAK Sarah Nia ketika ini. Nasib sahaja ibunya sedang tidur. Kalau tidak, dengan telinganya sekali dipiat.

"Sorry Syar, Nia malas nak pujuklah. Gahaahahaa..." dia memandang skrin telefon bimbitnya dengan wajah simpati yang dibuat-buat. Rasa kejam dia macam mak tiri Cinderella.

Taming The Bad GirlWhere stories live. Discover now