BAB 17 - Mari Ke Hospital

12.5K 514 16
                                    

"ARGHH!" Jerit Sarah Eryna sekuat hati. Dia berjalan menaiki tangga untuk ke biliknya. "Macam mana benda ni boleh berlaku? Macam mana Syar boleh kahwin dengan minah tomboy tu?! Aku ni tak layak ke untuk berdampingan dengan dia?! Kau tak adil Syar! Kau tak adil!" Dia menghempas sekuat hati perhiasan kaca yang terletak berdekatan dengan dirinya untuk melepaskan geram.

"Ah, auch!" Sarah Eryna terduduk di atas tangga. Dia terasa pedih mula menjalar di tapak kakinya. Dia menggigit bibir bawahnya. Air mata mula bertakung. Sudahlah hatinya sakit, sekarang tapak kakinya pula yang luka terkena kaca.

Ding Dong! Ding Dong!

Sarah Eryna melihat ke arah daun pintu rumahnya. 'Siapa pula datang masa-masa macam ni?' Dia mendengus kasar.

Dari luar kedengaran suara seorang lelaki menegur. "Siapa kat dalam? Okey tak tu?" Laung lelaki itu dari luar.

Sarah Eryna tidak membalas. Dia lebih menumpukan perhatiannya terhadap luka di kakinya. Tapak kakinya yang terpijak serpihan kaca dibelek-belek. Kelihatan darah merah mengalir. Dia mengaduh sakit. Tidak tahan, air katanya menitis ke pipi. Makin lama, makin deras. Dia tiada tenaga untuk berjalan ke arah pintu dan membukanya.

"Cik! Cik okey tak tu?" Laung lelaki di luar itu sekali lagi.

Sarah Eryna hanya menangis semahunya. Sakit mula terasa di tapak kakinya. Menyesal dia menghempas hiasan kaca tersebut. Tidak fasal-fasal kakinya luka.

Beberapa ketika, dia terdengar bunyi hentakan dari luar. Dia tahu lelaki itu cuba membuka. Dia hanya membiarkan. Lagi pula dia memang tidak mampu untuk berjalan ketika ini.

Selepas tiga hentakan, akhirnya daun pintu rumah berjaya dibuka. Tubuh lelaki itu terdorong ke hadapan. Dia segera ke arah Sarah Eryna yang sedang terduduk di atas tangga di mana di sekitarnya dipenuhi serpihan kaca.

"Cik, mari saya bawa cik ke hospital. Dalam luka cik tu" ujar lelaki itu dalam nada lembut.

Sarah Eryna memandang wajah lelaki di hadapannya itu. 'Kacaknya!' Spontan hatinya menyuarakan pendapat. Dia mengkaji wajah lelaki itu. Mempunyai alis mata yang menawan, kening tebal serupa kacukan arab, kulit pula cerah, bibir merah jambu, hidung mancung. Sempurna!

Sedang dia mengelamun, lelaki itu bersuara. "Mari cik, biar saya papah cik ke kereta saya. Saya bawa cik ke hospital ye?"

Sarah Eryna tersentak. Segera dia mengangguk. Lelaki itu memapahnya dengan kudrat lelakinya. Tiba-tiba Sarah Eryna tersenyum kecil. 'Inikah yang dinamakan cinta pandang pertama? How sweet!' Hati Sarah Eryna meronta. Terseksa dengan perasaan yang menyesakkan dada ini. Cinta? Rasanya dia sudah jatuh cinta dengan lelaki itu.

Lelaki itu langsung tidak perasan akan renungan Sarah Eryna terhadapnya. Sarah Eryna dipelawa di tempat duduk penumpan di sebelah tempat duduk pemandu. Sarah Eryna hanya menurut. Itulah peluangnya!

Sampai sahaja di hadapan hospital, lelaki itu memapah Sarah Eryna masuk ke dalam ruangan hospital tersebut. Dia ke kaunter pendaftaran manakala Sarah Eryna duduk di ruangan menunggu. Dari jauh lagi, pandangan Sarah Eryna tidak pernah lekang dari lelaki itu. 'Siapa dia?' Getus hatinya.

Beberapa ketika, lelaki itu datang dengan senyuman manis. Dia mengambil tempat duduk di sebelah Sarah Eryna.

Sarah Eryna terkedu. 'Dia senyum kat aku ke?' Segera dia menoleh ke belakang. 'Tak ada orang pun' dia memandang wajah lelaki itu dengan hairan.

"Ye, saya senyum dekat awak cik adik" ujar lelaki itu seperti memahami.

Sarah Eryna mengemam bibirnya. Dia menunduk ke bawah. 'Malunya!' Terasa bahang di pipinya.

Taming The Bad GirlWhere stories live. Discover now