EPILOG

7.2K 247 13
                                    

"Sayang, bila kita nak bagitahu pasal baby kita ni?" soal Sarah Nia sambil mengusap perutnya yang kandungannya baru berusia empat minggu itu.

Harris Amsyar tersenyum kacak. Ah, lelaki ini. Kalau sehari tidak menggoncangkan hati aku tidak boleh ke? Harris Amsyar mengusap perlahan dagu Sarah Nia. "Malam ni kita bagitahu ye, twinkle"

"Yeyy!"

"Amboi... Kemain lagi dia happy" terhibur Harris Amsyar melihat gelagat isteri tercinta.

Sarah Nia tidak membalas, malah senyumannya semakin melebar sehingga ke telinga. Dia kemudian menyandarkan badannya pada Harris Amsyar, suaminya. "Kalau sayang nak tahu kan, sayanglah cinta pertama twinkle. Twinkle tak pernah suka mana-mana lelaki sebelum ni" ujar Sarah Nia tiba-tiba tanpa perlu disuruh Harris Amsyar.

Menjadi terharu Harris Amsyar mendengar luahan itu. Betulkah? "Ni auta ke fakta?" soal Harris Amsyar dalam nada usikan ketika meletakkan dagunya di atas bahu kanan Sarah Nia.

"Eee... " Sarah Nia pantas sahaja menghadiahkan cubitannya pada lengan kanan Harris Amsyar. Geram! Orang tengah nak buat sesi luahan hati yang sweet mueet, boleh pula dikata dia auta. Sabar sahajalah.

"Hahaha... Okay-okay! Lepassss!" tidak tahan dengan cubitan power daripada Sarah Nia. Boleh tercabut kulitnya kalau dibiarkan. Entah daripada mana kaum hawa belajar skill mencubit pun tidak tahulah. Huh!

Senyuman kemenangan terpamer di wajah Sarah Nia. Dia mengangkat kening lagak seorang guru yang amat poyo pada abad ini. "Tahu pun sakit"

"Okay sambung balik apa twinkle nak cakap tadi" sengih Harris Amsyar.

"Tak naklah, sweet mode dah hilang. Okay bye, nak tidur" rajuk Sarah Nia. Dia acah-acah sahaja hendak tidur, padahal mata masih terjegil minta dibuka. Inilah perempuan, mulut kata lain, hati kata lain. Kaum adam harus bijak memahami kami! Muahaha...

Harris Amsyar terus berdiri dan membuntuti langkah Sarah Nia. Cepat-cepat dia memeluk tubuh Sarah Nia dari belakang. "Kalau twinkle nak tahu, twinkle is my first and my last true love. Even if you're not my first love, but you're my first true love. Kalau first love pun, tapi tak sampai ke alam perkahwinan buat apa kan. Thanks to twinkle, sayang dapat jalani alam perkahwinan seperti yang sayang impikan. Sarah Nia, you're the bestest dream i've ever had in my life" kali ini Harris Amsyar pula yang membuka cerita untuk memujuk Sarah Nia. Bersemut sungguh ayat Harris Amsyar ini.

Sarah Nia terdiam. Entah mengapa dia tidak dapat membendung perasaan sedihnya. Dia terharu sangat! Sehingga berkaca-kaca matanya menahan sebak di dada. Dia memusing badannya menghadap tubuh suaminya. Leher Harris Amsyar dirangkulnya dengan penuh kelembutan.

"Sayang, boleh tak twinkle nak tanya something? Jangan marah eh kalau twinkle tanya ni" ujar Sarah Nia bernada perlahan.

"Ye twinkle... Sayang tak akan marah punya" jawab Harris Amsyar, meyakinkan isterinya.

"Sebenarnya kan, dari dulu lagi twinkle nak tahu, tapi masa tak sesuai. Sekarang ni, bila masalah semua dah selesai, twinkle nak tanyalah. Err... Sebenarnya kenapa Eryna nak sangat dekat sayang eh? Sampai dia benci twinkle dulu" soal Sarah Nia serba salah. Dia tahu, dia tidak patut mengajukan soalan itu kerana mungkin akan mengeruhkan keadaan, tetapi dia benar-benar ingin jawapan untuk persoalan yang sudah lama tersimpan di benak fikirannya.

Harris Amsyar mengeluh perlahan. "Eryna is my ex-girlfriend. Ingat tak yang sayang cakap sayang suka pergi taman bunga matahari tu setiap kali ada masalah? Masa sayang break up dengan Eryna, sayang sedih sangat. Dengan pergi dekat situ je sayang dapat ketenangan. Sebab sayang jenis yang setia dan susah nak lupa, tapi bila dah lupa, sayang tak akan jilat balik apa yang sayang dah ludah. Dan sayang tak tahu kenapa, even our first sight dah mampu buat sayang terus lupakan my past dan sayang terus jatuh cinta dengan twinkle" terang Harris Amsyar jujur dari hati.

Taming The Bad GirlWhere stories live. Discover now