BAB 34 - Godaan

6.7K 222 0
                                    

Diary Sarah Nia...

Semua manusia dihadirkan nafsu. Sama ada nafsu yang betul dan salah.

Betul untuk orang yang halal dan berhak. Salah untuk orang yang tidak halal dan tidak berhak untuk kita.

Aku tahu aku terlalu banyak menyimpan rahsia, tetapi itu tidak bermakna aku tidak menjaga batas aku.

Aku tak minta banyak. Kerja kau senang. Hanya percayakan aku.

___________________________________________

HARI ini, Sarah Nia sudah diberikan keizinan oleh Harris Amsyar selaku CEO Herz Holdings, untuk kembali menjalankan tugasnya sebagai Personal Assistant suaminya.

"Yey! Excitednya nak mula kerja. Wuhuuu!" Jerit Sarah Nia di dalam bilik mandi.

Tok! Tok!

Bunyi ketukan dari luar bilik mandi. "Oi, cepatlah mandi! Orang nak mandi jugak, fikir tandas tu dia sorang punya je ke apa" bebel Harris Amsyar.

Wajah Sarah Nia terus bertukar suram. Dia membuat muka jelik. "Sabarlah! Saya tak habis mandi lagi ni, ee..." Balasnya kegeraman. Segera dia menekan botol shampoo badan dan meratakan ke seluruh badan.

Dua minit selepas itu, Harris Amsyar kembali bersuara. "Awak tahu tak dah 30 minit awak mandi? Awak ni mandi ke cuci tandas" jeritnya di luar bilik mandi bilik mereka itu.

"Sabarlah manusia" Sarah Nia sedang membersihkan tubuh badannya menggunakan air pancut yang tersedia ada di bilik mandi itu.

Harris Amsyar mencebik. Tiba-tiba dia tersengih jahat. Idea nakal sudah mari. "Baik awak keluar cepat, kalau tak... Lagi lima minit, saya robohkan pintu ni" acahnya. Dia sudah menggeselkan kedua-dua tapak tangannya seperti kesejukan. Tetapi ini bukan kerana kesejukan, ini kerana bersedia hendak merobohkan pintu itu. Dapat freeshow, untung jugak ekekeke, bisik hati nakalnya.

"Eh, sabarlah atok! Eeee..." Dengan terkocoh-kocoh Sarah Nia mengelap badannya menggunakan tuala lalu dibalut dengan tuala mandinya itu.

"1..."

"Tak sampai seminit pon lagi!"

"2..."

"Shoot, am I even his wife?" Bebel Sarah Nia.

Harris Amsyar di luar hanya menahan tawa. Dia tahu sekarang ini Sarah Nia sudah gelabah. "Ti..."

Krekk...

Sarah Nia membuka pintu bilik mandi. Dengan wajah garang, dia menjeling maut Harris Amsyar. Rasa macam nak terkam sahaja Harris Amsyar di hadapannya itu.

Gulp!

Harris Amsyar menelan air liur. Dengan mata bulatnya, dia meneliti setiap inci badan isterinya. Mashaallah, tergoda aku. Dia ni pun...

"Hoi!" Sarah Nia memetik jarinya di hadapan wajah Harris Amsyar. "Awak tengok-tengok apa hah?" Soalnya dingin.

Sejurus itu Harris Amsyar terus tersedar dari lamunannya. "Hah? Er... Kenapa awak pakai towel je ni? Nak buat saya mandi wajib pagi-pagi macam ni ke?" Soalnya tanpa bertapis. Ah, lantaklah! Hati aku yang tengah huru-hara sebab tengok kau ni, kau tak kira.

"Apa awak merepek ni?" Dengan wajah kehairanan, Sarah Nia mengangkat keningnya meminta penjelasan dari suaminya.

Harris Amsyar terus menjuihkan bibirnya ke tubuh Sarah Nia yang hanya dibaluti tuala mandi berwarna merah jambu itu.

Tiba-tiba dia pula yang rasa berdebar untuk mengetahui 'kebenaran'. Dengan perlahan-lahan Sarah Nia memandang ke bawah. Jangan cakap aku tak pakai...

Taming The Bad GirlWhere stories live. Discover now