BAB 22 - Bleeding Heart

7.6K 307 11
                                    

Kau takkan faham apa yang aku lalui. Apa yang aku redah. Apa yang aku rasa.

Kau takkan pernah faham.

Hati aku sedang berdarah.

Di satu sudut, aku terlihat seperti seorang yang amat periang.
Di satu sudut lagi, aku sedang meratap pilu.

Tiada sesiapa yang akan faham aku.
Tiada sesiapa yang akan memahami aku.

Hati aku sedang terluka.
Hati aku sedang ditusuk.
Hati aku sedang disiat.

Walaupun hati sedang terluka, aku akan tetap kuat untuknya.
Walaupum hati sedang ditusuk, aku akan cuba untuk bertahan.
Walaupun hati sedang disiat, aku tetap cuba untuk merawatnya.

Tetapi, adakah aku mampu untuk bertahan, tetap kuat dan merawat ketika hati aku sedang... Berdarah?

◇◆◇◆◇◆◇◆◇◆◇◆◇◆◇ ~~~ ◆◇◆◇◆◇◆◇◆◇◆◇◆◇◆

SARAH NIA memejam rapat matanya. Menunggu detik badannya terhempas ke tangga. Walaubagaimanapun, dia amat berharap agar sesiapa menolongnya pada saat ini. Adakah yang sudi menolongnya?

Sedang badannya keawang-awangan, tiba-tiba dia terasa sepasang tangan sasa sedang memegang erat pinggang serta belakang kepalanya. Dalam hati, sudah bersyukur tidak terkata. Alhamdulillah, Ya Allah. Detik hatinya.

Terdengar hembusan tidak sekata dari si penyelamat. Risau mungkin. Dia membuka perlahan-lahan kelopak matanya. Alangkah terkejutnya dia apabila mengetahui orang yang menyelamatkannya sebentar tadi ialah... Suaminya! Yelah, siapa lagi? Tapi dia berasa bersalah sangat. Baru sahaja ingin membuka mulut, kedengaran suara seseorang menyampuk.

"Ya Allah, budak-budak ni! Orang suruh turun makan, boleh pulak berasmara-dana dekat sini ye?"

Serentak itu, Harris Amsyar serta Sarah Nia menoleh ke arah Puan Zunaida. Wajah mereka jelas beriak kerisauan.

"Orang lain dah tunggu lama dah. Lepas tu, boleh pulak duk terjerit-jerit. Ibu fikir apa lah tadi. Dah, cepat. Turun sekarang" arah Puan Zunaida tegas. Berkerut dahinya memandang menantu serta anaknya. Kemudian dia terus melangkah meninggalkan mereka sekali lagi di tangga.

Sarah Nia terus gelabah sambil melepaskan pegangan Harris Amsyar di anggotanya. Dia membetulkan rambutnya yang sudah kusut-masai. Mulut dia terkumat-kamit seperti ingin mengatakan sesuatu. Tetapi dia berasa amat malu dengan Harris Amsyar. Tulah, Nia. Menjawab dengan suami, dekat dunia pun Allah dah turunkan balasan. Ni kan pulak dekat akhirat. Nauzubillahiminzalik... Bebel hatinya.

Harris Amsyar memerhati wajah isterinya yang sedang berpeluh. Senyuman kecil terukir di hujung bibir. Dia menyeluk kedua-dua tangannya ke dalam poket seluarnya. Dengan langkah kekwat, dia menghampiri Sarah Nia.

Sarah Nia yang perasan Harris Amsyar sedang mendekatkan diri dengannya, terus menapak ke belakang. Dia melawan tikaman mata suaminya sambil tubuh terus ke belakang sehingga tiada ruang. Kini, tubuhnya sedang bersandar pada pemegang tangga. Nafasnya sudah tidak teratur. Cuak dengan apa yang ingin dilakukan Harris Amsyar kepadanya. Dia nak tampar aku ke? Eh... Takkanlah. Dia bukannya baran. Bebel hatinya sambil menggeleng-geleng kepala.

Harris Amsyar memerhati riak gelabah Sarah Nia dengan senyuman indah. Comel jugak isteri aku ni. Tak adalah kasar mana. Tapi cute...

Sarah Nia terus memalingkan wajahnya ke sebelah kiri. Tidak sanggup untuk melihat senyuman itu. Takut iman tergugat. Sekarang ni pun, jantungnya sedang menggila.

Spontan Harris Amsyar ketawa. Terhibur dengan gelagat Sarah Nia.

Bagai terpukau Sarah Nia dibuatnya. Manakan tidak, kalau terdengar suara seksi Harris Amsyat ketawa? Serasa ingin meletup sahaja jantungnya.

Tiba-tiba Harris Amsyar mendekatkan bibirnya ke telinga Sarah Nia.

Sarah Nia hanya berdiri kaku. Tidak tahu ingin bereaksi bagaimana. Marah? Gembira? Jadi dia hanya menanti apa yang bakal Harris Amsyar lakukan.

"Awak tahu tak awak macam bunga apa?" Soal Harris Amsyar dengan suara gemeresik.

Sarah Nia tidak mengangguk atau menggeleng. Membuka mulut juga tidak.

"Bleeding Heart Flower. Atau bahasa saintifiknya, Dicentra Spectabilis. Kalau dalam bahasa melayu, Bunga Hati Berdarah" terang Harris Amsyar.

Sarah Nia terus berkerut lalu menoleh wajahnya untuk bertentang mata dengan Harris Amsyar. Apa yang dia cuba sampaikan? Detik hatinya.

Harris Amsyar tersenyum. "Indah dipandang. Berwarna merah jambu dan putih. Tapi, kalau kita picit bunga tu, akan keluar cecair berwarna merah. Seolah-olah darah" dia berhenti berbicara seketika.

Aku tak faham. Omel hati Sarah Nia.

"Awak sama macam bunga tu. Bila dilihat dari luar, awak nampak ceria macam tak simpan apa-apa kepahitan pun. Tapi dekat dalam, hati awak sedang berdarah. Awak simpan terlalu banyak rahsia pahit. Dan tiada sesiapa tahu betapa seksanya hati awak. Is it true, Sarah Nia?"

Kening Sarah Nia terangkat. Dia terkejut. Dia tahu ke apa yang aku dah alami? "Yang awak ni tiba-tiba tanya pasal ni kenapa? Demam?" Soalnya dingin.

Harris Amsyar terus menikam jauh ke dalam bebola mata Sarah Nia. "Is it true?" Dia tidak mengendahkan soalan dingin isterinya.

Sarah Nia memandang sekilas wajah Harris Amsyar lalu menundukkan wajah. Tiba-tiba dia teringat akan arwah abahnya yang sudah hampir dua tahun meninggalkan mereka sekeluarga. Dia tidak dapat membendung perasaannya. Air mata terus bertakung sehingga menitis ke pipi. Dia mengesat laju pipinya lalu berkata dengan nada keras. "Kau tak perlu tahu. Semua masalah aku, biar aku sorang je tahu. Orang lain tak perlu masuk campur. My problem, let me solve it by myself" ujarnya dalam getaran. Sudah hilang panggilan saya, awak. Sejurus itu, dia terus menuruni tangga dan ke bilik air untuk meredakan perasaan.

Harris Amsyar terkaku seketika. Aku dah agak dia ada masalah. Mungkin masalah tu yang buat dia tak suka lelaki. Tapi apa dia? Apa-apa pun, dia tetap rasa bersalah sangat kerana membuat air mata Sarah Nia menitis disebabkan soalannya.


"SYAR, mana Nia?" Soal Datin Suhaila sebaik sahaja melihat Harris Amsyar menapak ke dapur seorang diri. Bukan sepatutnya mereka berdua ke? Detik hatinya.

Harris Amsyar tersenyum hambar. "Nia pergi tandas sekejap, ma"

Datin Suhaila mengangguk faham.

Puan Zunaida yang hanya menjadi pendengar mula berasa tidak enak. Syar dengan Nia bergaduh ke? Tapi tadi elok je dekat tangga? Perasaan aku je kut. Berkerut kening Puan Zunaida memikirkannya.

DI dalam tandas, Sarah Nia sedang menangis teresak-esak. Ahh... Bodoh! Semua salah aku! Kalau tak, abah takkan mati. Semua ni salah aku! Arghhhhh... jerit hatinya. Kali ini hatinya betul-betul luka terhiris apabila teringat saat kematian satu-satunya insan yang amat disayanginya.

Sarah Nia merenung tajam wajahnya di pantulan cermin. Dia menggempal erat kedua tangannya. "Sebab kau. Sebab kau abah aku mati. Aku akan pastikan kau melingkup dalam penjara. Aku akan tuntut bela atas kematian abah aku. Jantan tak guna!"

Air mata Sarah Nia kembali menitis. Bila teringat sahaja detik-detik kematian abahnya, dia akan rasa seolah-olah itu adalah kesalahannya. Walaupun dia reda dengan ketentuan Ilahi, tetapi dia tidak dapat melupakan serta memaafkan orang yang menyebabkan kematian abahnya.

Taming The Bad GirlWhere stories live. Discover now