BAB 49 - Dusk Till Dawn

4.5K 195 0
                                    

"WEH kau tinggal dengan ibu nak tak?" Soal Sarah Nia dengan penuh berharap. Dia terkenangkan Puan Zunaida yang tinggal keseorangan di rumah. Kesian ibu, mesti bosan.

"Aku memang nak, tapi aku tak larat weh. Kepala berat sangat ni" keluh Amirul Zikrie. Matanya masih terpejam rapat. Ingin membuka mata pun terasa susah. Inikan pula untuk menapak meninggalkan teres ini.

Sarah Nia mengeluh risau. Dia risau dengan keadaan abangnya itu. Dia sudah tiada sesiapa. Lelaki inilah keluarganya walaupun bukan sedarah sedaging. "Kalau macam tu, aku stay sini jaga kau" putusnya.

Sarah Nia memandang wajah Harris Amsyar dan suaminya itu mengangguk tanda memberi keizinan. "Saya stay sini juga"

"Eh, awak tak kerja?" Soal Sarah Nia dengan mengangkatkan kening. Lelaki ini jarang sekali hendak mengambil cuti kerja. Memang seorang bos yang berdedikasi.

"Saya kerja, lagipun kawasan rumah ini pun dekat juga dengan Herz Holdings" ujar Harris Amsyar.

Sarah Nia tersenyum. Sudah agak Harris Amsyar pasti tidak akan mengambil cuti kerja disebabkan hal ini. Nasib baiklah rumah ini dekat dengan bangunan Herz Holdings.

"Zike, kami tidur dekat bilik atas eh. Tak apa kan?" Sarah Nia meminta izin. Dia sendiri tidak faham bagaimanalah lelaki ini berani tinggal seorang diri di rumah teres yang boleh memuatkan satu keluarga ini.

"Emm.." Hanya itu sahaja yang mampu diungkapkan Amirul Zikrie buat masa sekarang. Dia betul-betul tidak larat.

"Aku masakkan bubur ayam ye. Kau baringlah dulu. By the way, kau dah solat zuhur?" Soal Sarah Nia lembut.

"Emm.."

Harris Amsyar hanya memasang telinga. Lembut betul intonasi Sarah Nia kepada Amirul Zikrie. Menunjukkan betapa rapatnya hubungan mereka berdua.

Sarah Nia ternyata puas hati dengan jawapan Amirul Zikrie. Ternyata lelaki ini tidak lupakan agamanya walaupun dalam keadaan susah dan tidak larat ini. Sejurus itu dia terus menuju ke dapur. Turut diekori Harris Amsyar dari belakang.

Sesampai sahaja di dapur, Sarah Nia terus membuka peti sejuk dan mencari ayam. Dia bersyukur ayam ada. Kalau tiada, memang dia harus pergi ke pasar untuk membelinya dan sudah semestinya melambatkan waktu makan Amirul Zikrie.

Dia membasuh ayam yang sudah siap dipotong kepada bahagian-bahagiannya. Baru sahaja hendak dicapai pisau, Harris Amsyar menegah.

"Saya nak tolong" Harris Amsyar tersengih manja.

"Nak tolong? Tapi awak tak pandai memasak. Macam mana?" Soal Sarah Nia dengan pandangan ragu-ragu.

"Alaaa... Dari sekaranglah saya nak belajar memasak dari isteri tersayang. Mana tahu awak tak larat nak masak pula, saya bolehlah in charge" seloroh Harris Amsyar.

Sarah Nia mengangkat kening. "Betul ni?" Soal Sarah Nia sekali lagi.

"Yes, betul" ujar Harris Amsyar yakin. Jika bukan sekarang, bila lagi?

"Ha ah lah, saya lupa pula denda awak tu. Okay, pergi ambil pisau, tempat pemotong, periuk nasi dan beras" arah Sarah Nia dengan senang hati.

Harris Amsyar tergelak kecil. "Aye aye captain" sepantas kilat dia menyediakan bahan yang diminta Sarah Nia.

Selepas bahan yang diminta Sarah Nia telah disediakan, Harris Amsyar bertanya lagi. "Lepastu nak buat apa?"

"Okay, awak tolong ambil dua cup beras dan basuh sampai bersih" arah Sarah Nia dengan senang hati. Sementara itu dia menyelesaikan tugasnya untuk memotong ayam-ayam itu menjadi kepada bahagian kecil.

Taming The Bad GirlWhere stories live. Discover now