BAB 63 - Secebis Gambaran

4.8K 184 6
                                    

HAZLINA masih tidak berhenti menangis. Matanya seperti tidak penat mengeluarkan berdos-dos cecair mata sehingga bengkak matanya. Bahunya pula terhinjut-hinjut menahan sendu.

Saya sayangkan awak, tapi saya tak ada pilihan lain. Saya tak nak Jazlina jadi pembunuh dan saya tahu dia tak boleh dibawa berbincang dengan saya, ratap hatinya.

Krekk...

"Lina, jom makan" tegur Datin Hairiah sambil menguak pintu bilik. Dia memandang ke arah tubuh Hazlina yang sedang berselubung. Dahinya berkerut.

Tiada sahutan seperti selalu. Datin Hairiah semakin hairan. Diperhatikan tubuh belakang Hazlina yang sedikit terhinjut. Dia dengan perlahan menghampiri katil dan melabuhkan punggung di sisi Hazlina.

"Lina..." tegur Datin Hairiah sambil menyentuh perlahan belakang badan Hazlina.

Sejurus itu Hazlina pantas menyeka air matanya di bawah selimut tebalnya. Dia langsung tidak perasan kehadiran Datin Hairiah. Tahu-tahu sahaja sudah berada di sisinya.

"Lina, Lina okay?" soal Datin Hairiah walaupun naluri hatinya kuat mengatakan bahawa anaknya sedang menghadapi masalah.

"Hmm..." balas Hazlina senada. Malu untuk mempamerkan mukanya. Dia juga tidak mahu menggundahkan hati ibunya.

Tangan kiri Datin Hairiah mengurut lembut belakang badan Hazlina. Secebis kerisauan terpancar di wajahnya. "Mummy tahu Lina ada masalah. Kalau Lina nak cerita, mummy bersedia nak dengar. Tapi kalau Lina tak nak cerita, mummy faham Lina perlukan masa" ujar Datin Hairiah.

Hazlina perlahan-lahan mengeluarkan tubuhnya dari selimut. Dia mengesat air matanya dan terus memeluk Datin Hairiah. "Lina tak kuat mum... Lina sayangkan dia" adunya perlahan di bahu Datin Hairiah.

Datin Hairiah memandang pilu wajah anaknya. Dia mengusap penuh kasih sayang rambut Hazlina.

Kring, kring! Kring, kring!

Telefon rumah berdering meminta diangkat. Hazlina lantas membangunkan tubuhnya. Faham akan keadaan ketika itu. Lalu Datin Hairiah tergesa-gesa mendapatkannya. Meninggalkan tubuh tidak bermaya Hazlina di atas katil. Sejurus itu dia menekap muncung gagang telefon itu ke telinganya.

"Ini mak Jazlina ke?" soal suara parau di hujung talian.

Datin Hairiah mengerutkan kening. "Ye saya, kenapa ye?" hairan tiba-tiba orang yang tidak dikenali menghubunginya.

"Macam ni mak cik, Jazlina telah mengalami kemalangan jalan raya dan saya adalah orang yang bertanggungjawab membawa Jazlina ke hospital. Sekarang ni Jazlina ada di Prince Court Medical Center" jelas suara di hujung talian.

Mendengar sahaja berita mengejut itu, Datin Hairiah terus terkedu seketika sebelum disedarkan semula oleh lelaki itu. "Mak cik, mak cik.."

Datin Hairiah mengurut dadanya. Air matanya bertakung sebaik sahaja mendengar berita itu. "Baik, mak cik datang sekarang" sejurus meletakkan gagang telefon, dia terus berlari-lari anak masuk ke bilik Hazlina.

"Lina, kakak kamu eccident! Cepat siap, kita gerak hospital sekarang. Cepat!" pesan Datin Hairiah dengan nada yang sedikit tinggi. Jelas dahinya berkerut seribu menahan sedih di hati.

"Eccident?! Ya Allah Ya Tuhanku..." Hazlina yang tidak bermaya sebentar tadi terus segar-bugar. Lantas dia berlari menukar pakaian. Memang dia tidak rapat dengan Jazlina. Memang mereka sering bertelingkah dan tidak bertegur. Tetapi pertalian darah tetap ada di antara mereka berdua dan dia sebagai adik haruslah mengambil berat terhadap perasaan dan kesihatan kakak kandungnya.

Taming The Bad GirlDonde viven las historias. Descúbrelo ahora