BAB 51 - Bersemuka

4K 209 8
                                    

"EH, Ery kau dah send belum gambar tu?" Tegur Tasha yang kebetulan ternampak kelibat Sarah Eryna lalu di hadapan kubikelnya.

Sarah Eryna mengeluh kasar. Dia meletakkan beg tangannya di atas meja kubikel Tasha. Dengan muka kekwat dia menolak rambut perang yang diwarnakan ke belakang bahu. Wajahnya masam mencuka. "Yeah, I did it. No worries..."

Tasha menjungkitkan kening kanannya. "I bet you have something to tell me. Is it about Amsyar?" Tebaknya.

"Excuse me, this all about that perempuan murah! Kau tahu tak dia ugut aku? Hahahaha... Dia tak sedar dia tu siapa nak main ugut-ugut aku pulak. Hergh, buat panas hati je!" Bebel Sarah Eryna sambil mengipas-ngipas wajahnya menggunakan kipas kainnya.

"Dia ugut apa?"

"Dia cakap kat aku kalau aku musnahkan rumah tangga dorang, dia tak teragak-agak akan musnahkan hidup aku. Huh, perempuan murah tu!" Dengus Sarah Eryna untuk kesekian kalinya.

Tasha mengangguk-angguk faham. Dagunya dipegang sambil dahinya berkerut. Lagak seperti memikirkan masalah yang sangat berat. "Tapi kan, kau kena careful juga dengan dia. Dia tu kau tahulah, dia kesah apa. Orang canang cerita buruk pasal dia pun dia langsung tak ambil endah. Aku rasa dia memang akan buat apa yang dia ugut kau tu. Bukan apa, sebagai langkah berjaga-jaga kau kenalah fikir pasal tu juga. Lagi satu dia dahlah jaguh taekwondo. Kalau setakat kau, petik jari je dia boleh tumbangkan" bebel Tasha seperti menyebelahi Sarah Nia.

Sarah Eryna menjeling tajam ke dalam anak mata Tasha. "Ah, lantaklah! Yang penting aku nak Amsyar aku. Aku akan buat apa sahaja untuk dapatkan balik cinta lama aku tu" tegas Sarah Eryna.

Tasha menggeleng-geleng kepala. "Kau ni, dekat luar tu ramai lagi lelaki yang nakkan dekat kau. Yang kau nak sangat dekat suami orang tu kenapa? Tak baiklah kacau rumah tangga orang!" Nasihat Tasha seolah-olah dia tidak pernah bersepakat dengan gadis itu.

"Kau diamlah! Kalau nak bagi ceramah, pergi masjid" lalu dengan hentakan kaki yang kuat Sarah Eryna berlalu meninggalkan kubikel Tasha dan terus keluar dari bangunan Herz Holdings. Terus hilang moodnya untuk berjumpa Harris Amsyar.

SARAH NIA sedang jalan beriringan dengan Harris Amsyar untuk berjumpa dengan klien mereka dari Golden Holdings. Dia agak cuak dan gemuruh apabila dia sedar bahawa sebentar sahaja lagi dia akan berjumpa dengan abang kandungnya, Ikhwan Hakim. Dia sudah mengecam abangnya, adakah lelaki itu pun sama?

Kini mereka sudah melangkah masuk ke ruangan bilik mesyuarat. Terdapat dua orang atasan dari Golden Holdings dan Executive Engineer itu sendiri. Ketika Sarah Nia dan Harris Amsyar masuk, kesemua pekerja Golden Holdings itu berdiri tanda hormat.

Setelah semua mengambil tempat duduk masing-masing, mereka mula membincangkan mengenai projek yang syarikat mereka akan jalankan di Seremban.

Mata Sarah Nia pula seolah-olah melekat pada tubuh sasa yang amat dikenalinya itu. Jejaka itu sungguh tampan. Sama tampan seperti suaminya. Dia menilik dan mengkaji wajah bersih Ikhwan Hakim. Sungguh tiada apa yang berubah kecuali saiz badan yang lebih sasa dan ketampanan yang lebih ketara berbanding kali terakhir dia berjumpa lelaki itu.

Ikhwan Hakim yang dari mula melihat Sarah Nia melangkah masuk, dia sudah merasakan sesuatu di hatinya. Bukan perasaan cinta terhadap kekasih, tetapi cinta terhadap darah daging. Adakah ini adiknya yang selama ini dia cari? Matanya hanya memandang sekilas wajah perempuan yang duduk di hadapannya itu. Sebiji! Saling tidak tumpah wajah gadis itu dengan adiknya.

"Okay, as you guys know, I'm Harris Amsyar, CEO of Herz Holdings. Seperti yang sudah kita bincangkan, syarikat kita akan bekerjasama untuk membangunkan projek di Seremban. Dan Herz Holdings memang memerlukan kepakaran dari Executive Engineer of Golden Holdings. Syarikat kami memang kekurangan tenaga pakar dari engineer kami sendiri, jadi kami memilih untuk bekerjasama dengan Golden Holdings" hujah Harris Amsyar sebagai pembuka bicara mesyuarat itu.

Taming The Bad GirlWhere stories live. Discover now