BAB 12 - Bukan Muda Lagi

13.4K 467 36
                                    

KEESOKAN harinya, Sarah Nia bangun seperti biasa. Bangun-bangun sahaja, dia terus titipkam pesanan untuk Harris Amsyar. Dia agak keletihan untuk menyediakan sarapan pada pagi itu. Bertambah pula dengan perasaannya yang tengah tidak menentu sekarang ini. Dia malas untuk melihat wajah Harris Amsyar. Malas, marah, menyampah! Semua bersatu.

Hari ni aku tak masak untuk kau. Aku busy. Nanti jumpa kat ofis.

Beberapa minit kemudian, telefon bimbit Sarah Nia bergetar menandakan mesej masuk.

Okay. See you.

Sejurus menerima mesej itu, Sarah Nia terus tersenyum sinis. Dia berjalan ke almari dan mengambil tuala mandi. Dia melangkah masuk ke dalam bilik air untuk membersihkan diri.

HARRIS AMSYAR berkerut. "Dia marah kat aku ke?" Gumamnya perlahan. Sedih juga apabila menerima mesej itu. Dia rindu untuk menatap wajah gadis itu. Walaupun dia seringkali membuli gadis itu, tetapi ia tidak membawa makna benci akan gadis itu. Malah, makin bertambah sayang.

Dia bangkit dan mengenakan pakaian. Kot hitam disarung ke tubuh. Tali leher dibetulkan di hadapan cermin. Rambutnya dikuak ke belakang. Menyerlahkan lagi ketampanannya. Dia berjalan menuruni tangga untuk ke ruang tamu. Kelihatan Dato' Yusoff sedang membaca surat khabar seperti rutin hariannya. Datin Suhaila pula sedang memasak di dapur.

Harris Amsyar mengerling jam dinding. Baru pukul tujuh pagi. "Pa, ma, Syar pergi ofis dulu. Assalamualaikum" Harris Amsyar menyalami tangan Dato' Yusoff dan Datin Suhaila. Dia berjalan ke arah daun pintu. Kasut kerjanya disarung ke kaki. Dia masuk ke dalam perut kereta BMWnya. Pedal ditekan dan beberapa ketika, keretanya sudah berada di atas jalan raya.

Datin Suhaila menatang air teh panas ke ruang tamu. Dia melabuhkan punggung di sofa berhadapan suaminya. Dia menyuakan cawan berisi teh panas itu kepada Dato' Yusoff.

Dato' Yusoff membuka cermin matanya. Air teh yang disua Datin Suhaila diambilnya berhati-hati. Perlahan-lahan dia menghirup.

"Abang, Su ada nak cakap sikit" Datin Suhaila tersengih sumbang.

Kening Dato' Yusoff terangkat. "Su nak cakap apa? Tak pernah-pernah nak mintak izin. Ni tiba-tiba ni kenapa?"

"Macam ni bang, semalam Su jumpa Zunaida" Datin Suhaila tidak menyambung terus ayatnya. Sengaja menambahkan debaran di hati suaminya.

"Then?"

"Then... Su dan Zu dah sepakat nak pinangkan Nia untuk Syar. Abang rasa macam mana? Abang setuju tak?" Datin Suhaila meminta keizinan suaminya. Bimbang juga suaminya tidak berkenan dengan Sarah Nia.

"Ha? Baguslah tu. Syar tu bukannya muda lagi. Lagi pun, budak Nia tu kita dah kenal perangai dia dari kecil. Lainlah Si Eryna tu. Entah dari ceruk mana dia datang pun abang tak tahu" Dato' Yusoff tersenyum lebar. Sememangnya berita itu adalah berita paling menggembirakannya.
"Eh, Eryna tu lain cerita. Jadi, sekarang ni abang restulah ni ye?" Datin Suhaila tersenyum riang.

"Apa pulak tak restu. Abang restu lah Su oi!"

Datin Suhaila bersorak riang. Amat gembira apabila suaminya turut memberi lampu hijau. Jadi sekarang, tiada lagi halangan kecuali menunggu keputusan Puan Zunaida.

"Eh, Su kata kita nak pinang Nia kan? Bila?"

"Sabtu ni bang" Datin Suhaila tersenyum meleret.

"Okeylah kalau macam tu. Nanti kita pergi ye... " Datin Suhaila tersenyum lebar apabila menerima balasan suaminya itu.

SAMPAI sahaja di hadapan ofis, Harris Amsyar terus memarkir keretanya. Dia terlihat sebuah motorsikal jenama Ducati. Itulah motorsikal kesayangan Sarah Nia. Dia merenung lama. Senyuman kecil terukir di bibirnya. Laju dia melangkah masuk ke dalam bangunan.

Taming The Bad GirlWhere stories live. Discover now