Part 1 - Sakitnya Tuh Disini

49K 1.3K 23
                                    

Di hadapan mahkamah syariah.

" Terima kasih untuk segalanya abang. Sekali lagi Fea mintak maaf dengan abang. Halalkan makan dan minum Fea sepanjang kita berkhawin. Assalamualaikum." Sofea Imani terus menuju ke keretanya. Tidak sanggup berlama-lama dengan bekas suaminya. Luka di hatinya masih berdarah dengan perbuatan Naufal Iskandar. Naufal hanya mampu menghantar Sofea dengan pandangan kosong. Ada rasa sedikit penyesalan dalam dirinya tetapi apakan daya, keputusannya untuk menceraikan Nur Sofea Imani nekad sekali.
Naufal masuk ke dalam perut kereta dan mengambil keputusan untuk tinggal di rumah orang tuanya. Buat sementara waktu, dia tak mampu untu pulang ke banglonya kerana di situ banyak memorinya bersama Sofea. Dia tak betah sendirian. Dia takut dia tewas dengan perasaanya. ' Aku kena lupakan dia, perempuan tu dah hancurkan hati aku. Biar padan muka dia kena cerai,' bisik hatinya.

Naufal menekan pedal minyak hingga mencecah hampir 200km. Dia ingin segera pulang. Mengurungkan diri di dalam bilik tidur, mahu lari dari semua orang. Dia ingin tidur, kerana baginya tidurlah dapat menenangkan jiwanya yang sakit.

************************************
Sofea Imani cuba untuk nampak di hadapan Naufal Iskandar tetapi hakikatnya, dia tidak sekuat itu. Dia tidak boleh meneruskan pemanduannya. Dia memberhentikan keretanya di tepi jalan. Sofea menangis teresak-esak. Bagaikan tidak percaya bahawa dia telah diceraikan. Dia rasa betul-betul kecewa dan rasa di khianati. ' Life must go on Fea, this is not the end of your life. Be strong', bisik hati kecilnya. Walaupun pahit untuk ditelan, dia harus kuat menempuh kehidupannya selepas ini. Status 'janda' yang dibawanya sekarang bukanlah penghalang untuk dia rasa lemah. ' Naufal Iskandar, I am not.going to lose. I will sure that, even without your love, I will survived.' Dia tekad, dia harus kuat. Dia start engine kereta dan meneruskan pemanduanya. Rumah Teduhan Kasih di tuju. Dia rindu pada keluarganya di sana. ' Moga aku dapat ketenangan di sana', bisik hati kecilnya.

Akan Aku Kejar JandakuWo Geschichten leben. Entdecke jetzt