Part 7 (republish)

28K 901 2
                                    

Sofea Imani kembali ke biliknya. Seram sejuk dirinya dengan wink yang diberikan Naufal Iskandar. Entah apa yang ada dalam fikiran Naufal dia pun tidak tahu. Seingatnya, Naufal sangat membenci dirinya sampaikan selepas selesai kes mereka di mahkamah, Naufal langsung tidak menegurnya. Pertemuanya dengan Naufal tadi telah membuatnya mengingati semula detik-detik suram dalam hidupnya iaitu pencerainnya.Memori empat tahun lepas kembali menerjah ingatannya.

*********

Empat tahun yang lalu...

Sofea Imani mendengar ketukan bertalu-talu. Dia yang ketika itu berada di dalam bilik tidur bergegas turun ke tingkat bawah untuk membuka pintu. Naufal Iskandar, suaminya masuk ke dalam rumah dengan muka yang ketat. Salamnya juga tidak bersahut. Naufal terus membawa diri ke bilik tidur mereka di tingkat atas. ' Mungkin dia penat,' ujar hati kecilnya. Sofea terus menuju ke dapur untuk memanaskan lauk-pauk untuk makan malam. Dia malas hendak naik ke bilik. Dia ingin membiarkan suaminya cool down dahulu. Belum sempat dia memanaskan makanan , dia terdengar namanya dijerit dari tingkat atas.

"Fea....Fea...Sofea."

Sofea berlari-lari memanjat anak-anak tangga. Dia risau jika sesuatu menimpa suaminya. "Ada apa abang? Abang sakit kat mana-mana ke?" Naufal mengendahkan pertanyaan Sofea. Beberapa keping gambar di campak ke arah isterinya. " Apa semua ni Fea? Cuba explain pada aku, apa semua ni? Cakap pada aku yang semua ni bohong. Kau tak buat semua ni kan ?" Sofea terkedu. Naufal sudah ber'aku' dan ber'engkau' dengannya. Hilang sudah kata ganti 'abang'. Gambar-gambar itu ditatap dan wanita dalam gambar itu memang dia dan lelaki dalam gambar itu sangat dia kenali.

"Siapa yang bagi abang gambar-gambar ni? Apa yang abang lihat dalam gambar ni bukan yang seperti abang fikirkan. Sofea cuma nak.."

" Nak apa? Nak peluk dia? Nak cium dia? Apa yang aku bagi pada kau selama ni tak cukup lagi ke Fea?" Sofea Imani kelu. Sepanjang lapan bulan bersama Naufal lelaki itu tidak pernah meninggi suara, hari ini lelaki itu begitu marah sekali. Hatinya terguris, suaminya menuduhnya yang bukan-bukan. " Abang, tolonglah dengar penjelasan Fea. Fea bersumpah abang, Fea tak pernah curang dengan abang. Fea tak pernah kenal lelaki tu tapi lelaki tu dah selamatkan nyawa Fea. Fea hampir-hampir dilanggar kereta dan lelaki tu yang tolong Fea. Sejak kejadian tu, Fea tak pernah jumpa dia lagi abang. Abang percayalah pada Fea. Sesiapun yang bagi abang gambar-gambar ni, niat orang tu memang nak buat rumah tangga kita porak-peranda. Takkan lah abang lebih percayakan gambar-gambar ni? Percayakan kata-kata orang lain dari isteri abang sendiri. Isteri yang dah kongsi segala-galanya dengan abang?" Sofea terus membawa dirinya keluar dari bilik tidur mereka. Dia ingin menangis semahu-mahunya. Sampai hati suaminya menuduhnya yang bukan-bukan.

Naufal Iskandar terkelu mendengar jawapan isterinya. Kata-kata Sofea bermain di mindanya. 'Takkan lah abang lebih percayakan gambar-gambar ni? Percayakan kata-kata orang lain dari isteri abang sendiri. Isteri yang dah kongsi segala-galanya dengan abang?' Naufal segera membawa langkah ke tingkat bawah. Isterinya dicari dan apa yang disaksikanya amatlah menyakitkan mata.

*

********
Di masa sekarang....

Tok...tok..tok..

Ketukan di pintu mematikan lamunan Sofea. Setiausahanya, Linda masuk untuk menghantar beberapa fail untuk ditandatangani Sofea.
" Thanks Linda. Urm...Linda, semua kakitangan RS Corp. masih disini ke atau mereka dah pulang ke KL?"

"Semuanya dah pulang boss tapi mereka still di Melaka. Saya sempat jugaklah beramah-mesra dengan mereka tadi. Katanya CEO mereka bagi cuti lagi 3 hari untuk jalan-jalan dekat Melaka ni. Baik kan boss diorang dah lah handsome pulak tu. Dengarnya duda tapi yang ni special sikit, duda terlajak hot. Rugilah ex-wife dia tinggalkan dia. Okeylah boss saya keluar dulu ya." Terasa mual tekak Sofea mendengar pujian Linda pada Naufal. ' Kalau handsome pun buat apa kalau tak tahu nak jaga perasaan orang.' Bisiknya perlahan.Sofea terus memfokuskan diri dengan kerja. Naufal harus dilupakan tapi hari-hari yang mendatang pasti akan ada lagi pertemuan Naufal. 'Arghhh,jerit hatinya.'

Akan Aku Kejar JandakuWhere stories live. Discover now