Part 5 - Sofea Imani, mu tunggu aku datang.

30.4K 1K 15
                                    

3 hari yang lalu...

" Hello, boss saya ada berita baik punya. Saya dah jumpa dia."

" Betul ke apa yang awak cakap ni Malik? Okay, awak jumpa saya dekat tempat biasa".

Ganggang telefon diletak. Berita yang baru diterima daripada Malik tadi.benar-benar membahagiakannya. Setelah hampir empat tahun, dia mengupah Malik yang merupakan penyiasat persendirian untuk mencari semula buah hatinya. Iya, Sofea.Imani. Wanita itu menghilangkan diri empat tahun lalu selepas mereka bercerai. Hidupnya penuh penyesalan dan dosa. Dia perlu keampunan wanita itu. Kunci kereta di capai, dia segera keluar dari pejabatnya.

Setelah hampir 15 minit, dia sampai di tempat yang dijanjikan. Malik tiba lebih awal darinya. Tempat Malik duduk dituju. Selesai memesan minuman, Naufal membaca beberapa maklumat yang dibawa Malik. " So how's you gonna meet her? You want me to kidnap her and bring her to you boss?" , soal Malik. " No need Malik. I really thankful that you have find her but I have my own plan on how I am going to meet her." Naufal sudah ada rancangannya sendiri. Selepas selesai urusanya dengan Naufal, Malik meminta diri. Naufal membelek beberapa dokumen yang tertulis segalanya tentang Sofea Imani.

Sofea Imani Binti Rashid
0127333843
sofi.imani@gmail.com
Head of Finance Department
Kamarul Construction.

Alamat terkini :
No.109, Jalan TPU 9, Taman Panglima Utama, 75200, Melaka

Maklumat lain hanya dibelek begitu sahaja. Yang penting dia sudah tahu di mana Sofea tinggal dan di mana wanita itu bekerja. Nombor telefon setiausahanya didail. " Nora, I want you to do background checking on Kamarul Construction Company at Melaka because I think I would like to work with them. After that, email me all the information that you got. I'm not going back to office anymore. See you tomorrow." Setelah mematikan talian dengan setiausahanya dan membayar bil minuman, Naufal terus pulang ke rumah mama. Ada berita baik yang harus diberitahu.

Sampai sahaja dirumah, Naufal segera memaklumkan maklumat yang baru diterima dari Malik kepada mama dan papanya. " Mama bersyukur sangat. Akhirnya kamu jumpa juga dengan Fea. Ya Allah, rindunya mama dengan Fea. Buatlah apa pun sayang, mama dan papa sentiasa sokong angah." Puan Saadiah lega sekali, akhirnya buat pertama kali setelah empat tahun, Naufal tersenyum dengan lebarnya. " Betul kata mama tu angah. Kami sokong apa pun yang angah buat untuk dapatkan Sofea balik. Ingat pesan papa, be gentleman. Sofea is a soft-hearted woman. Pujuk dia baik-baik. Jika masih ada jodoh antara korang berdua, Insya Allah, takkan kemana tapi jika berlaku sebaliknya, ingatlah Allah telah merancangkan sesuatu yang lebih baik untuk angah." Encik Rahim tidak mahu lagi melihat kekecewaan anaknya. Baginya Naufal harus berani dan sentiasa bersedia dengan segala rintangan yang bakal dihadapi. " Thanks papa and mama. Angah janji akan buat yang terbaik and you are right papa, Allah is the best planner. What ever happen after this, I will be strong and positive."

Malam itu Naufal membuka emel yang dihantar setiausahanya, Nora. Dia berpuas hati dengan pencapaian syarikat tersebut. Dia tekad, satu MoU harus ditandatangani antara syarikat.nya dan Kamarul Construction. Hanya dengan cara itu sahaja dia dapat lebih dekat dengan Sofea Imani. 'By hook or crook, I will get her no matter what happen. Sofea Imani, tunggu abang datang, ssayyanggg'.



Akan Aku Kejar JandakuWhere stories live. Discover now