Part 13

25.2K 849 10
                                    

Pagi itu Naufal begitu bersemangat untuk bertemu Sofea. Pertemuan empat mata dengan Sofea semalam, benar-benar buat dia bahagia kerana marah wanita itu padanya nampak sudah mula beransur reda.

Sambil bersiap-siap, Naufal bersiul-siul mengikut rentak lagu Love Me Like You Do yang terpasang di smartphone nya.

Setelah berpuas hati dengan penampilanya, barulah Naufal mencapai kunci keretanya dan bergerak ke pejabat Sofea.

########################

Sofea sampai awal di pejabat hari ini. Bukan kerana tidak sabar mahu bertemu Naufal namun Sofea perlu menyelesaikan beberapa perkara berkaitan department nya.

Tepat pada waktu yang dijanjikan, Naufal sudah muncul di bilik Sofea.

"Assalamualaikum and Good Morning. Can I come in?"

"Waalaikumusalam. Please have a seat Mr Naufal on the sofa. While waiting for me to finish some work, my secretary will make you a drink, what would you like, Coffee or Tea?"

"Thanks but no thanks. Take your time. I will wait you until you finish your work."

"Okey, thanks for your understanding."

Sofea berusaha menyiapkan kerjanya secepat mungkin supaya dia dapat segera berbincang dengan lelaki itu dan buat Naufal cepat pergi dari sini.

10 minit kemudian....

Akhirnya, butang submit ditekan.

Selesai sudah satu perkara. Sekarang ni nak selesaikan satu perkara lagi iaitu Naufal.

Sofea mengeluh perlahan. Dia mencapai beberapa fail yang tersusun di atas mejanya dan membawanya bersama ke sofa yang diduduki Naufal.

"Argh..." Naufal menjerit. Dia menjerit kerana terkejut dengan kehadiran Sofea yang tiba-tiba ada di depanya. Dah lah tak ada bunyi, tau-tau sahaja sudah berada di depan mata.

Naufal terlalu ralat dengan tabletnys Sofea dan hampir sahaja terlepas gajet itu dari tangan nya. Ekspresi muka nya di maintain sebaik mungkin. Jatuhlah saham jika Sofea nampak wajahnya yang terkejut tadi.

Itulah siapa suruh asyik sangat layan CoC (Clash of Clan). Sampai aku duduk depan dia pun dia tak perasan. Kan dah termalu sendiri. Bisik Sofea dalam hati.

"Sorry for make you starled Mr Naufal."

"I am not." Nafi Naufal.

"It's okay if you don't to admit but I can see it." Akhirnya terhembur juga ketawa dari mulut Sofea.

"That's enough Miss Sofea." Naufal turut sama ikut ketawa. Jujur dia katakan, dia rindukan ketawa Sofea.

"Sorry again for keep you waiting. So now let's discuss about our upcoming project." Sofea sudah kembali ke mood serious nya.

Lebih cepat kami bincang lagi cepat dia blah dari sini.

"Sofea sebenarnya ada something yang I nak cakap dengan you."

"Apa dia Encik Naufal?"

Naufal menarik nafas perlahan. Dia ingin berterus-terang dengan Sofea mengenai segalanya hari ini. Dia ingin Sofea tahu tujuan utama kedatangannya ke Melaka bukan kerana 'projek besar' tetapi lebih kepada mahu memiliki hati Sofea semula. Naufal menarik nafas dalam-dalam sebelum menghembuskan nya perlahan.

"Actually, I datang sini bukan nak bincang pasal projek but I come here for to discuss about us."

Sofea nampak tertanya-tanya dan perasaan ingin tahunya membuat dia berdebar.

"What do you mean us? I don't get it."

"Kita nikah semula Fea. Abang nak kita kembali macam dulu." Dari ber'I-You' kini sudah bertukar 'Abang-Fea'. Sofea benar-benar keliru ketika ini dengan perubahan Naufal yang mendadak.

"Encik Naufal, please jangan macam ni. Jangan buat saya serba-salah. Apa yang berlaku antara kita dulu adalah satu sejarah. Sejarah yang cuba untuk saya lupakan dan tak mungkin untuk saya ulangi sejarah itu kembali. Saya mintak maaf, bukan mahu kurang ajar tapi kalau tujuan Encik Naufal berjumpa saya semata-mata nak bincang pasal hal yang dah lepas, Encik boleh keluar dari bilik saya."

"Fea, Abang tahu semua ni salah abang. Lagipun abang tahu yang Fea susah nak terima semua ni. Please dengar dulu penjelasan abang, ab..."

"Keluar. Saya tak mahu dengar apa-apa lagi. Tolong keluar." Tutur Sofea perlahan tapi sudah cukup menggetarkan perasaan Naufal. Sempat Naufal melihat wajah Sofea yang nampak ketat. Suasana bertambah tegang bila kedua-dua memilih untuk membisukan diri.

Naufal mati kata. Lidahnya kelu. Dia tahu Sofea masih lagi belum boleh memaafkan dirinya.

Serve your right Naufal! You make her mood down. Itulah siapa suruh gelojoh sangat, cuba bersabar sikit.

Dalam keterpaksaan, dia mengheret juga kakinya pergi dari Kamarul Construction tanpa menoleh kebelakang lagi. Semangat yang berkobar-berkobar sejak pagi tadi sudah lari entah kemana. Yang tinggal kini hanyalah penyesalan dosa-dosa lalu.

Akan Aku Kejar JandakuWhere stories live. Discover now