Part 3 - Buka Buku Baru

30.9K 1K 3
                                    

Sofea Imani (POV)

RUMAH TEDUHAN KASIH.

Aku memberhentikan kereta ku dihadapan Rumah Teduhan Kasih. Setelah mematikan enjin, aku keluar dari perut kereta. Dari jauh kelihatan Hajah Fatimah sedang melambai-lambai ke arah ku. Aku berlari ke arahnya dan memeluknya.

" Fea rindu sangat dengan umi. Umi sihat?".
"Alhamdulillah. Umi sihat walafiat. Umi pun rindu dengan Fea. Fea dari mana?", soal umi. Aku jadi serba salah. Umi tidak tahu akan masalah rumah tangga aku. Aku pasti, keluarga Naufal juga tidak tahu. " Fea dari mahkhamah syariah umi. Fea dengan Naufal dah bercerai", tuturku. Umi kelihatan terkejut. Dia memelukku lagi. " Umi tak akan tanya kenapa dan mengapa semua ini berlaku tapi apa yang pasti, Umi yakin yang anak umi ni kuat semangat." Sebak yang semakin aku tahan akhirnya gugur juga. Aku lepaskan segalanya di dalam pelukan umi. Di dalam pelukan umi, aku rasa selamat dan tenang. Aku sayangkan umi sangat-sangat. Mungkin kerana sifat keibuan yang terdapat dalam diri umi membuatkan sesiapa sahaja jatuh sayang kepadanya.

" Fea pergi masuk ke bilik dulu. Solat dan ceritakan segala masalah Fea kepada-Nya kerana hanya pada Dia sahajalah tempat kita meminta pertolongan. Umi yakin, Allah swt ada rancangan yang lebih baik untuk
Fea." Tenang umi menuturkannya. Siapa yang tidak jatuh cinta kepada umi? Setiap tutur katanya sangat menenangkan hatiku. " Okey umi. Fea sayang umi sangat-sangat. Fea masuk dalam dulu tapi umi janji tau jangan beritahu pada siapa-siapa pasal masalah Fea ni". Umi hanya senyum dan mengangguk. Aku janji pada diriku, aku akan buka buku baru.

Akan Aku Kejar JandakuWhere stories live. Discover now