Part 29 - Honeymoon (2)

18K 463 5
                                    

Setelah menunaikan solat Jamak Taqdim
( Waktu Zohor dan Asar) dan makan tengahari, Naufal dan Sofea duduk berehat di atas katil.

Naufal sibuk dengan iPad, menyemak email dari syarikat manakala Sofea pula sibuk dengan tab Samsung nya. Sofea meng'google' tempat-tempat menarik di Pulau Jeju.

"Abang, petang ni kita minta Brian bawak kita pergi Jeju Olle Trail nak tak?" Soal Sofea.

"Jeju Olle Trail? Cantik ke tempat tu?"

"Cantik sangat. Kita pergi ek? Bolehlah abang...."

"Okey, as you wish. Nanti abang call
Brian."

"Sayang abang. Muah, muah..."

Mereka keluar dari suite lebih kurang pukul 3.30 petang. Brian sudahpun menunggu mereka berdua di dalam perut Starex Royal.

Setibanya mereka di destinasi, Sofea semestinya orang yang paling bahagia sekali. Setiap momen-momen indah tidak dilepaskan dan ditangkap gambar nya.

Brian meninggalkan mereka berdua tanpa banyak soal.

"Kalau abang nak tahu, Jeju Olle Trail yang tersedia memiliki 21 laluan pejalan kaki utama dan setiap laluan puratanya 16km. Keseluruhannya berjarak 422km. Pandangan ditepi trail nie ade pemandangan lautan yang sangat cantik." Terang Sofea.

"Amboi macam pernah pergi aje?"

"Kita google jelah. Jom..."

Naufal dan Sofea jalan sambil berpimpinan tangan menyusuri setiap laluan. Tidak dapat digambarkan oleh kata-kata kerana pemandangan yang disajikan sangat cantik.

"Yang selfie jom. Abang nak hantar dekat kak long lah." Naufal dah pun keluarkan monopod. Sofea pun apalagia, posing habislah. DSLR juga tidak berhenti-henti dari menangkap gambar. Rasanya sudah beratus-ratus gambar diambil oleh Sofea sepanjang mereka di sini.

"Sayang kita stop dulu. Abang dah pancit lah."

"Okey." Mereka berdua duduk di atas bangku yang disediakan.

"Nasib baik cuaca tak berapa panas. Nyaman sikit rasa. Abang nak air?"

"Boleh juga." Naufal meneguk air mineral yang diberikan oleh Sofea.

"Abang suka laut?"

"Suka. Bunyi air laut yang berkocak membuatkan abang rasa tenang. Fea suka laut?"

"Suka sangat. Kalau abang nak tahu, kalau Fea stress, Fea akan pergi ke pantai. Bila tengok air laut, semua masalah kita akan pergi. Syukurlah, negara kita masih lagi ada pantai-pantai yang bersih dan indah."

"Next honeymoon kita ke Maldives."

"Seriously? Wah sukanya."

"Tapi ada syarat."

"Syarat apa?"

"Kita kena dapat baby dulu. Paling kurang pun setahun seorang."

Sofea sudah menarik muka.

"Gatal. Ingat kita ni kilang ke?...dah lah Fea jalan dulu. Bye..Bye..."

"Tunggu abang." Naufal berlari mendapat kan isteri nya yang sudah jauh ke depan. Macam main kejar-kejar pula diorang berdua ni tak padan dengan usia.

########################

Hari ketiga.

Brian membawa Naufal dan Sofea ke beberapa tempat popular di Pulau Jeju.
Hari ini mereka berdua dibawa ke Teddy Bear Museum.

Muzim ini pertama kali di buka kepada umum pada 24 April 2001. Di muzium ini dipamerkan segala jenis teddy bear yang berbagai saiz.

Pameran teddy bear ini bukan sekadar menjadi tatapan awam tetapi kesemua teddy bear tersebut disusun mengikut kronologi peredaran zaman sejarah serta kebudayaan di negara Korea. Ada disertakan penceritaan pada setiap susunan teddy bear tersebut. Malah teddy bear dari zaman dulu-dulu hinggalah teddy bear terkini dan termahal juga ada dipamerkan di muzium ini. (Sumber dari Google)

Akan Aku Kejar JandakuWhere stories live. Discover now