Part 12

25.7K 852 2
                                    

"Fea, aku risaulah." Kata Ainul yang nampak gelisah.

"Risau apa cik Ainul? Aku tengok kau ni dari tadi macam kucing nak beranak ni apa hal?" Sofea naik pelik dengan kawanya yang dari tadi mundar mandir di depan matanya.

Ainul mengambil tempat di sebelah Sofea yang sedang leka menonton drama korea di komputer ribanya.

"Kau ni kan boleh lagi layan drama kan? Kau tahu tak, dekat depan rumah kita ni ada kereta yang mencurigakan tau tak?"

"Alah kereta jiran lah tu. Tak pun kereta saudara-mara diorang. Lagipun dia parking dekat tepi bukanya betul-betul depan pagar rumah kita. Relax lah Ain oii."
"Kereta jiran? Hello cik Sofea, kereta dekat luar tu punya lah bapak mewah kau cakap kereta jiran? Aku duduk rumah ni lebih lama dari kau tau, belum pernah lagi aku nampak kereta semewah tu kat sini. Saudara mara punya? Aku langsung tak percayalah."

Kereta mewah? Jangan...jangan...

Sofea berdebar-berdebar. Detak jantungnya laju.

"Apa nombor plat kereta tu Ain?"

"Aku tak nampak dengan jelas tapi macam plat KL and the colour is red."

Red car? Plat KL?

"Kau nampak tak model kereta tu?" Soal Sofea lagi.

"It's look like Audi tapi aku tak pasti Audi yang macam mana."

Sah! Kereta mamat tu.

Sofea bangun dari sofa yang didudukinya dan berlari ke arah tingkap rumah mereka. Perlahan-lahan Sofea menyelak langsir rumah mereka. Ainul bangun dan menghampiri Sofea.

"So macam mana? Nak report polis tak? Aku takutlah Fea. Manalah tau orang dalam kereta tu orang jahat." Kata Ainul yang nampak risau. Sofea pula hilang kata. Dia pelik bagaimana lelaki itu tahu alamat rumah yang didudukinya.

Mana dia tahu? Dia spy aku ke apa? Tapi tak mustahil lah kan?

"Kau jangan bimbang lah Ain. Aku kenal kereta tu. Kereta ex-husband aku." Kata Sofea berterus terang.

"What? Kkeeree...ta ex kau?" Ainul hampir menjerit. Ainul tahu segala-galanya tentang masa lalu Sofea dan Naufal.

"How in the world dia boleh jumpa kau Fea? Korang dah berbaik ke? Am I missing something?" Tanya Ainul lagi, curious.

"Nanti aku cerita okey. Aku nak naik atas kejap, nak pakai tudung. Aku nak keluar jumpa dia. We need to talk." Sofea meninggalkan Ainul di ruang tamu dan naik ke bilik nya di tingkat dua. Sofea menyarung tudung segera dan memakai sweater dan segera turun ke bawah.

"Bincang elok-elok. Kalau dia apa-apakan kau, ingat aku sentiasa memerhatikan kau. Jerit je nama aku kuat-kuat." Ainul agak risau dengan keselamatan Sofea.

"Yes boss! Noted." Sofea melangkah kuar dari rumah mereka dan membuka pintu pagar. Kereta merah bertinted gelap itu diketuk.

*****************************************

Naufal yang hampir terlena terkejut setelah mendengar tingkap keretanya diketuk dari luar. Tingkap nya diturunkan separuh.

"Sofea...."

"What are you doing here Mr Naufal? Stalking me?"

Naufal keluar dari kereta. I have to clean up the mess between us.

"Sofea, I am truly sorry about what happen this morning. I tak senang duduk selagi you tak maafkan kelakuan I. I am begging you forgiveness Sofea."

"Okey, saya maafkan awak and tolonglah pergi dari sini dan jangan datang-datang lagi."

"Really? You betul-betul maafkan I?"

Sofea mengangguk. Dia kalau boleh mahu Naufal segera beredar dari kawasan rumahnya. Sesuatu mengganggu benak fikirannya.

"How do you know I live here Mr Naufal? You spy on me?"

"Adalah. Rahsia. Okeylah I pergi dulu. Lega sangat hati I bila you dah maafkan I. I janji yang benda sama tak akan berulang. I promised." Kata Naufal sambil mengangkat tangannya, berjanji.

"Saya pegang janji awak."

"Thanks sugar. I balik dulu. Take care and good night."

Sugar? Uwekk...

Naufal masuk ke dalam keretanya dan menghidupkan enjin. Sebelum bergerak sempat dia mengerling Sofea yang bersandar di pagar rumahnya. Cermin tingkat diturunkan.

"See you tomorrow. We still have unfinished business. Assalamualaikum."

Sofea hanya mengangguk. Salam Naufal dijawab perlahan. Perbincanganya dengan Naufal masih belum selesai.

Macam mana nak selesai kalau dah buat perangai gila dia tu.

Setelah mengunci pintu pagar. Sofea masuk ke dalam rumah. Ainul sudah selamat mendarat di atas katilnya. Sofea membawa dirinya ke dalam bilik tidurnya. Komputernya di shut down. Lampu bilik dimalapkan. Sofea membaringkan badannya ke atas katil. Esok dia akan bertemu lagi dengan Naufal. Doanya, mudah-mudahan perbincangan mereka berjalan lancar tanpa sebarang gangguan terutamanya gangguan dari Naufal.

Akan Aku Kejar JandakuWhere stories live. Discover now