Part 31 (Honeymoon 4)

16.1K 495 5
                                    

SOFEA

Cepat sungguh waktu berlalu. Diam tak diam, sudah hampir berakhir bulan madu aku dan Naufal.

Bulan maduku sungguh bermakna dan happening. Esok, aku dan sang suami akan pulang semula ke Malaysia. Ah, cepatnya masa berlalu. Rasa macam baru semalam je sampai kat sini. Tahu-tahu je esok dah nak balik.

Semalam merupakan suatu hari yang memenatkan. Hampir satu hari penuh, kami berjalan dan membeli belah. Membeli-belah hanya di pasar-pasar yang terkenal di Pulau Jeju ini antaranya Jeju Olle Market dan Jundong Market.

Di Olle Market, terdapat pelbagai jenis barang yang dijual. Rambang mata betul terutamanya apabila hendak membeli cenderamata dibawa pulang ke Malaysia.

Aku hanya membeli keychain manakala
Naufal membeli Garot, iaitu baju yang diperbuat daripada kulit pisang kaki. Baju yang berwarna coklat itu dibelikan untuk Medina. Namun yang peliknya Naufal beli sampai lima pasang. Bila aku tanya kenapa beli banyak sangat, mudah aje jawapannya.

"Abang beli untuk bakal anak-anak kita."

Aku hanya menggelengkan kepala sahaja.

Selepas itu, kami dibawa ke Jundong Market pula. Dekat sini, aku lagi 'gila'. Gilakan Halabong Orange yang manis. Buah oren ini ditanam di Pulau Jeju. Nasib baiklah, honeymoon kami hampir berakhir kalau tidak memang aku seret Naufal ke ladang Oren Halabong ini. Namun apakan daya, aku tak mampu, sob sob sob.

"Apa yang sayang menungkan tu? Siap buat mimik muka lagi tu." Soal encik suami memecahkan lamunanku.

"Tak ada apa-apa. Teringatkan aktiviti kita sepanjang dekat sini. Rasa macam tak nak je tinggalkan pulau ni." Benar, aku sudah jatuh cinta sama Jeju, opps.

"Ingatkan apa lah tadi. Nampak serius sangat lah. By the way sayang, abang ada something nak bincangkan dengan Fea."

"Cakaplah." Aku capai Halabong Orange yang sudah dibuka kulitnya dan membawa seulas ke dalam mulut. Manis, nyum nyum.

"Haritu Fea cakap, Fea nak berhenti kerja kan? Fea betul-betul maksudkan ke?" Aku mengangguk.

"Abang, Fea dah hantar notis dah pun. Kan Fea dah cakap, Fea cuma nak fokus pada keluarga kita saje." Satu lagi ulas oren aku makan.

"Thanks sayang for your 'pengorbanan'. Abang cuba akan buat yang terbaik untuk Fea dan anak-anak kita nanti."

Sweet. Suka benar aku mendengar Naufal menyebut 'anak-anak kita nanti'. Sabarlah, ada lah rezeki kami berdua kelak.

########################

NAUFAL

"Makan sorang je ek buah oren tu. Suaplah suami Fea ni satu dua ulas ke. Abang cakap pun Fea tak fokus."

"Nak ke? Tak cakap pun tadi. Bukak
mulut."

Aku bukak mulut dan Sofea sumbat dua ke tiga ulas buah oren ke dalam mulut ku.

"Buah ni manis lah..."

"Tau takpe."

"Manis macam Fea."

Satu cubitan di paha kiriku.

"Aduh, sedapnya. Nak lagi.."

Paha kiri pula jadi mangsa.

"Nak lagi?" Soal nya.

"Tak mau dah. Taubat."

"Macam mana? Manis tak tadi?"

"Tak manis. Tapi yang ni manis..."

Aku pagut bibirnya.

Satu saat...

Akan Aku Kejar JandakuWhere stories live. Discover now