Special Part 1

14.8K 440 7
                                    

Naufal P.O.V

'Abang, thanks for the vacation.
I love you'-Mrs Naufal.

Aku hanya mampu memandang nota yang Sofea tampal di fridge dengan perasaan yang kosong.

Jam sudahpun menunjukkan tepat pukul 2. Bukan 2 petang tapi 2 pagi. Ini semua gara-gara Naufal Junior yang meragam tidak mahu tidur.

Iman, merengek-rengek sejak dari petang tadi lagi. Nak kata lapar, sudah diberi susu. Perut meragam? Bila bawa ke klinik, doktor kata tidak ada apa-apa, sihat sahaja. Lampin basah? Sudah tukar lampin baru pun masih tetap merengek.

Papa lupa, rupa-rupanya Iman rindukan mama. Papa pun rindukan mama. Sangat rindu.

Pukul 1.50 pagi barulah Iman tahu mengantuk dan tidur. Papa pula masih terkebil-kebil dekat dapur ni. Tak boleh tidur. Selalunya ada Sofea yang akan menemani tidurku, tapi tidak untuk malam ini dan esok. Semuanya bermula dari dua hari yang lalu....

######throwback######

"Sayang penat tak jaga Iman?"

"Soalan jenis apa tu?"

"Fea...abang tanya ni. Jawab betul-betul."

"Sejujurnya, Fea penat. Iman bila dah masuk lima bulan ni makin nakal dan lasak. Kuat menyusu pulak tu. Lepastu, nak layan papa Iman yang nakal dan hot ni pulak. Memang memenatkan tapi Fea puas hati sebab dapat tengok kegembiraan dalam keluarga kecil kita. Kenapa abang tanya?"

"Erm, nah...." Aku hulurkan envelope pada Sofea. Sofea buka envelope tersebut dengan berhati-hati.

"Airline ticket.....Langkawi?"

"Yupp sayang. It's for you. Abang nak sayang pergi tiga hari dua malam. Release tension. Sorry sebab abang boleh bagi sayang pergi Langkawi jer. Kalau jauh-jauh nanti susah. Kalau abang ikut, sayang nak pergi satu dunia pun tak apa."

"But kenapa abang nak suruh Fea bercuti? I am curious right now. Abang nak kahwin lain ek?"

"Sayang ni, ke situ pula dia. Abang kesian kan Fea. Terperap je dekat rumah. Sejak Iman lahir sayang tak dapat nak enjoy pun. You know how busy I am handling the company. Tak sempat nak bawak Fea jalan-jalan. Ini je kesempatan yang ada untuk Fea pergi lepaskan stress. Pasal Iman, Fea jangan risau. Abang ada. Abang akan kerja dari rumah aje masa Fea pergi bercuti nanti."

"Abang, Fea ...."

"Just trust me. Abang nak Fea enjoy puas-puas. Fea bawak badan aje. Can you do it sayang?"

"Thanks honey. I love you..."

"Love you too..."

#####sekarang#######

Baru satu malam tanpa Sofea, aku dan Iman dah rindu. Aish, menyesal pulak hantar Fea bercuti.

Keesokan harinya, aku terpaksa pergi juga ke pejabat kerana ada hal penting yang harus dibincangkan bersama beberapa orang klien. Aku terpaksa membawa Iman sekali kerana tiada sesiapa yang boleh aku percaya untuk menjaga Iman. Nak hantar ke rumah nenek-nenek dan datuk Iman pula memang tak boleh. Umi, mama dan papa masih berada di Tanah Suci, mengerjakan ibadah umrah.

Terpaksalah aku meminta Nizam menjaga Iman sementara aku berbincang dengan klien. Tiba-tiba aku terdengar Iman menangis. Nak meeting pun tak senang apabila terdengar tangisan Iman. Pantas aku meminta diri dan segera memujuk khalifah kecilku.

"Kenapa ni sayang? Nizam, awak buat apa kat anak saya hah?"

"Mana ada saya buat apa-apa bos. Saya dukung Iman lepas tu bila dia nampak bos terus melalak. Dia nak bos dukung dia kot."

"Saya tengah layan klien lah. Aduh, macam mana ni. Takkan saya nak berbincang sambil pangku Iman kot."

"Good idea boss. Saya rasa itu je jalan terbaik. Iman tak nak kat saya dah. Budak comel ni nak melekat dengan papa dia je."

Nizam mencubit pipi montel Iman. Ketawa si kecil ni dibuatnya. Bila aku acah-acah nak bagi Iman pada Nizam, budak comel ni lagi kuatkan pelukan nya pada leherku. Tak mahu berenggang langsung. Sudahnya sampai habis discussion, Iman terlena dalam pelukan ku.

"Puan Sofea merajuk ke Encik Naufal?" Soal Encik Khalid, salah seorang klien ku bertanya. Aneh mungkin melihat aku membawa Iman ke pejabat. Yalah kan, rare kot kalau seorang CEO mendukung anaknya sambil berurusan dengan klien.

"Tak merajuk pun. Saya hantar isteri saya pergi bercuti ke Langkawi. Kasi dia chance nak rehat dan tenang kan diri. Ingatkan mudah, tak tahulah pulak sampai jadi macam ni, hehehe." Aku menepuk-nepuk punggung budak comel ni.

"Suami mithali betul En.Naufal ni. Sanggup tu bagi isteri enjoy, sedangkan diri sendiri terseksa,"sampuk En Khairil pula.

"Masa isteri saya lahirkan Iman dulu lagi seksa kot, kiranya apa yang saya hadapi sekarang tak ada lah terseksa sangat.
En. Khairil dengan En. Khalid mesti lagi banyak pengalaman dari saya kan pasal bab-bab rumahtangga ni?"

"Hidup berumahtangga ni ada masam dan manisnya. Tapi dua-dua kena ada barulah ada thrill sikit dan mematangkan kita. Kena selalu bertolak ansur dan saling memahami. Komunikasi antara suami isteri itu sangat penting. Sebab masalah komunikasi sahaja, kadang-kadang tu sampai bercerai-berai jadinya. Kalau bercerai tu tak ada anak tak apa lah jugak. Kau hal kau, aku hal aku. Tapi kalau ada anak, itulah masalah nya. Anak-anak sedikit terabai dan dalam diam mereka turut 'makan dalam. Kesian, anak-anak kita pula yang jadi mangsa."

Benar apa yang dikatakan En Khalid. Sedikit sebanyak mengingatkan aku pada kisah lalu. Kisah penceraian aku dan Sofea dulu. Segalanya berpunca daripada masalah komunikasi. Jika lah aku mendengar apa yang Sofea katakan, tentu semua itu tidak akan terjadi.

"Nampaknya kita dah lari dari agenda kita hari ini." Kata En Khairil sambil ketawa.

-akan bersambung-

**Saya bosan dan stress. So, ter'rajin' pulak buat special part. Menulis (menaip sebenarnya) dapat kurangkan stress saya sikit. Harap anda terhibur :-)

Akan Aku Kejar JandakuWhere stories live. Discover now