Part 27 - The Wedding

25K 653 8
                                    

"Wah you look so beautiful lah Fea. Ala-ala princess gitu." Puji Ainul kepada Sofea.

"Aku dari dulu lagi dah cantik, kau aje yang tak tahu." Sofea sahaja mahu mengusik Ainul.

"Alah yang make-up kau tu kan make-up artist so tak hairanlah kalau kau nampak cantik harini."

"Tau tak apa. Aku betul-betul tak tahu yang Naufal akan upah make-up artist untuk majlis kita orang. Aku kalau boleh nak buat majlis sederhana aje tapi kau tau jelah Naufal tu. Dia kalau boleh nak buat yang gempak-gempak aje. Dahlah kahwin kali kedua, dengan aku semula pulak tu."

"Alah dia sayangkan kau lah tu Fea. Untung nya aku lah kan. Masa first time korang kahwin dulu, aku tak ada. Jadi, untuk kali kedua ni aku ada. Siap jadi pengapit lagi. Siapa pengapit Naufal?"

"Kalau tak silap aku, PA dia kot. Mamat tu boleh tahan handsome jugak. Nanti bolehlah kau kenal-kenal dengan dia." Ainul nampak berminat.

"Seriously? Wah ni yang buat aku berkobar-kobar nak jadi pengapit kau ni,hehehe. Mana tau lepas ni turn aku pulak kahwin. Aku nanti nak majlis kahwin tema ala-ala garden gitu. Tak sabarnya nak kahwin." Sofea hanya senyum melayan angan-angan Ainul. Dia sentiasa mendoakan supaya Ainul cepat bertemu jodoh.

"Amboi kakak berdua ni. Sakan benar bersembang. Fea, jom kita ke masjid. Rombongan pihak lelaki dah sampai." Kata umi yang baru masuk ke bilik ku.

"Awalnya orang sana sampai umi." Kata Sofea yang nampak gementar.

"Tak ada awal manapun Fea oi. Kau kan nikah pukul 10.30 pagi. Sekarang ni dah pukul 9.45 tau tak. Kau dah lambat ni, jom kita ke masjid." Sofea sempat meneliti wajahnya di cermin. Bukan mahu angkat bakul sendiri tetapi dia mengakui yang dia memang nampak cantik dan vogue hari ini.

"Cik kak, buat apa lagi tu? Umi kau dah tunggu dalam kereta dah tu. Cepat sikit." Jerit Ainul.

Sofea bingkas turun dan masuk ke perut kereta. Ketika sampai di perkarangan masjid semua tetamu telah sampai. Rombongan pihak lelaki agak ramai juga. Rombongan pihak perempuan pula cuma tiga kereta. Apa boleh buat, pengantin perempuan sebatang kara. Hanya umi dan teman-teman rapat sahaja yang ada.

Masuk-masuk sahaja ke dalam masjid, Sofea terus bersimpuh di atas kusyen yang disediakan. Naufal pula sedari tadi tidak nampak menghalang dirinya daripada merenung Sofea.

Sofea hanya membalas setiap renungan Naufal dengan senyuman. Hanya dengan sekali lafaz, Sofea Imani sah menjadi isteri kepada Naufal Iskandar.

"Thanks sayang." Bisik Naufal kepada Sofea ketika sesi membatalkan air sembahyang. Bibirnya mengucup lembut dahi Sofea.

Sofea sudah berdebar-debar. Debaran nya lebih kencang daripada pernikahan kali pertama mereka.

"You are welcome abang." Suara Sofea juga seperti berbisik.

Flash kamera menerangi mereka setiap kali butang 'klik' ditekan untuk menangkap momen-momen indah kedua-dua mempelai. Seorang demi seorang mengucap kan tahniah tetapi kebanyakan rakan-rakan dan kaum kerabat Naufal.

Sempat pula Sofea memerhatikan pengapitnya, Ainul juga nampaknya kini sedang meng'usyar' PA Naufal.

Kini tiba giliran ahli keluarga terdekat pula untuk mengucapkan tahniah pada pengantin.

"Welcome back Fea." Ucap Kak Long sambil memeluk erat Sofea. Sempat lagi dia berpesan dengan angahnya.

"Angah jaga Fea elok-elok. Jangan ulangi cerita lama okey?"

"Aye aye captain. Lepasni angah takkan sesekali lepaskan Fea pergi. Hanya ajal sahaja yang boleh pisahkan kami." Sofea amat terharu mendengar kata-kata Naufal. Terus suaminya dihadiahkan satu kucupan di pipi. Naufal pula setelah mendapat ciuman di pipi kanan, melebih-lebih pulak dia. Mintak dicium di pipi kanan pula. Sofea hanya menurut. Kak Long pula hanya menggelengkan kepala melihat perangai adiknya yang mengada-ngada.

Akan Aku Kejar JandakuWhere stories live. Discover now