Part 24

21.1K 684 3
                                    

NAUFAL

"Assalamualaikum."

"Waalaikumussalam. Naufal kenapa masuk ikut pintu belakang ni?" Soal umi sambil membuka mangga yang terkunci pada pintu.

"Saya dah bagi salam banyak kali dah tadi umi, tapi tak berjawab. Saya agak jelah yang umi ada dekat dapur, itu yang masuk ikut sini tu."

"Mari masuk." Pelawa umi. Aku membuntuti umi hingga ke ruangan meja makan.

Hampir tersembul biji mataku melihat Sofea di meja makan. Buat pertama kali selepas empat tahun kami berpisah, aku dapat melihat dirinya tanpa hijab.

Muka Sofea pula sudah pucat. Kelihatannya seperti nampak hantu sahaja. Dia tiba-tiba bangun dari duduknya dan berlari selaju mungkin dari ruang makan ini.

Hampir tersembur ketawa dari mulut ku melihat reaksi spontan Sofea. Comel je dia berlari tadi.

Umi menjemput ku duduk di meja makan dan menghidangkan aku secawan kopi bersama sepinggan mee goreng.

Baru sahaja ingin mengunyah suapan ku yang pertama, kelihatan Sofea yang sudah berjubah dan bertudung litup kembali semula ke meja makan untuk menyambung kembali sarapan paginya yang tertangguh tadi. Sempat pula dia mempelawa aku makan. Seperti tidak berlaku apa-apa sahaja lagaknya. Aku pun buat bodoh sajalah. Malas mahu mengganggu mood Sofea.

Umi meminta diri untuk ke dapur kerana beliau sudahpun habis makan. Hilang sahaja umi dari pandangan mata, Sofea sudah memandang tajam ke arah ku.

"Kenapa datang tak bagitau saya dulu. Main terjah jer." Kata Sofea perlahan namun kedengaran sangat keras.

"Abang dah call umi. Umi dah bagi green light. Lagi satu, for your information Miss Sofea Imani, every weeks I will come here to have a breakfast with umi and my little brothers and sisters. Abang bukan saja-saja datang nak jumpa Fea pun. Ini memang rutin abang setiap minggu. Satu hari dalam seminggu mesti akan abang habiskan dekat Rumah Teduhan Kasih."

"Yalah tu."

"Betul cakap Naufal tu Fea. Memang setiap minggu Naufal akan datang sini. Anak-anak Rumah Teduhan Kasih semuanya rapat dengan Naufal. Kalau Fea nak tahu, RS Corporation juga merupakan major contributor kita. Mereka banyak bagi dana untuk kita." Jelas umi pula.

"Okey. Baguslah kalau awak kongsi sedikit harta awak dengan anak-anak yatim dekat sini sebab kami semua tak bernasib baik macam awak. Tapi tolong jaga sikit pandangan mata awak tu dengan wanita yang bukan muhrim dengan awak." Dalam pujiannya padaku sempat lagi dia menyindir diriku. Sofea bangun dan bergerak ke dapur. Tinggal aku sahaja yang berada di meja makan. Umi pula sudah ke ruangan depan. Sofea kembali semula ke meja makan untuk mengemas meja makan.

"Awak dah habis makan ke?" Soal nya.

"Dah." Sofea mengambil pinggan makan ku dan membawanya ke sinki untuk dibasuh. Aku bangun dari dudukku dan membawa diri ke dapur.

"Biar abang je yang cuci. Fea pergilah mandi dulu dan bersiap. Abang nak ajak Fea keluar."

"Tak apa. Saya boleh buat. Awak duduklah kat depan. Pergi berbual dengan umi kat depan tu." Arahnya.

"No. I will not move until you say 'yes'."

Sofea mengecil kan matanya ke arahku.

"Saya nak berehat hari ni. Do you get me Mr Naufal. I am too tired to follow you around." Sofea menyambung semula mencuci pinggan tanpa mempedulikan aku. Aku juga tidak bergerak walau selangkah. Aku memerhatikan Sofea menyelesaikan kerjanya.

"Jangan pandang saya macam tu boleh tak? Kan betul kata saya, awak ni memang tak reti nak jaga mata awak dengan wanita bukan muhrim." Marahnya.

"Mata abang suka hati abang lah. Bukannya luak pun Fea bila abang pandang macam tu" Provok ku.

"Memang lah tak luak. Tapi saya tak selesa. Sebelum saya gosok muka awak dengan span yang bersabun ni baik awak blah dari sini." Sofea sudah mengacah untuk menggosok muka ku dengan span. Saja aku menjelir lidah ku ke arahnya. Sofea nampak nya sudah 'berapi'. Dia campak betul-betul span tu ke muka ku. Nasib baik tak kena mata.

"Padan muka." Sempat dia menjelir kan lidahnya ke arahku dan cepat-cepat dia berlari meninggalkan aku. Aku cuci muka ku dan terus berjumpa umi untuk meminta diri. Aku bukan mahu pulang ke rumah tetapi mahu berjumpa dengan adik-adikku. Aku nak pergi mengadu dengan mereka. Buat sementara waktu ni, aku merajuk. Merajuk dengan Sofea.

########################

SOFEA

"Mana makhluk tu umi?" Soalku kepada umi yang sedang khusyuk meneliti beberapa fail.

"Makhluk mana pula ni Fea? Setahu umi kita semua ni makhluk Allah."

"Alah umi ni buat-buat tak tahu pula. Makhluk mana lagi, Naufal lah."

"Cakaplah, Naufal. Ini tidak tiba-tiba aja tanya umi pasal makhluk tanpa nama. Manalah umi tahu. Naufal dah keluar. Mungkin dia ke asrama agaknya. Selalunya Naufal tu ajar budak-budak tu buat homework. Naufal tu dah macam personal tutor pada anak-anak dekat sini." Sedikit sebanyak aku memuji peribadi Naufal yang tidak kisah bergaul dengan orang 'biasa'. Sejak dulu lagi memang itu sikap nya.

"Okeylah Fea nak pergi prepare untuk masak makanan tengahari." Aku meminta diri untuk ke dapur. Baru sahaja beberapa langkah mahu ke dapur, umi memanggil ku semula.

"Tak payah masak lah Fea. Lupa pula umi nak bagitau Fea tadi. Harini Naufal nak bawak anak-anak semua keluar makan di luar. Tak silap umi, dekat hotel Naufal. Kita pun dijemput dan wajib pergi jugak."

"Keluar makan? Selalu ke dia jemput anak-anak ni keluar umi?"

"Tak selalu. Sebenarnya harini Naufal sekeluarga buat bacaan doa dekat hotel tu. Hotel baru lah katakan jadi mereka nak buat kenduri kesyukuran lah tengahari ni. Mama Naufal sendiri pun ada call umi
tadi." Terang umi.

"Umi, Fea bukan nak meragui keikhlasan mereka sekeluarga pada kita dan anak-anak Teduhan Kasih tapi Fea tak nak lah kita ni dianggap macam ambik kesempatan pula. Kalau mereka tak bercakap tak apa umi tapi Fea risau lah takut orang lain pula yang bersuara."

"Fea ni tak baik tau cakap macam tu. Ini semua rezeki dari Allah swt. Lagipun umi yakin sangat yang mereka sekeluarga tu ikhlas membantu kita. Puan Saadiah dan Encik Rahim yang bersungguh sungguh nak bantu umi dulu. Sampai sekarang ni mereka selalu menawarkan bantuan pada umi tapi umi banyak juga menolak sampai kadang kadang tu umi malu dengan mereka. Alhamdulillah, umi bersyukur dapat berkenalan dengan kedua-dua suami isteri itu."

"Mama dengan papa tu memang baik umi. Kalau mereka tak baik, mesti dulu Fea ni tak merasa jadi menantu mereka. Mereka berdua langsung tak kisah dengan Fea yang cuma hidup sebatang kara ni."

"Fea tak mahu jadi menantu mereka semula?" Soal umi tiba-tiba. Terkelu lidahku mahu menjawab pertanyaan umi.

"Naufal lebih layak dapat perempuan yang lebih sempurna dari Fea umi kerana hanya dengan itu sahaja dia boleh bahagia." Kataku merendah diri. Ya, Naufal memang layak beristeri kan wanita yang setaraf dengan dirinya.

"Macam mana kalau abang hanya mahu Fea sahaja menjadi suri di hati abang? Kerana hanya bersama Fea sahaja abang akan bahagia." Suara Naufal tiba-tiba memecahkan perbualan aku dan umi. Aku tidak tahu sudah berapa lama dia di situ mendengar perbualan kami tetapi ketika ini aku masih tiada jawapan untuk soalannya.

Akan Aku Kejar JandakuWhere stories live. Discover now