Part 23 (edited)

21.9K 685 0
                                    

Luahan hatiku....
"Menguji kesabaran betul lah. Dah publish, ingatkan dah masuk semua yang ditaip, rupa2nya yg masuk 900+ words je sedangkan dah taip lebih dr 1k words. Kenalah edit semula. Kesian betul....stress... btw ini edited version."
Enjoy reading readers :-)
..................................................

NAUFAL

Sofea baru sahaja pulang dari rumahku selepas dia makan malam bersama aku, papa dan mama. Jelas terserlah kegembiraan di wajah kedua orang tua ku apabila Sofea bersama mereka. Kalaulah dulu aku dan Fea tak berpisah mesti sekarang ni papa dan mama akan lebih bahagia dengan kehadiran zuriat aku dan Fea. Hendak bermanja dengan anak Along pula jauh di Kota London, papa dan mama sangat merindui Medina yang montel itu dan Along sekeluarga hanya akan pulang ke Malaysia bila tiba hari raya sahaja.

Nak menyesal pun sudah tiada guna lagi. Nasi dan jadi bubur. Sekarang ini sahajalah peluang aku untuk memujuk rayu Sofea.

########################

SOFEA

Pulang-pulang sahaja dari rumah mama, aku segera membersihkan diri. Selepas itu, aku menunaikan solat Isyak. Mataku sudah mengantuk sungguh waktu ini. Hampir sahaja aku terlelap, aku terdengar pintu bilikku di ketuk dari luar.

Aku bangun dan membuka pintu.

"Ummi, masuklah." Aku mengajak umi masuk tetapi umi menolak. Katanya dia cuma mahu tahu sama ada aku sudah tidur ataupun belum.

"Umi tak mau kacau Fea berehat. Selamat Malam. Assalamualaikum." Aku memeluk umi dan mengucup kedua belah pipinya.

"Selamat malam juga buat umi."

Selepas mengunci semula pintu bilikku, aku kembali ke katil. Mata yang sedari tadi mengantuk sudah menjadi segar semula. Aku mengerling ke arah jam di dinding, masih awal lagi untuk tidur.

Aku mencapai smartphone ku di atas side table dan mula log in ke akaun facebook ku. Membaca status setiap kawan-kawan ku di alam maya ini kadang-kadang melekakan. Kebanyakkannya sudah pun berkeluarga kerana setiap hari 'dinding' ku dipenuhi catatan seharian mereka melayari hidup berumahtangga. Tercuit hatiku kadang kala melihat wajah-wajah bidadari kecil mereka.

Ah, aku juga mahu begitu. Jujur aku katakan, sesekali aku cemburu melihat kebahagiaan mereka. Namun setiap kali aku berfikir seperti itu, hati kecilku ini pasti akan memujuk aku supaya menjadi lebih tabah.

Aku skrol lagi 'dinding' fb ini, terpampang status housemate ku si Ainul.

"Malam-malam aku sendiri tanpa mu kawan. Rindu kamuuu S.I :'( "

Mengada-ngada sungguh. Macamlah aku tak pernah tinggalkan dia. Aku tinggalkan komen di statusnya.

Imani Rashid : Baik-baik tau cik Ainul. Aku selalu dengar ada bunyi pelik2 dr bilik stor tu. Jaga-jaga, hehehe

Beberapa saat kemudian, Ainul segera membalas komenku.

Nur Ainul Yusof : Imani Rashid kau jangan main-main ek. Tak tidur aku malam ni. Jangan aku tidur rumah jiran kita nanti :-[

Hampir tersembur ketawa ku membaca komen Ainul. Penakut sungguh minah sorang tu. Cakap aje lebih.

Imani Rashid : Aku tipu jelah, mana ada apa2. Dahlah g tiidur. Jgn lupa baca doa tidur. Kalau takut sangat main je surah yassin kuat-kuat. Good night and assalamualaikum dear :-)

Nur Ainul Yusof : Siaplah kau kalau aku tak boleh tidur malam ni. Malam ni memang akan aku pasang surah yassin kuat-kuat sampai satu taman perumahan ni dengar. Okeylah, good nite juga buat kau. Waalaikumussalam :-D

Akan Aku Kejar JandakuWhere stories live. Discover now