Part 22 (edited)

22.6K 691 0
                                    

Sekarang.

Naufal sudah memparkirkan kenderaan nya di tempat letak kereta. Perjalanan yang cuma mengambil masa 30 minit itu langsung tidak terasa panjang dengan adanya Sofea di sisi.

Sofea merasakan kereta sudah berhenti mula membuka cermin mata hitamnya.

"Dah sampai ke?" Soal Sofea.

"Dah. Jom keluar." Ajak Naufal yang sudah membawa bakul yang membuat Sofea tertanya-tanya apakah isinya keluar dari perut kereta. Sofea turut membawa diri nya keluar.

TROPICANA GARDEN

Sofea memerhati ke arah papan tanda yang bertulis Tropicana Garden itu.

"Fea tolong pegangkan bakul ni kejap, abang nak amik barang dalam boot kereta." Bakul sudah bertukar tangan. Naufal membuka boot keretanya dan membawa keluar segulung tikar dan sebuah bakul lagi yang mengandungi air mineral dan minunan bikarbonat.

Kini Sofea sudah dapat menangkap tujuan Naufal membawanya ke sini dan dia juga dapat mengagak yang bakul yang dibawanya itu mengandungi makanan.

"Jom." Ajak Naufal dan mereka jalan beriringan hingga ke kawasan tasik.

"Erm, port cantik ni. Kita duduk sini jelah." Naufal memilih tempat yang agak jauh dari orang ramai. Sengaja dia berbuat begitu untuk tujuan privasi. Dia tidak mahu sekiranya 'perang mulut' yang 'bakal' terjadi nanti didengari orang lain.

Naufal menghamparkan tikar yang dibawanya di atas padang rumput yang menghijau. Mereka berdua duduk bersila di atas tikar tetapi seorang di timur dan seorang lagi di selatan.

Sofea di selatan sibuk berbalas whatapps dengan Ainul manakala Naufal di selatan mula mengeluarkan makanan daripada bakul dan menyusun nya di atas tikar.

Ainul (A) : Ko tgh date ke tu?
Sofea (S) : Date pale otak ko :-! Kitaorg tgh berbincang ni.
A : Huhu, marah nampak. Good luck babe...
S : Erm...tq babe.

Bau enak makanan yang di bawa Naufal mula menusuk hidung Sofea dan serta merta membuat perutnya lapar kembali. Matanya mula meratah satu persatu makanan di depannya. Ada sandwich, spaghetti Bolognese, egg tart dan juga fruit salad. Tanpa disuruh, Sofea menuangkan air ke dalam dua cawan plastik di depanya.

"Awak masak ke semua ni?" Soal Sofea.

"Fea ada nampak abang masak ke tadi?" Soal Naufal pula. Saje dia membalas soalan Sofea dengan soalan juga.

"Erm....tak..."

"Okey, sebenarnya abang order semua makanan ni. Yang tadi kita berhenti tu, abang pergi pickup makanan ni semua. Kebetulan cafe tu kawan abang yang punya jadi abang mintak tolong dia ajelah sediakan makanan ni. I just bring this and this." Kata Naufal sambil menunjukkan tikar dan bakul berisi minuman mereka.

"Owh. Saya tahu kita datang sini nak berbincang kan.... tapi boleh tak kita makan dulu because I am starving."

"As you wish. Nah.." Naufal menghulurkan satu tapau berisi spaghetti Bolognese yang begitu menyelerakan kepada Sofea.

Sofea makan dengan berselera sekali. Habis spaghetti, tart telur pula diserangnya. Naufal pula sudah kenyang dengan hanya melihat 'buah hatinya' makan.

Akan Aku Kejar JandakuWhere stories live. Discover now