Part 19

21.7K 718 1
                                    

Tengahari itu Naufal makan dengan berselera sekali terutamanya apabila Sofea berada di depan mata. Anak matanya tidak lepas memandang Sofea. Sofea pula makan dengan keadaan yang tidak selesa kerana mata nakal Naufal asyik memandangnya.

Sesekali dia akan membalas pandangan Naufal dengan menjelingkan matanya supaya Naufal berhenti merenung dirinya tetapi Naufal tidak mungkin menurut permintaanya.

Puan Saadiah dan Encik Rahim hanya tersenyum melihat Naufal dan Sofea yang dari tadi bermain mata. Di dalam hati kecil mereka hanya mendoakan urusan Naufal dipermudahkan.

Selepas makan Sofea sempat membantu Puan Saadiah mengemas meja dan dapur walaupun ditegah.

"Fea tadi angah pesan dengan mama, lepas Zohor nanti dia nak ajak Fea keluar. Dah nak dekat masuk waktu Zohor dah ni, jadi mama rasa lebih baik Fea bersiap dulu. Mama dah mintak pembantu rumah siapkan bilik tetamu untuk Fea. Pergilah berehat dulu." Arah Puan Saadiah.

"Okey mama. Kalau macam tu Fea ke bilik dulu ya mama." Sofea hanya menurut kata. Dia segera menuju ke bilik tetamu yang terletak tidak jauh dari ruang makan rumah besar ini.

Masuk-masuk sahaja di dalam bilik tersebut, Sofea terpegun melihat dekorasi bilik tidur tersebut yang nampak begitu kemas dan tersusun. Beg tanganya juga sudah elok terletak di atas meja solek. Setelah mengunci pintu dari dalam, Sofea segera menanggalkan hijabnya dan baring di atas katil.

"Nyamannya dapat baring. Kalau ada katil macam ni dekat rumah memang tak bangunlah aku dari katil ni." Mata Sofea semakin memberat. Udara air cond yang sejuk membuatkan dia bertambah mengantuk. Ikutkan hatinya mahu saja dia melelapkan mata barang sejenak tapi apabila memikirkan yang dirinya seorang yang 'tidur mati', dia segera bangun. Jam di dinding dikerling.

Lagi 10 minit nak pukul satu. Baik aku cuci muka dan ambil wuduk.

########################

Naufal yang berada di biliknya, tidak senang duduk menunggu mesej dari mamanya.

Teng...teng...

Naufal segera memeriksa mesej yang masuk ke smartphone nya.

From : Mama
Message : Sofea setuju nak keluar. Mama harap angah balik dengan kemenangan bukan kekalahan.
Good luck dear :-)

Naufal membalas mesej mamanya.

To: Mama
Message : Thanks a lot mama. Doakan angah berjaya. Love you :-)

Tidak dapat Naufal gambarkan perasaan nya ketika ini. Bibirnya tidak berhenti dari tersenyum.

Fighting Naufal!

You can do it!

Akan Aku Kejar JandakuWhere stories live. Discover now