Part 18

22.6K 724 3
                                    

Sebulan yang lalu...

Naufal pulang ke rumahnya dengan perasaan kecewa. Tidak betah berlama-lamaan di Melaka. Segala urusan projek diserahkan kepada orang bawahan nya. Semangat yang berkobar-kobar dulu sudahpun ke laut.

Dia memanjat anak tangga dengan langkah yang longlai untuk ke kamar tidurnya. Sampai sahaja di dalam bilik, Naufal terus menghempas tubuhnya ke atas katil. Seakan-akan ada suara halus di dalam kepalanya yang membuat Naufal stress.

+Dua kali kau kecewakan dia Naufal sebab perangai kau yang tak boleh bersabar tu.

-Aku cuma nak dapatkan dia balik. Salahkah?

+Perbuatan kau tu yang salah. Kau patutnya ambil hati dia dulu. Hati perempuan ni perlu masa untuk sembuh. Bertahun-tahun pun belum tentu akan pulih. Apa yang kau buat selama ni hanya akan buat hati dia bertambah terluka adalah.

Arghh..... Jerit Naufal agar suara-suara halus itu segera terbang dari fikiranya.

Tok..tok..tok...

Tiba-tiba pintu bilik Naufal diketuk dari luar. Puan Saadiah yang kebetulan berada di ruang tamu tingkat atas terdengar Naufal menjerit dari dalam biliknya. Dia segera mengetuk pintu bilik Naufal.

"Angah, okey ke?" Tanpa menunggu Naufal membuka pintu biliknya, Puan Saadiah terlebih dahulu membuka pintu bilik anaknya dari luar.

Nasib baik pintu tak berkunci.

"Angah, kenapa ni?" Tanya Puan Saadiah dengan nada risau.

"Mama.....everything is over.....she hate
me...." Puan Saadiah mendekati anaknya.

Walaupun Naufal tidak menceritakan perkara sebenar namun hati kecilnya kuat mengatakan yang semua ini pasti berkaitan dengan bekas menantu nya, Sofea.

"Angah bergaduh dengan Sofea ke?"

"Angah cuma nak kami bersama kembali mama. Berat sangat ke permintaan angah tu mama?"

"Angah, kan mama dah cakap sebelum ni supaya jangan terburu-buru buat keputusan. Patutnya angah kena lembutkan hati Fea dulu lepastu baru bincang pasal hubungan angah dengan dia. Mama ni bukan apa angah, kalau boleh memang mama nak angah dan Fea bersatu kembali tapi kalau beginilah sikap angah memang melepaslah hajat mama nak bermenantukan Sofea semula," kata Puan Saadiah panjang lebar.

"Lepastu apa yang angah kena buat mama?"

"Angah susun strategi semula." Satu suara asing tiba-tiba mencelah perbualan mereka berdua.

"Papa...."

"Abang...."

Encik Rahim yang berpijama masuk ke dalam kamar tidur anaknya.

"Apa cerita ni angah? Frust menonggeng je papa tengok. Papa dengar projek hotel tu dah ada kemajuan so papa expect hubungan angah dengan Fea juga ada kemajuan."

"Entahlah papa. Angah ingat bila adanya kerjasama antara company kita dengan Kamarul Construction adalah chance angah nak rapat dengan Fea tapi tak menjadi. Mungkin semua ni balasan untuk angah sebab ceraikan Fea dulu."

"So abang ada plan yang gempak tak?" Puan Saadiah menjeling ke arah suaminya. Kesian melihat si anak yang nampak tertekan dan sudah sampai masanya dia dan suaminya ikut campur.

"Kita kena bawa Sofea ke sini," kata Encik Rahim.

"Bawak Fea ke sini? Nak cakap dengan angah pun susah, nak bawa dia kesini? Memang taklah," kata Naufal yang tidak percaya idea papanya.

"Bukan angah yang ajak Fea ke sini tapi mama. Diah kata nanti nak ke Melaka kan? Masa tu nanti Diah ambik masa sikit untuk ke pejabat Fea." Encik Rahim memandang muka isterinya.

"Tapi hujung ni atau awal bulan depan Diah akan ke sana. Diah memang boleh ke pejabat Fea tapi apa yang Diah nak cakap dengan Fea nanti untuk bawak dia ke rumah kita?"

"Senang je." Encik Rahim segera memberitahu rancangan nya kepada Puan Saadiah. Puan Saadiah pada mulanya berat hati untuk mengikut rancangan suaminya namun demi memikirkan masa depan anaknya dia perlu berbuat begitu.

Naufal pula hanya mendengar perbualan kedua-dua orang tuanya dengan khusyuk.

Buat lah apapun papa dan mama asalkan Angah dapat Fea semula.

"Ingat angah, papa dan mama hanya bawa Sofea ke sini. Angah yang selesaikan segalanya dengan Sofea. Faham?"

"Faham papa. Thanks papa and mama. Angah janji akan bersikap lebih matang dalam menyelesaikan masalah kami. Andai kata jika semua usaha kita tak berjaya mungkin semuanya sudah suratan takdir tapi selagi Angah bernafas, angah akan berusaha sehabis baik untuk menjadikan Sofea yang halal buat angah."

"Good, that's my son. Jangan mudah mengalah." Encik Rahim seboleh-boleh mahu melihat anaknya gembira seperti dulu dan itu doanya setiap kali selepas solat.

"Okeylah sayang, it's already late. Papa dan mama nak tidur dulu. Mandi dan solat dulu sebelum tidur. Good night and assalamualaikum."

"Good night papa and mama. Waalaikumussalam." Puan Saadiah dan Encik Rahim bergerak keluar ke kamar tidur mereka. Naufal hanya menghantar pemergian orang tuuanya dengan pandangan mata.

Ya Allah jika benar jodoh kami masih kuat, kau bawalah dia kepadaku.

Naufal benar-benar berharap supaya Sofea datang ke rumahnya. Dia harus mengatur rancangan yang lebih mantap dan kukuh.

Di dalam fikiran nya, dia sedang mengatur pelan misi mengejar jandanya dengan versi yang lebih mantap.

Akan Aku Kejar JandakuWhere stories live. Discover now