Part 25

21.4K 655 22
                                    

NAUFAL

"Macam mana kalau abang hanya mahu Fea sahaja menjadi suri di hati abang? Kerana hanya bersama Fea sahaja abang akan bahagia." Soalku pada Sofea.

Sofea dan umi berpaling ke arah ku di muka pintu. Mereka berdua tidak sedar akan kehadiran ku di situ. Sofea seperti terpana melihat kehadiranku di situ.

"Saya tiada jawapan buat itu, maafkan saya. Umi, Fea mintak diri untuk ke bilik." Sejurus mengatakan itu, Sofea terus masuk ke dalam kamar nya.

"Naufal sabarlah. Bagi dia masa." Kata umi menasihati aku.

"Tak cukupkah empat tahun untuk dia maafkan saya umi?"

"Entahlah Naufal, umi tiada jawapan nya kerana bukan hati umi yang disakiti tetapi hati Fea. Kamu pun dengar kan tadi apa yang keluar dari mulut Fea. Tapi umi tahu, Fea tu lembut hatinya tapi sebab ego lah dia buat tak layan aje dengan kamu. Itu maknanya apa? Kamu kena usaha lebih kuat lagi untuk meruntuhkan ego Fea."

Ada betul nya kata umi. Fea ego. Ego untuk mengaku bahawa aku masih ada ruang lagi di hatinya.

Biarlah masa menentukan segala-galanya.

########################

SOFEA

Meluat.

Marah.

Geram.

Kenapa perempuan itu mesti turut hadir dalam majlis ini. Dari dulu sampai sekarang tidak habis-habis mahu menyakitkan hati aku. Dia Sarah, sepupu Naufal. Dari tadi dia asyik berkepit dengan Naufal seperti tidak mahu berpisah. Umi pula sudah berada di hujung dewan, berbual dengan mama dan papa. Akhirnya tinggallah aku seorang diri di meja bulat ini. Anak-anak Teduhan Kasih sudah pun pulang ke asrama.

Aku melihat Sarah menjeling ku. Konon nya nak buat aku cemburu lah tu. Boleh blah lah. Si Sarah memang rapat dengan Naufal. Memang Sarah tak pernah luahkan perasaan nya pada Naufal tapi sebagai seorang wanita, dapat aku simpulkan yang pandangan Sarah pada Naufal lebih dari seorang sepupu. Sarah sukakan Naufal. Ketika kami sudah berkahwin dulu pun, perangai Sarah tetap tidak berubah. Selalu datang ke rumah kami dengan perangainya yang tergedik-gedik.

Selain Julya, Sarah juga pernah memburukkan aku pada Naufal di awal pertunangan kami dulu tapi ketika itu Naufal mengendahkannya sebab ketika itu Naufal betul-betul sayangkan aku tetapi akhirnya kasih sayang dia terhenti bila dia percaya kan Julya.

"Jauh termenung, ingat siapa?" Lamunan ku terhenti bila di sapa seorang lelaki. Aku menoleh ke belakang. Azam menghampiri aku.

"Apa kau buat dekat sini?" Soal aku dengan nada yang agak keras. Mahu sahaja aku bangun dari duduk ku tapi dihalang oleh dia.

"Please Sofea, jangan bangun. We need to talk." Ajaknya.

"Talk? About what? Go to hell with your talk." Marahku.

"Sofea bagi aku peluang untuk menjelaskan semuanya."

"Jelaskan apa lagi?" Soal aku padanya.

"Semuanya. Tolonglah Sofea selagi aku tak mintak maaf pada kau, selagi itulah hidup aku tak aman."

"Cakaplah apa yang kau nak cakap."

"Aku nak mintak maaf sebab hancurkan rumah tangga kau. Dulu aku perlukan sangat duit sampai sanggup buat kerja bodoh dengan ikut cakap Julya. Aku terdesak Sofea, masa tu mak aku sakit tenat dan perlu segera dibedah. Masa Julya tawarkan aku kerja bodoh tu aku terima aje. Duit tak berkat kan, pembedahan mak aku tak berjaya walaupun ketika itu doktor cakap peluang untuk pulih semula 100 peratus. Dulu memang aku menyalahkan takdir tapi kini aku dah tahu puncanya. Duit yang aku dapat dulu tu adalah hasil daripada keruntuhan rumah tangga orang lain. Sekarang ini balasan untuk aku. Tuhan ambik mak dari aku." Azam sudah menangis teresak-esak menyesali perbuatan.

Akan Aku Kejar JandakuWhere stories live. Discover now