Part 21 - Pertemuan Pertama

23.9K 721 4
                                    

,**Flash back detik2 pertemuan pertama Naufal Iskandar dan Sofea Imani.

Naufal sudah penat. Hampir 10 pusingan dia berlari tanpa henti dan selepas melalukan beberapa regangan barulah dia duduk di bangku yang disediakan taman rekreasi Tropicana Garden.

Dia suka ke sini. Tropicana Garden merupakan ideanya. Syarikatnya, RS Corporation merupakan syarikat yang bertanggungjawab ke atas Tropicana Garden.

Tropicana Garden merupakan sebuah taman yang sesuai untuk menghabiskan masa hujung minggu bersama keluarga dan kawan-kawan. Taman ini di buka kepada orang awam kerana menurut Naufal dia ingin berkongsi sesuatu yang baik dengan masyarakat. Cukuplah sekiranya pengunjung tahu menjaga kebersihan taman tersebut.

Dia berasa puas melihat kegembiraan pengunjung taman ini. Kebanyakkannya mereka membawa keluarga dan mereka suka berkelah di hadapan tasik buatan manusia yang terdapat di dalam taman ini.

Bila aku dah kahwin nanti, aku akan bawa keluarga ku ke sini. Bestnya kahwin. Tak sabar pulak nak punya family sendiri.

Dalam keasyikan Naufal yang sedang berangan, dia dikejutkan dengan kehadiran seorang wanita yang tiba-tiba duduk di sebelahnya.

Walaupun ketika itu Naufal berkaca mata hitam dapat dia melihat dengan jelas kecantikan wanita di sebelahnya ini.

*****************************************

Sofea Imani lelah. Nafas nya sudah turun naik. Sudah hampir dua jam dia berlari tanpa henti. Dia terus duduk di sebelah lelaki yang memakai kaca mata hitam. Sangka nya lelaki itu buta kerana hanya orang buta sahaja yang memakai cermin mata hitam pada hari yang cukup redup ini. Cuaca pada hari itu sangat redup dan mendamaikan. Cahaya matahari sudah dilindungi awan-awan yang memutih.

Disebabkan lelaki sebelahnya ini buta dan kebetulan tiada orang yang lalu-lalang, Sofea dengan beraninya menguap dan mengeliat kan badan nya dengan aksi yang agak seksi pada pandangan mata seorang lelaki.

****************

Astagfirullahalazim..

Naufal segera memandang ke tempat lain.

Perempuan ni nama je pakai tudung tapi berani betul buat posing menggoda depan aku.

Naufal baru sahaja mahu bangun dari duduknya namun dia terduduk semula. Wanita tersebut kini sedang membuat aksi yoga pula di depan matanya.

Naufal menoleh ke kiri dan ke kanan untuk melihat kelibat orang yang lalu lalang namun tiada.

Mahu sahaja dia bangun tetapi punggung nya seakan melekat di kerusi itu dan melihat wanita itu menyudahkan senaman yoga nya.

#############

Bestnya dapat buat yoga. Nasib baik line clear. Kalaulah ada orang nampak aksi-aksi 'panas' aku tadi mau aku tak cukup kaki berlari.

Sofea kembali duduk di tempatnya. Lelaki tadi masih tidak berkalih dari tempatnya.

Lelaki buta ni mungkin tengah tunggu orang ambil dia.

Sofea meneguk air minuman isotonik yang di bawa dari rumah nya. Segar sekali badanya taktala air itu menuruni masuk ke dalam tekaknya.

Selepas minum, Sofea segera bangun untuk pulang ke rumahnya. Baru dua ke tiga langkah Sofea berjalan dari tempat yang diduduki nya tadi. Tiba-tiba, lelaki buta itu menjerit memanggil nya.

"Cik...." Panggil lelaki buta itu.

"Encik panggil saya ke? Encik boleh nampak saya?" Soal Sofea kembali.

"Mestilah saya boleh nampak, saya bukan buta pun." Ka ta lelaki tersebut.

Apa dia tak buta jadi tadi tu dia nampak lah segalanya? Huargh....

###########=

Naufal memerhati air muka wanita itu yang jelas nampak terkejut bila dia berkata yang dia tidak buta.

Dia ingat aku buta ke selama ni? Sebab tu dia buat aku macam tak wujud ek.

"Maafkan saya sebab tuduh encik ni buta dan maafkan di atas kelakuan saya tadi. Saya nak mintak tolong encik lupakan apa yang encik nampak tadi. Okey, kalau tak ada apa-apa saya balik dulu. Assalamualaikum." Belum sempat wanita itu pergi, Naufal sudah menarik tangan wanita itu.

"Cik saya tak kisah semua tu. Sekarang ni ada benda yang lebih penting yang akan membuat cik lebih malu."

"Apa dia?" Kata wanita itu gugup.

Naufal mendekatkan wajahnya dengan wanita itu.

"Ada tompokan merah pada baju cik. Saya rasa itu dar....."

"Mana-mana?" Wanita itu cuba melihat baju nya. Memang agak jelas lagi bersuluh tompokan merah itu. Wajah wanita itu seakan-akan mahu menangis.

"Cik relax okey. Biar saya bantu cik." Naufal segera membuka jaketnya dan melilitkan nya di pinggang wanita itu.

#######

Sofea tidak tahu mahu berkata apa lagi bila lelaki itu melilitkan jaketnya di pinggang Sofea.

Perasaan malu lebih menguasi diri nya kini. Macam manalah dia boleh tak sedar yang tuala wanitanya bocor dan dia sungguh bernasib baik apabila lelaki yang duduk di sebelah nya ini menegur. Malunya kepada lelaki itu bukan kepalang. Sudah lah pakai baju berwarna putih. Lagi jelaslah tompokan merah itu.

Takpe Fea kau malu sekali je, kalau orang lain yang nampak, kau akan malu berkali-kali.

"Okey, dah siap. Cuba cik jalan slow-slow." Lelaki itu meminta Sofea berjalan.

"Nampak lagi tak?" Soal Sofea.

"Tak. Dah selamat semuanya."

"Saya betul-betul berterima kasih dengan encik. Kalau tak de encik yang membantu tadi, tak taulah saya nak kata apa. Jaket ni saya ganti dengan yang baru okey?"

"Tak perlu, saya tolong ikhlas. Sama-sama kasih. Nasihat saya lepasni, cik kena lebih berjaga-jaga. Kata orang, kalau siang pandang-pandang, kalau malam dengar-dengar. Saya balik dulu, Assalamualaikum." Lelaki itu meminta diri.

"Waalaikumussalam." Agak panas juga telinga Sofea mendengar 'nasihat' lelaki itu namun apakan daya lelaki itu juga yang sudi membantunya. Sofea hanya menghantar pemergian lelaki itu dengan matanya.

Tidak sanggup lagi rasanya tadi mahu berlama-lamaan dengan lelaki itu. Walaupun lelaki itu sudah menolong dirinya namun dia sangat berharap semoga tiada lagi pertemuan kedua dengan lelaki itu.

Sofea segera ke tempat letak kereta untuk pulang ke rumahnya. Dia ingin cepat membersihkan dirinya dan melupakan peristiwa hitam itu.

########

Naufal tidak segera pulang, dia mengekori kereta wanita itu sampai ke rumah wanita itu.

Rumah Teduhan Kasih.

Owh itu rumah dia. Rumah anak yatim rasanya. Dunia ni kecil je. Pasti akan ada pertemuan kedua selepas ni.

Naufal benar-benar berharap akan ada pertemuan seterusnya antara dia dan wanita itu. Naluri lelakinya benar-benar mahu tahu lebih lanjut tentang wanita itu.

Nombor penyiasat persendirian didail dari telefon bimbit nya.

"Hello Malik, aku nak kau siasat sesuatu. Jumpa aku kat pejabat Isnin depan."

Talian dimatikan. Dia harus tahu latar belakang wanita kerana tanpa wanita itu sedar, dia telah membawa lari hati Naufal.

Akan Aku Kejar JandakuWhere stories live. Discover now