Part 20

22.4K 748 1
                                    

Hampir pukul 3 petang, barulah Naufal membawa Sofea keluar.

Suasana di dalam kereta sangat krikk...krikk.. Masing-masing mendiamkan diri.

Sofea mengerling Naufal yang sedang khusyuk memandu. Nak bertanya ke mana arah tuju mereka dia serba salah jadi dia hanya mendiamkan diri. Dari pada pandangan matanya, Naufal hanya memakai pakaian yang santai jadi anggapan nya mereka hanya akan ke tempat yang biasa-biasa.

Hampir 15 minit perjalanan, Naufal memberhentikan BMW 5 Series miliknya di hadapan sebuah tempat yang Sofea pasti sekali ianya sebuah cafe.

"Fea tunggu kejap dalam kereta, abang nak keluar ambil barang. Jangan lupa lock pintu sebab abang tak matikan enjin."

Sofea hanya mengangguk mendengar arahan Naufal bagaikan anak kecil mendengar arahan bapanya. Selepas sahaja Naufal keluar, Sofea segera menekan punat lock.

Sempat dia melihat Naufal masuk ke dalam cafe tersebut.

Dia nak bawak aku ke mana sebenarnya? Misteri sungguh. Bosan betul lah.

Sofea mula resah. Sudah hampir 20 minit Naufal meninggalkan nya. Ikutkan hati mahu saja dia bawa lari kereta mewah milik Naufal. Baru padan muka lelaki itu.

Tok..tok...

Ketuk Naufal dari luar. Sofea cepat-cepat membuka pintu dari dalam.

"Sorry buat Fea tunggu lama. Ramai orang kat dalam tu."

"Owh, its okay. Saya tak kisah pun."

Tak kisahlah sangat walhal dalam hati ni hanya tuhan je lah yang tahu.

"Awak bawak apa tu?" Soal Sofea yang kehairanan melihat bakul yang di bawa Naufal dari cafe tadi.

"Bom and grenade." Usik Naufal.

"Saya serius ni, Encik Naufal buat main-main pula. Rasanya mesti Encik Naufal tau tujuan saya ke mari. Saya datang KL bukan nak main-main tau. Saya nak kita berbincang. Mesti mama dah bagitahu segalanya kan? Jadi tolonglah serius sikit hari ni."

"Mama memang dah cerita segalanya. Abang akan serius kalau Fea berhenti panggil abang 'encik'. Kita bukan di pejabat untuk Fea panggil abang macam tu. Boleh tak kalau Fea panggil 'abang' je?"

Susah untuk Sofea menurut permintaan Naufal. Kalau boleh dia tidak mahu punya apa-apa kaitan lagi dengan lelaki itu selepas ini. Bukan dia tidak tahu yang Naufal mahu mereka bersama kembali.

Dia takut sekiranya hatinya berubah, berubah untuk kembali kepada Naufal. Untuk mengungkapkan 'abang' memang jawapan nya tidak kerana perkataan itu sangat 'beracun'.

"Discount lah sikit. Lidah saya keras lah nak sebut abang. Saya panggil 'Naufal' jelah ek?" Sofea cuba tawar-menawar dengar Naufal.

Okeylah tu daripada dia panggil aku 'encik'. Takpe ini baru permulaan. Lepas ni dia yang akan volunteer nak panggil aku 'abang'.

"Okey, as you wish my lady. Now fasten your seatbelt. We are going to have a long journey."

Long journey? Dia nak bawak aku pergi Siam ke?

"Ki...ta nak ke mana sebenarnya
Naauu...fal?" Hampir tergeliat lidah Sofea menyebut nama Naufal sudahlah sekarang ni hatinya tidak senang kerana tidak tahu kemana arah tuju mereka.

"Adalah."

Naufal sudah memulakan pemanduan nya. Kereta nya meluncur laju di atas jalan raya. Sesekali dia bersiul-siul mengikut rentak lagu yang dimainkan di radio. Sofea pula dari tadi tidak senang duduk.

"Naufal, awak janganlah macam ni. Beritahulah saya mana kita nak pergi."

"Okey, abang bagi Fea hint yang pertama. Tempat tu kita pernah pergi."

"Pernah pergi? Kita berdua? Bila? Seingat saya banyak tempat kita pernah pergi berdua."

Sofea mula mengingat satu persatu tempat yang pernah dia dan Naufal pergi tetapi otaknya masih susah untuk menganalis tempat tersebut.

"Saya rasa awak kena bagi saya hint yang kedua lah. Please.."

"No."

"Mana aci. Kalau awak bagi saya satu hint je, sampai esok pagi pun saya tak dapat jawapan nya."

"Okeylah sayang. Hint kedua ialah tempat pertama kita mula berjumpa."

Ambik kau. Ni hint yang paling jelas. Kalau kau tak dapat juga tak taulah aku nak kata apa.

"Tempat first time kita jumpa ek?" Sofea mula berfikir. Tak sampai lima saat dia mula mendapat jawapan nya.

"So macam mana dah dapat jawapan?" Soal Naufal yang memberhentikan kereta kerana mereka kini sedang berhenti di lampu merah.

"Kenapa kat situ?" Soal Sofea.

"Sebab tempat tu banyak memori kita berdua terutamanya memori abang....."

"Jangan cakap lagi perkara tu. Saya tak nak dengar." Pipi Sofea sudah merah. Naufal pula sedang galak mentertawakan dirinya.

Memang itu sajalah modal Naufal mengusiknya ketika mereka masih bersama dulu. Kalau boleh dia memang mahu melupakan 'peristiwa' itu hingga dia mati. Kerana malas mahu memanjangkan kisah hitam itu Sofea mahu memejamkan matanya buat sejenak kerana dia tahu perjalanan mereka jauh lagi.

"Kalau dah sampai nanti kejut saya." Sofea memakai cermin mata hitamnya dan meng'adjust' kan seat supaya menjadi lebih selesa.

"Okey, tidur puas-puas. Mimpikan abang tau." Gurau Naufal.

Sofea langsung tak membalas gurauan Naufal dan Naufal pula meneruskan pemanduan nya hingga selamat sampai ke destinasi.

***Peristiwa apa yang Sofea nak sangat lupakan tu? Agak2 macam mana ya Sofea dan Naufal pertama kali bertemu?

Stay tuned!

Akan Aku Kejar JandakuOù les histoires vivent. Découvrez maintenant