Part 26

22K 641 4
                                    

Salam to all readers, sorry sebab baru sekarang dapat update part 26. Saya agak sibuk sikit so tak dapat nak taip cite ni. Sebelum terlupa, saya perasan untuk certain dialogue dalam part 25 tak ada tanda ("). So sorry readers, saya tak proofreading lagi and terus aje publish. Btw, this is Part 26 and enjoy reading.

########################

Tiga hari kemudian...

SOFEA

Sedari dari aku tidak dapat melelapkan mata. Masih terngiang-ngiang di telinga ku kata-kata Naufal yang membuat aku tidak dapat lena malam ini. Ya, sudah malam ketiga aku tidak dapat tidur nyenyak.

'Cinta I hanya untuk seorang wanita dan wanita itu ialah Sofea.'

Terharu.

'Sampai mati sekalipun, I hanya mahu Sofea sahaja menjadi isteri I.'

Terharu.

'Hati ini tak akan pernah terbuka untuk wanita lain kerana hati ini hanya untuk dia seorang.'

Terharu lagi.

Semua ini kerana Azam. Aku begitu berterima kasih pada dirinya kerana telah membuka semula hatiku untuk Naufal.

*****
Tiga hari yang lalu, malam...

Aku mendengar suara orang memberi salam dari luar. Aku menjenguk sikit di balik tingkap. Aku sarung tudung segera ke kepala. Sempat aku kerling ke arah jam yang sudah menunjukkan pukul 11 malam.

Azam. Mahu apa dia ke sini? Aku tidak begitu terkeut bagaimana dia boleh tahu lokasi rumah ini tapi yang membuat aku tertanya-tanya adalah tujuannya ke mari.

"Waalaikumussalam." Jawabku seraya membuka pintu. Aku tidak mengajaknya masuk, tidak manis. Dia juga mahu duduk di luar. Dia juga tidak mahu dihidangkan apa-apa, hanya mahu membincangkan hal penting dengan aku.

"So, apa yang penting sangat sampai buat kau datang sini?" soalku.

"Sofea, kalau aku tak datang sini maka aku akan bawa kekesalan ini sampai aku mati. Lambat macam mana pun, aku tetap akan datang ke rumah kau." Kata Azam sambil mengeluarkan telefon bimbitnya dari dalam poket seluar. Dia kemudiannya, meminta aku menonton satu video berdurasi hampir 10 minit.

Aku yang terpinga-pinga dengan kedatangan Azam, mengambil telefon bimbitnya dan mula menonton video tersebut.

"Macam mana kau boleh rakam semua ni Azam?" soal ku seraya mengembalikan semula telefon bimbit tersebut kepada Azam setelah aku habis menontonnya.

"Semuanya satu kebetulan Sofea. Aku sendiri pun tak terfikir untuk terserempak dengan Naufal dan perempuan tu. Aku berada dekat kawasan tu pun sebenarnya untuk hantar fail pada bos aku. Lepas aku bagi fail tu pada bos, aku terus kembali ke kereta aku dekat parking lot and on that moment aku nampak Naufal and that girl. Hati aku memaksa aku untuk rakam perbualan mereka and I am actually do it. Berbaloi rasanya aku rakam video tu. At least, rasa bersalah aku pada kau kurang sikit."

Aku cuba maintain muka tenang di hadapan Azam sedangkan hati aku rasa macam nak pecah dah ni.

"Kau okey?" soal Azam.

"O..okey.." Kata ku sepatah.

"Aku balik dulu lah. Sorry kacau kau malam-malam ni. Aku doakan korang bahagia. Assalamualaikum." Pamit Azam.

"Waalaikumussalam." Baru sahaja Azam mahu masuk ke dalam perut kereta, aku memanggil nya semula.

"Azam." Azam menoleh ke arah ku.

"Thanks."

Mulutnya mengucapkan You are welcome.

Selepas aku menghantar pemergian Azam, aku segera masuk ke bilik. Sebelum itu sempat aku menjenguk umi di dalam bilik tidurnya. Umi sudah pun tidur lena. Aku menghempaskan tubuhku di atas katil.

Akan Aku Kejar JandakuWhere stories live. Discover now