Part 10

28.6K 984 6
                                    

Jam sudah menunjukkan pukul 7.30 pagi. Sofea masih bermalas-malasan di atas katil. Kebiasaanya, selepas solat subuh dia akan terus berjaga dan tidak akan menyambung tidur tetapi tidak pada hari ini. Dia rasa sangat malas untuk ke pejabat.

Sofea mengerling ke arah jam di dinding. Arghhh, malasnya! Sofea memaksa dirinya bangun untuk bersiap-siap ke pejabat.

30 minit kemudian dia turun ke dapurnya untuk bersarapan. Dikeluarkan sekotak cereal dari kabinet dan sekotak susu dari fridge. Ringkas dan menjimatkan masa.

Habis bersarapan, Sofea terus ke tempat kerjanya dengan hati yang berat.

*****************************************

Pagi ini Naufal begitu teruja untuk bekerja. Seawal pagi dia sudah bangun untuk bersiap sekacak mungkin kerana hari ini dia ada misi. Dalam diam-diam dia telah minta kebenaran dengan Datuk Kamarul untuk membawa Sofea keluar. Kononya hendak membincangkan bajet projek kerjasama mereka dengan Sofea.

Bersiul-siul kecil Naufal sambil merapikan rambutnya. Dia harus menggunakan kesempatan di Melaka ini sebaik mungkin sebelum pulang ke KL. Aku harus bawa Sofea semula ke pangkuanku. Tekadnya.

*****************************************

"Assalamualaikum dan selamat pagi Cik Sofea." Tegur setiausahanya Linda.

"Waalaikumusalam. Linda hari ini saya ada apa-apa appointment tak?"

"Ada bos. Tadi Datuk Kamarul ada inform saya yang harini bos ada appointment dengan Encik Naufal Iskandar."

Gulp. Sofea menelan air liur.

"Ermn...pukul berapa appointment tu?"

"Pukul 10 pagi. Datuk cakap nanti Encik Naufal nak berbincang mengenai projek kerjasama kita dengan RS Corporation."

"Owh...okey. Nanti kalau dia dah sampai, awak interkom saya." Sofea terus masuk ke biliknya.

Apa dia nak ni? Sofea kelihatan risau. Semaksima mungkin dia mahu lari dari Naufal namun lelaki itu pandai menjeratnya dengan menjadikan projek syarikat mereka sebagai modal mendekatinya.

Knock...knockk... ketukan dari luar.

"Masuk."

"Bos Encik Naufal dah sampai."

Awalnya sampai, baru pukul 9.30. Nak bagi masuk ke tidak ni. Kalau aku suruh dia tunggu dekat luar, apa pula kata Datuk. Mesti dia ingat aku tak layan business partner dia baik-baik. Tapi partner dia tu ex-husb.....and aku. Kekoknya.

"Boss?"

"Cik Sofea?"

"Yupp, suruh dia masuk." Be Profesional Sofea! You can do it!

Beberapa saat kemudian, bau minyak wangi Armani Aftershave, bau kegemaran Sofea memenuhi bilik pejabatnya.

"May I come in?"

"Yes..... you...... are...., you may have..... a sit Mr Naufal." Sofea gagap.

"Did I make you nervous sugar?"

Sugar?

Be profesional Sofea! Maintaned!

"Nope, I am totally fine. Let's begin our discussion Mr Naufal."

"Appointment kita start pukul 10 pagi Miss Sofea. Kita ada lagi 15 minit before 10. Let's do ice breaking session."

Ice breaking? Ingat latihan dalam kumpulan ke nak ber'ice breaking' sangat.

"It's okey, let just start now. We start early and end it early too." Kata ku cuba berdiplomasi.

Ketawa Naufal memenuhi ruang biliknya.

"You look funny sugar and it make more interested in you."

Weird feeling....

Naufal pandang tepat ke anak mata Sofea.

Those eyes make my day meaningful.

"I miss your sweet eyes Miss Sofea." Kata Naufal sambil mendekatkan wajahnya lebih rapat dengan Sofea.

Sofea speechless. Naufal harus dikembalikan ke topik asal perbincangan mereka sebelum berlaku perkara yang tak diingininya.

"Mr Naufal..."

"Let's start our discussion now...."

"Mr Naufal......"

Chuppp...

Bibir Naufal dah selamat landing ke dahi Sofea.

Sofea menolak Naufal darinya.

"Apa ni Encik Naufal?" Tengking Sofea.

"I.....I....." Naufal gagap dengan tengkingan Sofea.

"Kita bukan muhrim and I am not even your wife. Tolong keluar dari bilik saya sebelum saya belasah awak. Our appointment end here. I dont want to see your face anymore. Get out...." Jerit Sofea.

"Ssorry...sorry....I tak sengaja....I...."

"Get out pervert!" Buku nota tebal sempat Sofea balik ke muka Naufal.

Bukk!

Sebelum aku cedera parah baik aku angkat kaki.

"Sofea...I am truly sorry. I lose control and kiss you. I am very very very sorry. Please.forgive me sugar. I hope there will another meeting between us."

"No. I don't want another meeting with you. Get lost."

" I keluar dulu. Once again, I am so sorry." Naufal terus keluar dari bilik Sofea.

Sofea menghantar Naufal keluar dengan pandangan kosong. Masih terasa lagi kehangatan ciuman Naufal pada dahinya. Tidak pernah dia lupakan ciuman dari bibir itu. Bibir yang pernah singgah di wajahnya sepanjang perkahwinan mereka dulu.
Tanpa sedar, Sofea mengalirkan air mata.

Tahukah dia bahawa dia dah lukakan semula hati aku yang dah mula pulih.
Ya Allah, kuatkan hambamu!

Akan Aku Kejar JandakuWhere stories live. Discover now