Part 11

26.9K 863 2
                                    

Damn it!

Bodohnya! Yang aku pergi cium dia kenapa?

Naufal memarahi dirinya. Pasti peluangnya untuk mendekati Sofea semakin tipis. Dia tiada mood. Sudahlah 'appointment' yang dirancang sudah musnah.

Kalaulah bibir ni....

Kalaulah bibir ni tak.....gatal nak cium....

Pasti semuanya berjalan seperti yang dirancang.

Dia memandu pulang ke hotel dengan perasaan berbuku dan beribu penyesalan.

*****************************************

Mood Sofea untuk bekerja ini kelaut. Beberapa orang pelajar praktikal di departmentnya menjadi mangsa kemarahannya hari ini. Kesalahan mereka tidaklah terlalu berat hanya lambat menaip beberapa laporan kewangan syarikat.

Daripada ada orang lain lagi menjadi mangsa, Sofea meminta cuti separuh hari dan memaklumkan kepada Linda. Bagaikan tahu-tahu mood bosnya tak berapa okey, Linda tidak berani untuk bertanya lanjut. Mood bosnya berubah setelah berjumpa Naufal.

Walaupun tidak begitu kuat, dapat dia dengar dengan jelas suara Sofea yang agak tinggi nadanya dengan Naufal kerana kedudukan mejanya dan bilik Sofea yang agak dekat. Walaupun tidak begitu pasti, tetapi Linda yakin diantara Naufal dan Sofea ada 'sesuatu'. Takpelah, aku akan korek sikit-sikit dari bos, bisik hati kecil Linda.

*****************************************

Cuaca pada petang itu tidak begitu baik. Hujan lebat bersama petir dan kilat. Sofea memilih untuk berbungkus di atas katil setelah selesai menunaikan solat Asar. Housematenya Ainul masih belum pulang dari kerja.

Kruk....kruk...

Perut Sofea dah mula memainkan lagunya. Sejak pulang dari pejabat, tiada satu pun makanan yang masuk ke perutnya. Walaupun berasa begitu malas tapi perut yang lapar harus diisi. Sofea bangkit dari katilnya yang empuk dan membawa dirinya dapur.

Setelah menyelongkar fridge, Sofea tidak jumpa apa-apa pun untuk dimakan. Maklumlah sudah hujung bulan, bekalan.makanan pun sudah habis. Kabinet pula dituju, mencari stok makanan Ainul.

Got you!

Sofea mengambil sebungkus mee segera berperisa kari milik Ainul. Ainul selalu menawarkan makananya kepada Sofea jadi Sofea tidak perlu meminta kebenaran kawan baiknya itu.

5 minit kemudian......

Mee segera yang masih berasap itu menaikan selera Sofea. Sempat lagi Sofea membancuh hot chocolate. Petang itu dia makan dengan berselera sekali dan seakan-akan terlupa akan rasa marahnya pada Naufal di pejabat pagi tadi.

*****************************************

Assalamulaikum Naufal,
You have to get back soon. We have a problem at office and your mom already miss you! Drive carefull son!
-Papa

Naufal membaca mesej yang baru diterima dari papanya.

Masalah? Masalah apa? Mama rindukan aku?

Segera nombor telefon mamanya di dail.

Tut....tut....tut....

"Assalamualaikum mama."

"Waalaikumusalam. Sayang sihat?"

"Sihat mama. Papa cakap mama rindu angah ya?"

"Nak rindu anak sendiri pun tak boleh ke? Dua minggu dah tak nampak angah. Seminggu kat Penang and now angah kat Melaka. What about Sofea? Angah dah bincang dengan dia?"

"Not yet mama." Kata Naufal dalam nada sedih. "I have made her disappointed and angry with myself. I kiss her," sambung Naufal lagi berterus-terang.

"Apa angah cium dia? Angah what are you thinking? Kalau mama pun mama akan marah tau tak. Which part that you kissed her?"

"Her forehead. I lost control mama and right now I feel wronged at her."

"Angah, hati seorang wanita ni cepat lembut. Cuba pujuk Sofea dan mintak maaf dengan dia. Angah tau kan dekat mana dia tinggal?"

"Tau ma."

"Go and ask her forgiveness. Just remember, control yourself when you face her. Okeylah, we stop here. Lepas dah dapat pujuk Sofea, update mama ya angah."

"Okey mama. Send my regard to papa. Doakan angah berjaya. Assalamualaikum."

"Mama selalu doakan angah. Okey nanti mama sampaikan. Waalaikumusalam."

Setelah berbual dengan mamanya, Naufal bersiap seringkas mungkin. Kunci kereta dicapai dan rumah Sofea menjadi point of interestnya.

Akan Aku Kejar JandakuWaar verhalen tot leven komen. Ontdek het nu